banner

Sunday, December 30, 2012

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui?


Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???

Salam.

Oleh sebab cite sejarah Melayu ni panjang lebar, saya nak share sikit info pasal Kerajaan Melayu Lama. Berikutan thread berkenaan catatan serikandi tadi, takut clash info so better bukak thread baru bincang pasal ni. 

SUMBER





Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang

Oleh Helmi Effendy

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti mana yang dijanjikan, saya akan menulis mengenai Kerajaan Aroi Matahari yang lokasinya terletak di Kepulaan Pasifik. Pada asalnya, artikel ini hanya berkisar mengenai Kerajaan Aroi tetapi kajian yang saya lakukan membawa saya kepada beberapa benang halus yang berkait rapat antara Kerajaan Aroi Matahari dan Lemuria serta Atlantis. Jadi, saya merasakan tajuk Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang merupakan tajuk yang paling baik.

Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar dahulu mengenai Lemuria dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Aroi ialah leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus belajar mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis.

Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus anda mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu definisi perkataan Austronesian dan Polynesian. Bila anda sudah memahami perkataan ini, anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menelan artikel saya ini. Jangan risau, sebenarnya ada artikel saya yang lepas berkisar mengenai definisi bangsa Melayu.


Lemuria dan Atlantis
Lemuria merupakan sebuah peradaban kuno yang masih didebatkan kewujudannya oleh para sejarawan. Manakala Atlantis berdiri selepas kewujudan Lemuria tetapi pernah berada pada period yang sama. Bukan kerana kewujudannya palsu tetapi kekurangan bukti untuk menjadikan Lemuria benar-benar wujud. Persoalan itu kita tolak ketepi, kerana kita ada benda yang lebih penting untuk dipelajari.

Lemuria ialah sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri pada 75 000 tahun sebelum masihi hinggalah ke era 11 000 S.M. Tamadun ini dikatakan ranap atas beberapa sebab, diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan menjadi mangsa banjir Besar. Tentang isu ini, ramai pengkaji berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat Nabi Nuh yang ingkar pada ajaran rasul ALLAH itu untuk menyembah ALLAH meninggalkan tinggalan berhala dan matahari mereka.

Kembali kepada topik, Lemuria pada zaman puncaknya, mempunyai 60 Juta orang dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Di sini saya mahu membetulkan kenyataan bahawa Lemuria dan Atlantis itu bukanlah milik orang Melayu. TETAPI...

Tahukah anda bahawa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah menjadi sebahagian daripada Lemuria dan Atlantis? Menurut Powell dalam bukunya The Solar System, pada bab 35 menceritakan bahawa akar bangsa keempat Lemuria merupakan malayan brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar sebagai Atlanteans. 

Dan fakta yang mengejutkan ialah lokasi Lemuria dikatakan terletak di Asia Tenggara. (Peta di bawah)

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x590.


Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, pentas Sunda, Kepulauan Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ini ialah wilayah yang memang diektahui sebagai Kepulauan Melayu pada hari ini. Hal ini telah membawa saya untuk mengkaji kembali kenyataan Augustus Le Plongeon (1825–1908), SEORANG PENYELIDIK yang menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria dan Atlantis bahawa pengasas kerajaan Mesir Purba ialah Permaisuri Moo, gelandangan daripada Lemuria.

Sekaligus saya teringat akan artikel mengenai Punt, bahawa lokasi tempat misteri yang dikatakan tanah para nenek moyang bansga Mesir dan Qibti, juag dikenali sebagai tanah para dewa yang dikunjungi oleh Ratu Hatsheptsut terletak di Nusantara. Sekarang, sudah jelas kenapa Nusantara ini di kunjungi oleh Firaun Hatshepsut kerana pernah suatu masa dahulu, di tanah ini berdirinya Lemuria.

Banyak juga pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi Lemuria. W. Eliotscot dalam bukunya The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria, juga tidak ketinggalan seorang professor daripada Brazil dalam bukunya The Lost Continent Of Atlantis Found (gambar di bawah)



Nampak bukan? Bukan seorang dua pengkaji yang telah menemui rahsia bumi kita ini. Cuma Melayu tidur... terlalu lama tidur... selepas sampai bangsa sendiri dipandang hina. Hari ini, bukti arkeologi menunjukkan bahawa keluasan Lemuria mencecah sehingga Pulau Ester yang merupakan wilayah terhujung dalam benua Melayu yang digariskan oleh pakar antropologi pada hari ini. 

Teknologi Canggih Lemuria Dan Atlantis

Nenek moyang orang Melayu pada hari ini dikatakan antara bangsa termaju yang pernah dilihat oleh dunia. Lemuria dan Atlantis mempunyai tanah subur sepanjang masa. Matahari asyik bersinar 24 jam (sesuai dengan iklim khatulistiwa). Mereka mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam dan teknologi bangsa ini sangat-sangat canggih. Ada pendapat mengatakan lebih canggih daripada hari ini. Namun semuanya musnah angkara melawan ajaran Nabi Nuh. Maka, ALLAH turunkan banjir besar dan hanya yang mengikut Nabi Nuh sahaja selamat daripada tragedi itu.

Saya percaya Nabi Nuh bercakap dengan bangsa yang sangat maju. Nabi Nuh tidak berdakwah dan menyeru manusia primitif yang konon sedang berevolusi tetapi sedang bercakap dengan bangsa yang mampu membina kapal terbang dan senjata nuklear. Baca catatan Plato mengenai tragedi yang menimpa bangsa Atlantis (Lemuria tidak disebut kerana Lemuria telah kalah dalam peperangan derngan Atlantis).

Plato dalam bukunya:

"Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa lebat menyapu bumi dan pada saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu muncul air bah yang menggenang seluruh wilayah (Atlantis)"

Kemudian bandingkan dengan ayat Al-Quran:

"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan" (Surah Hud, ayat 37)

Dan...

"Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja." (Surah Hud, ayat 40)

Lihat petunjuk ALLAH dalam Al-Quran, bagaimana Nabi Nuh mampu membina sebuah bahtera dengan jumlah pengikut yang kecil, itu pun tidak ditolak jumlah kanak-kanak dan wanita serta orang tua dalam masa yang sangat singkat kecuali Nabi Nuh merupakan seorang jurutera dan arkitek yang hebat dengan teknologi yang amat canggih. Isi kapal yang bakal dihuni itu terdiri daripada manusia beriman dan haiwan yang hidup di atas muka bumi ini.

Dalam lipatan sejarah, hanya satu tamadun sahaja yang musnah kerana banjir air bah, iaitu Tamadun Atlantis. Anda nampak perkaitannya di sini?

Untuk membuktikan dakwaan saya bahawa tamadun Lemuria dan Atlantis ini maju, mari kita lihat bukti-bukti dalam lipatan sejarah. Teknologi yang paling terkenal melibatkan kedua-dua peradaban ini ialah kristal. Kuil-kuil Lemuria dan Atlantis menempatkan sebuah generator raksasa yang dikelilingi kristal-kristal, sebagai sumber tenaga dan juga digunakan untuk perubatan.

Terdapat perbezaan antara Lemuria dan Atlantis. Bangsa Lemuria tidak sangat mempunyai teknologi yang canggih, dan teknologi mereka sangat mesra alam berbanding teknologi Atlantis sangat canggih dan bangsa ini sangat suka berperang. Bangsa Lemuria yang boleh dikategorikan sebagai bangsa spiritual diserang oleh Atlantis dan akibatnya, Lemuria jatuh. Kejahatan demi kejahatan dilakukan oleh bangsa Atlantis, mereka juga semakin menyeleweng ajaran nabi yang asal sehingga satu masa, ALLAH mengutuskan seorang nabi untuk mereka, namun sayang... seperti umat yang akan datang selepas mereka, mereka menolak mentah-mentah. Akibatnya... terjadilah banjir besar yang disebut dalam setiap tamadun.

Pada hari ini, antara rekod arkelogi yang membuktikasn kewujudan Lemuria dan Atlantis ialah catatan Tamadun China, tulisan sejarawan Yunani seperti Plato, Dodrus, Timagenus, Aelenus, Theopampus, dan banyak lagi. Boleh dikatakan setiap tamadun silam menceritakan mengenai Lemuria dan Atlantis, seiring dengan kisah banjir besar yang melanda dunia.

Ekpedisi-ekpedisi yang dijalankan ke dasar lautan Atlantis (empayar mereka sangat luas) pada hari ini, menemui binaan piramid. Juga penemuan keris Melayu di dasar laut Jepun dengan piramid-piramid aneh. Penemuan paling mengangumkan ialah kru Kapten Reyes menemui makam, kuil dan jalan raya di Talia, Sepanyol.

Kerajaan Aroi Matahari

Apabila banjir besar mula surut, maka terdapat beberapa orang bangsa Lemuria yang terdiri daripada pelbagai bangsa pada hari ini menubuhkan sebuah kerajaan yang bernama Aroi Matahari, lokasinya di Kepulauan Pasifik (salah satu wilayah rumpun Melayu yang digariskan oleh sejarawan). Kerajaan ini ditubuhkan oleh Tangoba. Ya, pengasas Kerajaan Aroi ialah bangsa Melayu. Tetapi, seperti biasa, kerajaan ini dihuni oleh bangsa-bangsa yang pernah mendiami Lemuria dahulu.

Dinasti yang ditubuhkan oleh Tangoba bernama Dinasti Araiki. Sepanjang pemerintahan Dinasti Araiki, terdapat lebih kurang 16 raja memerintah sehinggalah Dinasti Baralku mengambil alih. Kemudian, pelbagai bangsa kebanyakan sudah pupus di dunia mengambil alih tampuk pemerintahan melalui peperangan dan perkahwinan. Kerajaan ini juga menjalankan hubungan dengan tamadun-tamadun yang wujud selepas banjir besar seperti Tamadun Rama yang terkenal dengan kisah perang nuklear mereka, tamadun awal China, tamadun purba penduduk ASLI AMERIKA.

Namun, rekod penyelidik mengatakan bahawa Dinasti Nan Madol mengambil alih kerajaan Aroi. Dinasti ini ialah antara dinasti Kerajaan Aroi yang didirikan oleh orang Melayu. Dinasti ini sempat meninggalkan kepada kita sebuah bandar yang masih boleh dijumpai pada hari ini. (Gambar di bawah)







Tinggalan bandar Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei. Dijumpai pada tahun 1800 oleh penjarah eropah. Nan Madol bukan sahaja peningalan nenek moyang bangsa Melayu ini. Sebagai contoh, piramid ialah binaan biasa orang Melayu sejak zaman Lemuria lagi. Jadi, tidak hairanlah dakwaan bahawa terdapat ratusan piramid Melayu di dalam hutan kita yang sedang tunggu masa untuk didedahkan. Orang Melayu sebenarnya mampu membina lebih daripada itu. Sebagai contoh, dikatakan Kerajaan Aroi mampu membina terowong bawah laut yang menghubungkan pulau-pulau di bawah empayarnya. 


Lagi satu yang perlu diketahui oleh orang Melayu, kerajaan Aroi sebenarnya merupakan sebuah kerajaan Maritim yang dimana kita dapat melihat warisan genetik nenek moyang kita berada dalam diri kita. Kerajaan-kerajaan Melayu selepas itu kebanyakannya bersifat maritim dan melakukan aktiviti perdagangan. Sebagai contoh, Srivijaya dan Melaka.

Kesimpulan

Orang Melayu merupakan antara bangsa tertua di dunia yang masih bertahan dalam lipatan sejarah. Daripada zaman nenek moyang mereka, Lemuria sehinggalah zaman banjir besar, beratus-ratus kerajaan tumbang, beratus-ratus bangsa telah pupus di dunia tetapi orang Melayu masih kekal bertahan. Saya berharap segala apa yang saya tulis melalui hasil kajian saya diambil positif. Kita harus mengambil contoh nenek moyang kita, menjadi hebat seperti mereka dan jangan tidur lagi...

Rujukan:

The Chronicles Of Genesis: A complete history Of Nefilm oleh Neil Zimmer.
Far out adventure: The Best World Explorer oleh David Hatcher Childress.
Our Journey Through Time oleh John C. Carnes.
The Ancients oleh Fernando Gallegos.
The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria oleh W. Eliotscot.
The Lost Continent Of Atlantis Found oleh Arsyio Santos
The Solar System Oleh Powell

No comments:

Post a Comment