banner

Wednesday, December 3, 2014

Rahsia kekayaan Jutawan Jeruk Pak Ali


[ perjalanan bisnes jutawan jeruk madu pak ali ]


1. Bermula 6 tahun lepas (2008) oleh Tn. Elias bin Tn Hj Ali.

2. Dari kecil dah mula diasuh berniaga oleh ayahnya Arwah Pak Ali. Pernah berniaga macam-macam. Proses Soya, jual kuih dari rumah ke rumah, dobi, restoran, kedai haiwan belaan (pet) & banyak lagi.

3. Lepas SPM Arwah Pak Ali dah suruh En Elias berniaga. Dikoyaknya sijil En Elias.

4. Kata Pak Ali pada anaknya, nak bergantung apa dengan orang? Bergantung dengan Tuhan.

5. Lepas SPM, Pak Ali bagi modal kepada anak lelaki sulungnya ini untuk berniaga. Jumlah modal, RM15!..

6. Dengan RM15, Pak Ali hantar anaknya untuk jaga bisnes kedai 'pet'nya. Bertahun dia tidur dikedai dengan hanya kerusi malas penemannya.
Kedainya di sebelah Mesjid Sg Nibong Penang, betul-betul sebelah kubur. Hihi..
Kata Pak Ali, pandai-pandailah nak hidup.

7. Lepas En Elias dapat idea bisnes jeruk, Pak Ali setuju dan carikan tapak kilang.

8. Encik Elias tunggu modal dari ayahnya. Tapi ayah dia tak bagi pun. Kata Pak Ali, modal cari sendiri. Jadi dia gadai barang kemas isteri bernilai 30 ribu ringgit.

9. Jeruk Madu Pak Ali banyak bekerjasama dengan FAMA & PERDA.

10. Katanya, bisnes makanan kena bagi orang makan banyak-banyak.

11. Sekarang mempunyai 100 orang pekerja. Pak Ali pesan kurangkan guna mesin.

12. Arwah Pak Ali buta huruf. Tapi tau 5 bahasa.

13. Arwah Pak Ali pesan pada anak-anak, jangan kawan dengan orang kerja kilang. Nanti pandai 2 perkara saja. 1) perempuan 2) motor.
Dia suruh kawan dengan orang bisnes.

14. Kelebihan produk biar dia berkata-kata sendiri.

15. Tindakan perlu cepat.

16. Beliau sangat jaga 2 perkara:
1) Jaga mak ayah (hantar al-fatihah setiap pagi)
2) Jaga guru (hantar al-fatihah setiap pagi).

17. Pesan kepada pekerja, jaga dan sayang kilang macam kilang kita sendiri. Bukan kilang bapak kita. Kalau bapak kita punya nanti buat suka hati, mai tak mai tak kisah. Hehe..

18. Permintaan jeruk 350 tan. Kapasiti 200 tan sebulan.

19. Sales salah satu outletnya di Seberang Jaya RM60 ribu sehari.

20. Jangan bagi sangkut (hutang) dengan orang.

21. Supplier berebut nak hantar barang. Sebab dia bayar cash.

22. Katanya orang berhutang ni ada satu pintu lagi tak lepas.
Ok dah habis...Terima kasih ya semua. Setakat ini perkongsian kami. Semoga kejayaan Jeruk Madu Pak Ali yang baru berusia 6 tahun dapat memberi inspirasi kepada kita semua.

Tahniah En Elias JERUK MADU PAK ALI. Semoga bisnes bertambah kencang dan dapat pasaran lebih meluas ke seluruh dunia. Ameeen.

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah ..

No comments:

Post a Comment