banner

Monday, December 31, 2012

Mayat-mayat orang islam yang dikorek di JOHOR, dilayan macam sampah bahan binaan


Mayat-mayat orang islam yang dikorek di JOHOR, dilayan macam sampah bahan binaan!!


SUNGGUH SEDIH DAN MENYAYAT HATI....
MAYAT-MAYAT ORANG ISLAM YANG DIKOREK DIPENGERANG, JOHOR DILAYAN MACAM SAMPAH BAHAN BINAAN!!!!







Lihatlah mayat-mayat orang Islam yang dikorek di Pengerang, Johor. Cukup sedih pilu dan menyayat hati.

Dibungkus dan dilonggok begitu sahaja di bawah pokok. Dihempap dengan cangkul atas kenderaan.

Mana etika dan syariat yang dijamin oleh Kerajaan Negeri Johor, negeri kelahiran UMNO seperti terkandung dlm Majalah Holistik edisi Pengerang?

Ini bukan soal politik, Mana pergi terbang melayangnya sensitiviti masyarakat Islam kita terutama di Johor.

DIMANA?.



Kisah Sebenar KUBUR ISLAM PENGERANG DIGALI Tanpa Pengetahuan WARIS


Pada 22hb Disember, Gabungan NGO Pengerang (GNP) telah menerima aduan daripada seorang pemilik tanah di Kampung Sebong bahawa tanahnya telah diceroboh oleh dua syarikat, iaitu ICEDECOR BINA SDN. BHD. dan PIJ HOLDING SDN. BHD. Beliau telah membuat laporan polis pada hari yang sama. Beliau beritahu kami bahawa rasa tidak puas hati kerana dia tidak pernah menerima notis pengambilalihan tanah atau Borang E dari mana-mana pihak sebelum ini.

Selepas itu, tuan tanah tersebut membawa laporan polis ke tanah miliknya untuk menghentikan kerja-kerja penggalian kubur. Kakitangan kontraktor juga tergesa-gesa untuk mengemaskan alat-alat kerja selepas menggali 5 kubur. Sebuah kubur yang sedang digali juga dikebumikan sebelum mereka meninggal tapak perkuburan tersebut. Kami juga mendapati beberapa batu nisan yang kontraktor tidak sempat ambil telah ditinggalkan di tempat tersebut.







Penggalian kubur di Kampung Sebong telah dihentikan kerana penduduk kampung melaporkan polis.




Antara batu nisan yang dicabut ditinggalkan di bawah pokok.


Pada 23hb Disember, seorang ahli Gabungan NGO, En. Yusoff, telah memasuki kawasan penggalian kubur di Kampung Jawa Darat untuk mendapat maklumat yang selanjut. Wakil dari JPDC (JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION) menjamin bahawa semua kubur yang digali tidak mempunyai waris. Baliau juga berkata, sekiranya kubur berwaris digali, kontraktor akan memikul tanggungjawab sepenuhnya. Pada masa yang sama, seorang jurugambar telah dihalau dari kawasan penggalian kubur tersebut. Pada waktu petang, bendahari GNP, Chua Peng Sian, telah menerima satu panggilan dari seorang Inspektor di IPD Kota Tinggi. Pegawai tersebut meminta beliau supaya jangan campur tangan dalam isu penempatan semula perkuburan Islam.

Pada 24hb Disember, kami menerima maklumat dari penduduk bahawa sesetengah kubur berwaris di Kampung Jawa Darat telah digali, dan waris-waris kubur tersebut tidak mengetahuinya. Waris-waris itu merancang untuk membuat laporant polis, tetapi telah ditangguhkan setelah beberapa ahli politik yang menghubungi mereka.

Pada pukul 11 pagi, sebuah kereta ronda polis keluar dari tapak perkuburan tersebut, seorang inspektor mengingatkan ahli-ahli GNP yang baru sampai situ bahawa orang Cina tidak boleh menghampiri kawasan penggalian kubur dan tidak dibenarkan mengambil gambar, inspektor tersebut juga memesan ahli GNP jangan menghubungi wartawan akbar Cina untuk temubual.

Selepas setengah jam, ahli GNP melihat dua orang pegawai Kesihatan baru tiba di kawasan kerja, dan di ikuti seorang imam memasuki kawasan kerja dengan menaiki kereta kontraktor, kami tidak lihat kehadiran pegawai dari Jabatan Agama pada masa itu. Pada waktu petang, kami dimaklumkan bahawa seorang waris yang tidak berpuas hati dengan kubur nenek moyangnya digali telah bertengkar dengan pegawai kontraktor di Kampung Punggai.





Quote:
Di pindah di kawasan kubur yang ditetapkan, ditanam dengan ke dalaman 15 inci sahaja!
Walhal, sepatutnya kedalaman mengikut Pihak Berkuasa Agama 3 kaki. Sangat terdedah dengan binatang seperti anjing dll.

Bila hujan, kawasan bergenang dengan air dan becak di sana sini. Kontraktor yang beroleh projek tidak amanah dan langsung tidak menghormati mayat2 yang dikorek. Ia bertentangan samasekali dengan cerita indah oleh Pihak Berkuasa Agama yg berjanji akan turut serta dalam proses penggalian dan perpindahan mayat2 berkenaan.
Menurut lesen bagi penggalian semula kubur yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri Johor, lesen yang dipegang oleh kontraktor cuma dibenarkan untuk menggali 198 buah kubur Islam lama yang tidak berwaris di Lot 5156 Kampung Telok Empang. Namun, kontraktor telah menggali kubur Islam di Kampung Jawa Laut, Kampung Jawa Darat dan Kampung Sebong dalam beberapa hari ini, mereka juga telah menggali kubur yang berwaris.

Kami mengutuk keras kepada anggota polis yang cuba campur tangan dalam kebebasan media untuk melaporkan berita dan kami akan memberi bantuan kepada waris-waris kubur yang telah digali oleh kontraktor.

Kami juga ingin meminta Pejabat Setiausaha Negeri Johor untuk mengesahkan bahawa adakah kontraktor telah melangar peraturan lesen menggali semula kubur yang dikeluarkan dan telah menggali kubur Islam yang tidak dibenarkan. Kalau tidak, kami akan membantu penduduk-penduduk untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pejabat Setiausaha Negeri Johor dan kontraktor-kontraktor yang terlibat.

Kapten Haji Hasnul Bin Ahmad
Naib Pengerusi
Gabungan NGO Pengerang
26hb September 2012



Quote:
Kalau la benda macam ni terjadi di Kedah, Kelantan atau Selangor, tentu punya akan riuh satu Malaysia Umno punya spin.

Tentu punya tiap-tiap malam akan keluar dalam TV bermacam bentuk punya spin 'mengharamkan' tindakan ni.

Tentu berpuluh malah mungkin beratus report polis dibuat untuk tambah mensensasikan lagi berita ni.

Tentu punya segala NGO penchachai Umno BN yang berselindung di balik nama melayu dan Islam akan keriuu sakan.

Tapi, memandangkan episod ni terjadi di Johor, negeri kelahiran Umno dan ditambah pulak ada ramalan yang kata Umno BN akan menghadapi saat getir pada PRU13 nanti di Johor, berita sensasi macam ni nampak macam takdak nilai pada TV3, Bharian, Utusan dan yang sewaktu dengannya.

Tambah-tambah lagi la kalau benda macam ni berlaku di Pulau Pinang, tak mustahil boleh berlaku mini 13 Mei di Pulau Pinang angkara mainan aksi macam 'si totok Umno'.

No comments:

Post a Comment