banner

Sunday, July 22, 2012

Rahsia Kemiskinan Sabah

Pada suatu petang yang hening, tanggal 6 Jun 1976 di Sembulan, di sini, penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah pesawat yang terhempas.


Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.


Pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.




Senarai mereka yang terkorban ialah:

1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan
11.Johari Tun Fuad Stephens

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.


Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

Sehingga kini banyak persoalan belum terjawab kepada anak2 sabah..

i) rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut

ii) YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu????di saat akhir????

iii) Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad[1] itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu
pesawat???takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar???

iv) Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia..

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.. 





Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 3.50 petang, Jun 6, 1976, pesawat Nomad buatan Australia dan milik Sabah Air terjatuh ke dalam laut di pantai Sembulan, Kota Kinabalu, dan meragut nyawa Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima, Allahyarham Tun Muhammad Fuad Donald Stephens.

Stephens, dari Papar dan Tambunan, yang juga dikenali sebagai Hoguan Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan-Dusun, suku kaum bumiputera terbesar di Sabah (45 peratus penduduk Sabah), ialah seorang Bapa Kemerdekaan Sabah.

Allahyarham telah menjadi Ketua Menteri Sabah pertama dari tahun 1963 ke 1964 dan Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga dari tahun 1973 ke 1975. Stephens ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dari kaum Kadazan-Dusun.

Allahyarham adalah ayahanda kepada bekas pengarang majalah Men’s Review Faridah Jean Stephens dan usahawan Asgaari James Stephens dan Affendi Richard Stephens (seorang pemilik syarikat Astro TV).

Allahyarham juga adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah keenam Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang kini bergelar Timbalan Ketua Menteri Sabah. Kitingan adalah pemegang gelaran Hoguan Siou selepas kematian Stephens.

Stephens adalah bekas pemilik bangunan terkenal di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Wisma Cosway, yang asalnya digelar Wisma Stephens.

Allahyarham juga adalah wartawan pertama di Sabah dan pengasas surat khabar The Sabah Times (kini The New Sabah Times).

Stephens juga adalah kawan karib wartawan Korea-Amerika terkenal Jimmy Hahn, ayahanda kepada wartawan CNN Lorraine Hahn (yang berketurunan Korea, Cina dan Thai dari Pulau Pinang).

Quote:
Turut terkorban dalam nahas ngeri itu ialah:

Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin iaitu ayahanda kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Donald Mojuntin [dari Penampang];

Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thian Vun [dari Sandakan];

Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong [dari Kota Belud];

Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion [dari Penampang];

Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andu [dari Penampang];

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Syed Hussein Wafa [Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Penampang];

Setiausaha Sulit bekas Presiden Petronas dan bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan [dari Kota Baru, Kelantan];

Pengawal peribadi Stephens, Korporal Mohamad Said [dari Penampang];

Juruterbang pesawat Kapten Gandhi J. Nathan [dari Kuala Lumpur];

Anak angkat Stephens, Johari John Stephens.

Kitingan yang pada masa itu bertugas sebagai Pembantu Ketua Menteri hampir menaiki pesawat yang malang itu tetapi disuruh menukar pesawat oleh Stephens.

Tengku Razaleigh juga hampir menaiki pesawat itu tetapi telah dibawa ke dalam pesawat lain oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris Salleh, yang akhirnya menggantikan Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah kelima.

[Harris, ketua kaum Kedayan dari Labuan adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah ke-13 Datuk Seri Musa Aman Khan. Musa adalah saudara kepada isteri Harris Datin Seri Rubiah Khan yang berketurunan Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Beaufort]

Pesawat yang hanya boleh memuatkan 6 orang anak kapal itu terhempas berdekatan dengan Kampung Air Sembulan yang berhampiran Masjid Negeri Sabah dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (2 km dari tempat nahas).

[Kampung Air Sembulan kini telah dibangunkan semula sebagai kawasan perumahan moden]

Pasukan penyelamat dari polis, tentera dan bomba, mendapati bahawa mayat kesemua mangsa telah hancur. Kecuali Mojuntin yang hanya cedera di belakang kepala.

Pesawat itu telah bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Pemimpin-pemimpin negeri Sabah pada masa itu sedang menyambut Tengku Razaleigh yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah. Lawatan itu bermula di Labuan.

Pada awal pagi sebelum kejadian, Stephens telah menyertai pertandingan berjalan kaki di Kota Kinabalu. Allahyarham kemudian menaiki pesawat ke Labuan pada jam 10 pagi.

Pada pukul 3.30 petang, dua pesawat Sabah Air bersedia membawa rombongan Stephens dan Razaleigh pulang ke Kota Kinabalu.

Razaleigh dan Kitingan dijadualkan menaiki pesawat yang sama dengan Stephens tetapi Stephens telah mengarahkan Kitingan bertukar tempat dengan Mojuntin yang dijadualkan mengiringi Harris dalam pesawat yang kedua.

Harris telah membawa Kitingan dan Razaleigh ke dalam pesawat yang kedua, dengan persetujuan Stephens.

Stephens telah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah. Allahyarham menjadi Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dikebumikan di masjid itu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Rahimah June Stephens dari Sandakan, dan 3 orang anak iaitu Affendi, Asgaari dan Faridah.

Kerajaan Malaysia telah menamakan beberapa jalan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, jalan pasar Kota Kinabalu, dan kompleks kerajaan di Karamunsing, Kota Kinabalu, sempena Allahyarham.

Kerajaan negeri Sabah pimpinan Harris telah mengarahkan pembinaan tugu peringatan Double Six di tempat nahas pada akhir tahun 1976.















No comments:

Post a Comment