banner

Tuesday, July 31, 2012

PRU 13 : Pakatan kaji turunkan harga kereta


PRU 13 : Pakatan kaji turunkan harga kereta




PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berjanji akan memastikan bahawa janji menurunkan harga kereta akan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 (PRU13).

Menurut, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, PKR juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam PRU13 akan berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat.

"Perkara ini telah dibincangkan di peringkat PKR dan Pakatan Rakyat, is sudah berasa diperingkat akhir perbincangan.

"Perbincangan ini meliputi kesan kepada kereta tersebut jika kita kurangkan harga dan juga kepada ekonomi negara kerana sumber pendapatan negara juga dari cukai kereta tersebut," jelasnya

Beliau yang sebelum itu menjelaskan, PKR memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabaran Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009.

Menurutnya lagi, maklumat tersebut menunjukkan bebanan isi rumah negara bagi rakyat negara ini makin meruncing.

"Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman yang mencecah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012.

"Keadaan ini menimbulkan beban utama kepada rakyat yang sebahagian besar dari rakyat negara ini hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan," jelasnya.

Katanya lagi, maka satu jalan yang adil kepada rakyat adalah mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta.

Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna dalam keadaan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia rata-ratanya di bawah RM3,000 sebulan.

Kata Rafizi, peningkatan yang tinggi kepada harga kereta adalah disebabkan oleh Dasar Automotif yang diperkenalkan oleh Umno-Barisan Nasional dalam melindungi kepentingan mereka.

"Harga kereta dilonjakkan oleh tiga jenis cukai yang diperkenalkan iaitu duti eksais ke atas setiap kereta, cukai import dan cukai jualan.

"Lebih teruk apabila rakyat terpaksa pula mengambil pinjaman kereta pada kadar faedah yang tinggi untuk membayar cukai-cukai yang dikenakan dan ini bermakna rakyat dibebankan sebanyak dua kali," sambungnya.

Tambahnya lagi, pengurangan harga kereta yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat nanti secara tidak langsung akan mengembalikan hak rakyat setiap bulan umpama berlakunya kenaikan gaji kepada mereka.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan isu ini adalah dasar yang sangat rasional dalam mengurangkan beban rakyat.

"Rakyat terpaksa berbelanja hampir separuh dari pendapatan mereka untuk sebuah kereta tetapi mereka tidak ada pilihan kerana ia adalah keperluan.

"Kita memandang serius tentang isu ini dan ia akan menjadi manifesto utama Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang," katanya.

Untuk maklumat, 53 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan dan 71.9 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta.

Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam tempoh 18 bulan iaitu RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012, berbanding RM118 bilion pada November 2010.


Kita dapat lihat bagaimana hutang sebuah isi rumah melambung tinggi disebabkan harga kereta. Justeru, rakyat sila tunggu!
Tumbangkan BN dahulu baru beli kereta.
Kah Kah Kah~


Sumber

http://www.malaysiakini.com
http://tukanglawan.blogspot.com
http://wargamarhaen.blogspot.com


Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan


Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan
perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais

Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.

"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.

"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya. 



APA PANDANGAN ANDA...??
Bagaimana dengan Sektor Automotif PROTON....
Setuju... Atau Tidak...???





Update 25/7/2012

KJ mengaku ianya menguntungkan Jutaan Rakyat


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bimbang janji PKR untuk menjadikan harga kereta lebih murah akan memberi kesan negatif kepada pembuat kereta nasional Proton dan juga pendapatan kerajaan.

Langkah itu walau diakuinya akan memberi keuntungan kepada jutaan rakyat, namun dasar seperti itu akan memberi kesan kepada puluhan ribu pekerja Proton dan juga golongan yang terlibat dalam industri automotif, katanya.

"Bukan saya nak maksudkan kita nak lindungi Proton selama-lamanya, ..tapi jika tiada perancangan rapi alamatnya adalah malapetaka dari segi ekonomi," katanya lagi ketika bercakap kepada pemberita di Bangsar malam tadi.

Katanya lagi, tindakan menghapuskan duti eksais dan import itu akan menjejaskan sehingga RM4.6 bilion pendapatan kerajaan persekutuan.

"Walau dasar ini baik, tapi kena (Pakatan Rakyat) kena jelaskan bagaimana hendak bayar janji tersebut," katanya lagi.

Beliau mengulas rancangan Pakatan Rakyat untuk menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.


Update 25/7/2012

Kenapa anda perlu sokong manisfesto pakatan rakyat merendahkan harga kereta? - Baca ini.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/...#ixzz21cNDJ8ub

Sistem pengangkutan jalanraya teruk bhai. Lue nak turunkan harga kereta? Baik lue suruh pr tingkatkan kualiti sistem pengangkutan awam larh beb.

Jalanraya jammed! Idea semak. Aku penyokong PR tapi buat apa ko nak turunkan harga kereta? Harga kereta mahal pun ramai jek mampu pakai kereta ini kan pula harga kereta murah. Lagi lah bersepah2 atas jalanraya !!!

Aku penyokong PR. Tapi aku langsung tak sokong idea neh. Harga kereta sekarang dah oke. Tingkatkan kualiti sistem pengangkutan jek sudah.

Jalanraya berlopak, sempit dan teruk. PR patut focus kat situ. Bukan isu kereta.


Antara komen2 yang aku baca. Sebenarnya pendapat korang tue separa tepat. Separa tepat kenapa? Sebab korang tak faham bagaimana ini berlaku. Senang cakap korang tak reti buat kek, korang reti makan jek, tapi bila orang cakap nak murahkan harga kek, korang komplain bagai hey yooo.. kek murah low quality yooo.. tapi satuhapa cara nak buat kek korang tak reti tapi komplain macam good2 pula.

Lainkali, faham dulu cara nak buat kek. Baru ko boleh komplain. Sama juga dalam isu manisfesto PR mengenai harga kereta. Fahamkan dulu apa yang ingin PR sampaikan. Baru komplain. Taktahu hujung pangkal jangan main serbu der.

Jangan lupa, setiap idea2 yang PR salurkan datangnya dari rakyat. Bukan dorang main sembrono jek bercakap. Macam isu ptptn. Mereka mendengar keluhan mahasiswa. Sama juga macam harga kereta. Mereka mendengar rintihan rakyat. So no point la untuk korang kritik idea PR. Tak puas ahti, kritik jek masyarakat yang bawa idea neh. Salah seorang nya aku. Aku antara orang yang banyak kali meluahkan yang PR kena buat sesuatu mengenai harga kereta di malaysia dan good, ini inisiatif yang bagus dari PR.

Meh sini aku nak bagitau korang apa yang perlu korang tahu dan apa peranan yang korang kena buat.

Kenapa harga kereta perlu murah?

1. Kerana rakyat perlu diberikan hak untuk membeli kereta yang setimpal dengan harga nya.

2. Ko tak expect modal sesebuah kereta berjumlah rm40k jual sampai rm400k kan? Nak untungkan golongan kapitalis hanya semata2 ko taknak jalan jem? Kemon, ko tak se***** tue bhai.

3. Ko rela bayar pelbagai cukai = jalanraya tetap teruk seperti biasa? Atau, bayar cukai rendah = jalan tetap teruk seperti biasa? [buat masa sekarang] Kemon, ko juga tak se***** neh bhai.

4. Untuk memantapkan sistem pengangkutan awam, ko tak expect ia adalah kerja sehari dua kan? Hari neh PR tadbir, esok seme sistem pengangkutan awam jadi efisyen? Dan sebulan selepas tue seme tempat ada bas? Dan setahun selepas tue, bas pergi ke mana2 sahaja? Dan bas ada pada setiap jam, minit, saat dan waktu? Ataupun sana sini ada monorel?

Kemon.

Fikir dalam2. Nak bina monorel jek berapa tahun? Nak rangka pelan jek berapa tahun? Nak kumpul modal jek berapa tahun? Nak bina jek di beberapa banyak kawasan? Nak bina jalanraya jek berapa tahun? Nak cari syarikat usaha bas jek berapa tahun? Sehingga saat itu tiba, ko expect seme orang haii jom jalankaki, biarkan harga kereta mahal sebab? Taknak jalan jem bhaiii.

Ringkasan nya begini geng. PR akan turunkan harga kereta yakni = nilai cukai dan duti yang membebankan rakyat marhaen supaya kita semua lebih mampu memiliki kereta yang berkualiti lebih baik pada harga yang munasabah.

Tujuan?

Supaya kita senang nak travel ke mana2.

Risiko?

Jalan jem mesti ada punya. Di bandar. Di luar bandar tak teruk macam neh.

Kesan?

Lebih ramai rakyat dapat beli kereta. Dan sudah tentu kereta2 lama akan automatik terhapus sebab dah mampu tukar yang lebih baik dari sedia ada. Mengalakkan perniagaan jual beli kereta dan of course, kurang bankrupsi akibat tak mampu tanggung beban hutang kereta yang mahal beb.

Kebaikan?

Rakyat dapat memiliki kereta yang lebih baik pada harga patut. Rakyat juga dapat travel ke sana sini dengan mudah di saat sistem pengangkutan kita sangat teruk terutamanya di luar bandar. BAS 2 jam sekali. Korang mesti suruh orang2 kampung jalankaki jek kan? Sebab? Takmo jalan jam ma. Pfttt.

Bukan seme tempat bas boleh masuk or mampu masuk. Bukan seme tempat teksi mahu pergi dan akan pergi. Lagipun jika sejumlah wang boleh dijimatkan dengan menggunakan kenderaan sendiri, apa masalahnya disitu?

Penting ke?

Penting. Sekurang2nya pada masa kini ia penting di saat sistem pengangkutan kita sangat teruk. Dan setelah ia diperbaiki, lama kelamaan, masyarakat juga akan menghentikan penggunaan kereta geng. Kalau ko jalan kaki lima minit boleh dapat tren, then keluar dari tren, jalan kaki lagi 5 minit then boleh sampai tempat kerja, sapa taknak? Semua orang nak. Jimat duit minyak, jimat tenaga, bahkan jimat masa. Tapi seme orang ada tren kah di depan rumah?

Jadi sehingga saat itu tiba, maka harga kereta yang rendah boleh membantu kita sedikit bersabar dengan masalah sistem pengangkutan di malaysia neh geng. Ramai rakyat malaysia terpaksa spent duit untuk beli kereta bukan sebab mereka mampu tetapi sebab mereka terpaksa beli disebabkan sistem pengangkutan yang sangat teruk di malaysia.

Jika mereka bear dengan sistem pengangkutan tersebut maka alamatnya you getlost. Jangan datang kerja lagi. Hari2 lewat. Buang masa i bayar gaji you. Ini akibat yang mereka dapat.

Bahkan kita lagi suka jika menggunakan kenderaan sendiri ketika bercuti jek. Ataupun ketika bershopping. Sebab nak bawa barang. Tetapi sayangnya kita tak boleh nak melakukan itu seme sebab majoriti kawasan di malaysia, sistem pengangkutan nya sangat teruk.

Di sesetengah tempat yang ada tren mungkin mereka rasa syok sebab boleh cutikan kenderaan sendiri dan gunakan kenderaan awam. Tetapi bagaimana pula dengan aku? Bagaimana pula dengan orang lain? Kami seme tak bertuah seperti korang oke. Oleh itu fahami dulu masalah kami.

Nak wujudkan jaringan sistem pengangkutan yang efisyen bukan semudah ABC. 55 tahun memang mencukupi tetapi bn terbukti gagal sebab taknak buat bukan tak boleh buat. Jika mereka mahu buat, sudah pasti sekarang neh kita tak menghadapi dilemma neh.

Jadi jika PR amekalih putrajaya, mereka dapat merendahkan harga kereta dan dalam masa yang sama akan menambahbaikkan sistem pengangkutan awam yang juga sebenarnya adalah sebahagian daripada manifesto mereka. Dan jika ini seiringan, maka lama kelamaan selepas negara kita mempunyai sistem pengangkutan yang efisyen, kita juga akan tinggalkan kenderaan sendiri di rumah dan menggunakan pengangkutan awam.

Siapa kata orang korea dan jepun tidak suka berkereta? Mereka juga suka. Siapa kata di korea dan jepun tiada jalan jem? Ada, musim cuti beb. Tetapi mereka juga ada sistem pengangkutan yang efisyen. Pemikiran mereka mudah sahaja. Kerajaan merendahkan harga kereta, menambahbaik sistem pengangkutan awam dan buat jalanraya yang betul, hasilnya? Rakyat ada dwi pilihan.

Nak jalan kaki? Oke, seme tempat ada lampu. Kadang2 lampu rosak. Tapi still, ada lampu ada cctv dan still rasa oke lagi di sini. Nak naik kereta? Oke, harga kereta pun tak mahal mana. Nak naik tren or bas? Dipersilakan lah.

Dwi pilihan inilah yang penting bagi rakyat macam kita. BN tak bagi kita pilihan neh. BN paksa kita menghadapi seme masalah. PR akan bagi kita dwi pilihan. Ya, memang ya akan makan masa. Terutamanya bab sistem pengangkutan awam yang efisyen dan bab jalanraya yang baik.

Tetapi itu tetap lebih baik sebab lama kelamaan dwi pilihan yang wujud di negara sana juga akan berlaku disini. Dan sehingga saat itu tiba, maka idea rendahkan harga kereta sudah semestinya relevant.

Nota : Nyatakan pandangan anda mengenai manisfesto terbaru PR. Nyatakan dengan ilmiah supaya pemimpin PR boleh memahami apa yang ingin anda sampaikan. Jangan mencarut dan expect pemimpin PR nak senyum2 sambil menerima pakai idea dan kritikan ko pula. Bai.


Read more: 
http://amenoworld.blogspot.com/

UPDATE
27/7/2012
Perkasa kutuk PROTON.


BAGUS.

Memang BAGUS.

Sangat-sangat-sangat BAGUS.

Tahniah diucapkan kerana tampil dengan begitu BERANI memerli PROTON melalui kenyataan kepada PRESS semalam ;

Mula2 aku nak tepuk tangan dulu tanda aku menghargai ketidakcerdikkan PERKASA membalon idea PR akhirnya menjerumuskan PERKASA ke dalam satu senario yang memalukan.

Menurut perkasa ;


“Alhamdulillah rakyat akan dapat membeli kereta dengan harga yang lebih murah … tapi semurah mana?
“Kereta Proton tiada siapa nak beli sebab kereta import mewah harganya lebih kurang sama … (dan) pekerja Proton pastinya gusar akan diberhentikan.
“Ini bakal menyaksikan wang negara terus mengalir keluar kerana rakyat akan lebih berminat untuk membeli kereta import,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam. -TMI-


Alhamdullilah kata perkasa. Kenapa Alhamdullilah? Sebab menurunkan harga kereta di malaysia memang merupakan satu keputusan yang bijaksana. Sebab tue perkasa dalam sedar tak sedar tersebut Alhamdullilah. Ada orang sebut Alhamdullilah time dia sedang angin satu badan? Takdak. Time sabar + bersyukur jek dia sebut Alhamdullilah bhai.

Kereta proton tiada siapa nak beli kata perkasa? Kenapa perkasa keluarkan statement macam tue? Hina sangat kah proton di mata perkasa? Teruk sangatkah proton di mata perkasa sehinggakan perkasa memperkecil-kecilkan kemampuan proton untuk bersaing di pasaran terbuka? Itu lue tanya dia sendiri sebab pandangan wa sangat2 berbeza dari perkasa neh beb.

Rakyat lebih berminat nak beli kereta import kata perkasa. Kenapa? Apa yang bestnya kat kereta import tue perkasa? Apa yang tak best kat kereta proton tue?

kah kah kah

Sekarang, akhirnya satu malaysia dah faham bagaimana proton menjalankan operasi perniagaan mereka. Baik penyokong bn mahupun penyokong pembangkang bahkan bebas sekalipun memang sudah tiada ahti dan nafsu untuk memandang tinggi terhadap proton. Sebegini rendah dan hina martabat proton di malaysia. Bahkan pengasas proton bernama mahathir tue pun tak pakai proton. Kenapa?

kah kah kah

Lue tanya soklan tue sendiri pada mahathir dan menteri2 di malaysia. Proton di malaysia standard kereta rasmi or kereta untuk orang yang terdesak. Bukan sekadar tuduhan kosong bahkan terbukti dengan faktanya sekali beb. Lue fikirlah sendiri.



Read more: http://amenoworld.blogspot.com/





PKR cadang hapus beri AP, perkenal bidaan

31 July 2012


PKR hari ini mendedahkan bahagian kedua cadangan dasar automotifnya yang melibatkan pelan untuk menghapuskan pemberian permit import (AP) secara berperingkat-peringkat selama tiga tahun sehingga 2015.

Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli berkata, rancangan itu akan menjana RM2.8 bilion dalam pulangan kerajaan bagi mengurangkan kesan pengurangan eksais dan cukai jualan kenderaan yang dianggarkan berjumlah RM8 bilion setahun.

PKR juga mencadangkan supaya AP berkenaan dijual secara bidaan tiga peringkat, dengan bidaan permulaan untuk kenderaan efisien tenaga bermula pada RM10,000, kereta biasa pada RM20,000 dan RM30,000 untuk kenderaan berkuasa tinggi.

Rafizi berkata, PKR percaya bahawa harga purata untuk setiap AP akan mencecah RM40,000 setiap tahun, yang akan menghasilkan pulangan sebanyak RM2.8 bilion setahun.


Isu cukai kereta - RM8 billion akan dipulangkan kepada rakyat bukan kepada kroni umno
Update 31/7


PEMOTONGAN CUKAI EKSAIS KERETA: PENGURUSAN PERMIT IMPORT (AP) YANG LEBIH BAIK JANA SUMBER KEWANGAN NEGARA MENGGANTIKAN CUKAI EKSAIS 
Kebimbangan yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional dan sesetengah pihak bahawa penghapusan cukai eksais kereta demi menurunkan harga kereta akan mengurangkan hasil kerajaan dan menjejaskan ekonomi adalah tidak tepat.

KEADILAN telah menjelaskan bahawa jumlah cukai RM8 bilion yang dianggarkan dikenakan ke atas rakyat sekarang ini sebenarnya akan dipulangkan kepada rakyat.

Jumlah ini akan dibelanjakan oleh rakyat di dalam ekonomi negara yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi ini akan meningkatkan hasil kerajaan melalui kutipan cukai pendapatan syarikat dan individu. Kesan berganda kepada ekonomi negara jika jumlah RM8 billion ini dipulangkan kepada rakyat adalah lebih tinggi berbanding jika ia berada di dalam poket kerajaan.

Malah, pengurusan permit import (AP) kereta yang lebih baik juga akan menambahkan lagi pendapatan negara.

Gabungan kedua-dua langkah ini akan memastikan pendapatan negara tidak terjejas secara mendadak hasil dari penghapusan cukai eksais secara berperingkat.

Perlu diingatkan, Umno/Barisan Nasional telah mungkir janji dengan rakyat untuk menghapuskan AP seperti yang diumumkan di dalam Dasar Automotif Negara yang berkuatkuasa bermula 20 Oktober 2005. Janji untuk menghapuskan AP menjelang 31 Disember 2010 tidak ditepati, sebaliknya kini sasaran itu ditangguhkan pula ke 31 Disember 2015.

Sistem AP bukan sahaja menyebabkan harga kereta yang lebih tinggi tetapi hanya menguntungkan sesetengah pihak yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional.

Janji Umno/Barisan Nasional supaya hasil dari AP ini akan digunakan untuk membantu usahawan Bumiputra di dalam sektor automotif juga tidak ditepati. Di dalam ucapan belanjawan 2010, Dato' Seri Najib telah mengumumkan bahawa setiap AP akan dijual pada harga RM10,000 dan hasilnya akan dimasukkan ke dalam satu tabung untuk membantu usahawan Bumiputra.

Bagi tahun 2011, sebanyak 600,123 unit kenderaan didaftar. Dari jumlah itu, 533,515 unit dikeluarkan dan dipasang di Malaysia, bermakna sejumlah 66,608 AP telah dikeluarkan dalam tahun 2011 bagi kenderaan import. Jika benar hasil AP yang bernilai RM10,000 setiap satu ini telah dimasukkan ke dalam satu tabung untuk usahawan Bumiputra, sepatutnya pentadbiran Dato' Seri Najib telah membelanjakan RM666 juta setiap tahun untuk membantu usahawan Bumiputra dalam sektor automotif seperti yang dijanjikan.

Sehingga kini, kita masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai tabung ini atau pun hasil AP yang telah dibelanjakan untuk rakyat.

Sebab itu, KEADILAN mencadangkan supaya kerajaan akan datang kekal dengan komitmen untuk menghapuskan AP menjelang tahun 2015 supaya tidak melanggar peraturan WTO dan AFTA yang telah dipersetujui.

Dalam tempoh 3 tahun di antara 2013 dan 2015, langkah-langkah berikut wajar dilaksanakan bagi mendapatkan nilai terbaik dari AP yang dikeluarkan:

1. Penjualan AP akan dibuka kepada bidaan umum bermula dengan harga-harga tertentu mengikut kategori kereta dan penggunaan bahan api, demi menggalakkan lebih banyak kereta yang menjimatkan bahan api diperkenalkan;

2. Harga permulaan bidaan ditetapkan pada RM10,000 bagi kategori jimat bahan api, RM20,000 bagi kategori kenderaan biasa dan RM30,000 bagi kategori kenderaan berkuasa tinggi yang menggunakan bahan api yang lebih;

3. KEADILAN percaya harga purata bagi setiap AP yang dikeluarkan boleh mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada proses bidaan

4. Dengan anggaran sebanyak 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, ini akan membawa hasil sebanyak RM2.8 bilion setiap tahun kepada kerajaan walaupun harga AP akan ditentukan oleh proses bidaan untuk mendapatkan hasil terbaik kepada negara, penghapusan cukai eksais secara berperingkat bermakna harga kereta secara purata akan tetap turun.


Pendapatan tambahan dari hasil AP yang dirombak dianggarkan akan memastikan perbendaharaan negara kekal mendapat di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun bagi mengimbangi penurunan kutipan cukai eksais.

Pada masa yang sama, hasil kutipan cukai yang lain juga dijangka akan meningkat apabila perbelanjaan rakyat berikutan suntikan RM8 bilion merancakkan ekonomi negara.

KEADILAN merasakan formula ini adalah lebih baik berbanding pendekatan mencekik darah rakyat melalui cukai eksais berkali ganda yang menyebabkan rakyat terpaksa berhutang untuk membayar cukai kepada kerajaan.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN

No comments:

Post a Comment