Oleh: MSK
Aku minta tambah kopi O segelas lagi. Sidek pun tambah kopi Radix lagi segelas.
“Akhir sekali…saya nak tanya satu soalan *****…adakah bumi itu bulat?” aku tanya Sidek.
Sidek menghirup kopi Radix…kemudian bertanya kat aku. “ Tuan percaya kepada empat kitab suci kan?”
“Ya”.
“Yang mana satu betul?” dia tanya aku.
“Tentu la Quran.”
“Sebenarnya…semuanya betul. Kebenaran itu bergantung kepada masa. Semasa Zabor ditulis, pengetahuan dan IQ manusia pada masa itu rendah…jadi ayat-ayatnya mungkin tidak masuk akal kalau dibaca masa kini. Kemudian diutuskan Taurat…yang sesuai pada masa itu., tetapi berbeza dengan Zabor. Mereka yang percaya kepada Zabor..dan tidak mahu menerima perubahan menganggap Taurat itu sudah terpesong.
Injil pula ditulis setelah mendapat lebih banyak maklumat dari Tuhan, tetapi mereka yang percaya kepada Taurat menganggap Injil sudah terpesong, dan mereka yang percaya kepada Injil menganggap Taurat adalah karut.
Kemudian datang Quran, dan mereka yang percaya kepada Quran menganggap Injil itu karut, manakala mereka yang percaya kepada Injil menganggap Quran itu terpesong.
Hakikatnya…semua ugama itu datang dari asas yang sama, tetapi tafsiran dan penerimaan itu berbeza.
Ada banyak persamaan diantara ugama. Nabi Muhammad S.A.W melakukan Mikraj dan akhir sekali dia sampai ke Sidratul Muntaha…betul?” Sidek tanya aku.
Aku angguk saja.
“Tuan tau Sidratul Muntaha itu apa?” Sidek tanya lagi. Aku tak tau.
“Sidratul Muntaha itu ialah pokok teratai. Tapi pokok teratai ini bukan macam teratai dalam tasik tu. Deskripsi pokok teratai itu mungkin berbeza. Tuan boleh baca tafsiran orang Islam kat sini. Atau pun orang Bahai kat sini.” Kata Sidek.
“Orang Bahai pun percaya tentang Mikraj?” aku tanya.
“Bukan orang Bahai saja…cuba Tuan perhatikan…apakah makna patung Buddha diatas pokok Teratai? Pokok teratai dipanggil Padma dalam Sanskrit yang bermakna kesucian. Hanya orang-orang yang beramal soleh saja boleh mencapai darjat kesucian paling tinggi ini. Sama macam Sidratul Muntaha. Hanya orang yang terpilih saja boleh melepasi Sidratul Muntaha.”
“Maksud saudara…orang kafir macam Buddha dan Bahai pun boleh masuk syurga?” aku tanya.
“Siapa yang kafir?” Sidek tanya aku balik. “Silap-silap Tuan pun kafir.” Dia kata kat aku.
Peeergghh!! Teruk-teruk aku sembahyang…dia boleh kata aku kafir!!
“Tuan percaya bahawa bumi ini bulat?” Sidek tanya aku.
“Mestila. Orang gila saja yang kata bumi ini leper.” Aku jawab.
“Hati-hati menjawab Tuan. Pada tahun 1974, Ketua Jabatan Kajian Ilmiah dan Pengarah di Jabatan Perdana Menteri Arab Saudi, Shaikh Abd-al-Aziz Ibn Abd-Allah Ibn Baaz, telah mengeluarkan sebuah buku tentang bukti-bukti bahawa bumi ini tidak bergerak.
Sebaliknya, matahari mengelilingi bumi. Kajian saintifiknya telah diterbitkan oleh University Madinah dan penemuannya ini adalah bersandarkan Quran dan Hadith. Diantara penemuannya ialah, ““Kalau bumi berputar (rotasi) spt yg mereka katakan, maka negara2, pegunungan, pohon2, sungai2 dan samudera2 tidak memiliki dasar dan orang akan melihat negara2 di timur bergerak ke barat dan negara2 barat bergerak ke timur."
“Bukan itu saja…Pengarah ini mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang menentangnya dianggap menentang Allah dan hukumnya kafir!!” sambung Sidek.
“Ini kerja gila!!” kata aku.
“Astagfirullahilazim…Tuan mengatakan Pengarah tersebut gila? “ tanya Sidek."Tuan kena ingat, kat Malaysia ni pun ramai Mufti yang berfikiran macam tu."
“Kalau aku jadi Perdana Menteri…aku hantar dia ke Semporna.” Aku jawab.
“Tetapi Pengarah ini dinaikkan pangkat diatas penemuan ini dan menjadi Mufti Besar dan Ketua Dewan Ulama Arab Saudi!!” kata Sidek.
“Astaghfirullahilazim!!!” aku pulak berastaghfar.
“Ada lagi…pada tahun 1993, selepas dilantik sebagai Mufti Besar Arab Saudi, Ibn Baaz telah mengeluarkan fatwa bahawa bumi ini leper!” tambah Sidek.
Aku garu kepala.
“Tuan mahu percaya kepada Mufti Besar Arab Saudi yang diamanahkan menjaga Islam dan Tanah Suci Makkah…atau Tuan lebih percaya kepada Galileo?” tanya Sidek.
“Kalau Tuan tidak percaya..maka Tuan dianggap menentang Allah dan patut dihukum.” Kata Sidek. “Ini fatwa dari Mufti Besar Arab Saudi kerana semua penemuan ini adalah berdasarkan Quran dan Hadith.”
"Betul ka semua ni?" aku tanya.
"Tuan kata, Tuan percaya kepada Google dan Wikipedia…cuba tengok kat sini dan sini.
Aku diam saja. Jawab salah..tak jawab salah.
“Relax Tuan…” kata Sidek. “Jangan pecah kepala. Apa yang cuba saya ketengahkan ialah…bukan orang penting dalam Islam saja yang berfikiran begitu…malah orang Kristian juga sependapat dengan Mufti Arab Saudi itu.
Ini adalah diantara puluhan surah dalam kitab Injil tentang perihal bumi.
1 Chronicles 16:30: “He has fixed the earth firm, immovable.”
Psalm 93:1: “Thou hast fixed the earth immovable and firm …”
Psalm 96:10: “He has fixed the earth firm, immovable …”
Psalm 104:5: “Thou didst fix the earth on its foundation so that it never can be shaken.”
Surah-surah dalam kitab Injil ini sejajar dengan penemuan Ibn Baaz!!”
“Orang Kristian juga kata bumi ini leper?” aku tanya.
“Dalam Alkitab juga dikatakan bumi ini leper. Siapa yang tidak percaya..bermakna mereka tidak percaya Firman Tuhan!!” jawab Sidek. “Orang Kristian dan Islam sama saja..masing-masing murtad kerana tak percaya The Words of God” kata Sidek.
Saya tunjukkan beberapa surah dalam Alkitab yang membuktikan bahawa bumi ini leper…kalau tak faham bahasa orang putih.
1. Matius 24:31 Dan Ia akan menyuruh keluar malaikat-malaikat-Nya dengan meniup sangkakala yang dahsyat bunyinya dan mereka akan mengumpulkan orang-orang pilihan-Nya dari KEEMPAT PENJURU BUMI, dari ujung langit yang satu ke ujung langit yang lain.
2. Markus 13:27 Dan pada waktu itupun Ia akan menyuruh keluar malaikat-malaikat-Nya dan akan mengumpulkan orang-orang pilihan-Nya dari dari KEEMPAT PENJURU BUMI, dari ujung bumi sampai ke ujung langit.
3. Wahyu 7:1. Kemudian dari pada itu aku melihat empat malaikat berdiri pada dari KEEMPAT PENJURU BUMI dan mereka menahan keempat angin bumi, supaya jangan ada angin bertiup di darat, atau di laut atau di pohon-pohon.
4. Wahyu 20:8 dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada dari KEEMPAT PENJURU BUMI, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut.
Aku menung sekejap. “Yang ni aku kena rujuk kat Ustaz Hisham dulu.” Aku bagi tau Sidek.
“Come on la Tuan.. apa kelayakan Ustaz Hisham kalau dibandingkan dengan Mufti Arab Saudi?” Sidek tanya aku lagi.
Fuiyo!!! Susah la ini macam.
“Tak susah Tuan. Ini semua kerana Galileo, Newton dan Einstein. Kerana mereka lah kita jadi murtad.
Kerana mereka lah kita tak percaya dengan kitab kita sendiri. Jom kita cuba kaji perjalanan Nabi ke Sidratul Muntaha. Macam mana Nabi boleh pergi dan balik ke Baitul Makdis dalam beberapa jam. Dan bagaimana Nabi membuktikan bahawa E is not equal to MC square.”
Yang ni lagi kacau!!
"Tuan nak ikut sains ka…nak ikut Quran dan Sunnah?" tanya Sidek.
"Pak Longgg!!!! Ubat kaki tiga sebungkus!!"
No comments:
Post a Comment