banner

Thursday, July 19, 2012

Menorah(Simbol Yahudi) Gergasi Sudah Dibina di Manado, Indonesia..

Menorah(Simbol Yahudi) Gergasi Sudah Dibina di Manado, Indonesia..


Salam. Tak tau nak letak mana seksen agama ke info. Just nak share info menarik perihal YAHUDI di Nusantara... 

Menorah gergasi yang dianggarkan berukuran 19 meter dibina di sebuah puncak dataran tinggi di pinggir kota Manado, Indonesia. Ia dianggap tugu Menorah tertinggi di dunia. Bahkan di Israel sekalipun tidak pernah dibina menorah sebesar yang dibina di Manado. Tugu Menorah ini dipercayai dibiayai oleh kerajaan setempat yang merestui ajaran Yahudi diamalkan di kawasan mereka. Rata-rata masyarakat setempat adalah penganut agama Kristian miskipun Indonesia mempunyai populasi penganut agama Islam terbesar di dunia.

Masyarakat berketurunan Yahudi di Manado dipercayai berasal daripada perkahwinan campur semasa penaklukan Belanda beratus tahun yang lampau. Miskipun mereka tidak mengamalkan ajaran tersebut secara formal namun akhir-akhir ini masyarakat Yahudi Manado mula merasai kepentingan pengamalan ajaran tradisi mereka.

Sebuah Sinogog atau tempat sembahyang masyarakat Yahudi turut dibina di kawasan berhampiran. Bendera Israel turut dikibarkan di Sinogog tersebut. Pendedahan ini cukup merisaukan masyarakat Islam di nusantara terutama masyarakat Islam di Indonesia. Umum mengetahui hubungan tegang antara Islam-Yahudi cukup menebal di kalangan umat Islam nusantara. Apa yang berlaku kepada masyarakat Palestin di timur tengah memungkinkan masyarakat Yahudi Indonesia bakal mengalami deskriminasi perkauman dan ketegangan antara agama.








This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 725x465.
Dua orang warga Yahudi Indonesia sedang membelik kitab Taurat.




...Pehhhhhhhhhhhh...

Speechless... 

No comments:

Post a Comment