banner

Saturday, February 23, 2013

Kenyataan Terbuka Mengenai Insiden Pencerobohan oleh Pengganas Tausug di Lahad Datu

Kenyataan Terbuka Mengenai Insiden Pencerobohan oleh Pengganas Tausug di Lahad Datu

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x960.

Quote:
CATATAN: Saya buat posting ni semata-mata untuk saya pautkan di Facebook saya. Terdapat perkataan di dalam posting kali ini yang agak kesat kerana saya sebagai orang Sabah memang terasa sangat tension dengan perkara ini. So readers discretion is advised.

Tapi perkara ini juga telah diperbincangkan dengan beberapa teman di dalam the Watchers Group termasuklah seorang yang kini bertugas sebagai pegawai tinggi konsulat bagi negara dot dot dot. Memang sungguh memalukan apabila mendengar sahabat uamh bertugas sebagai pegawai konsulat di sebuah konsulat berkata sebegini dengan nada sinis

"Kenapa ya kumpulan teroris bersenjata bisa lolos masuk ke Malaysia? Malahan mau dibawa berunding lagi? Loh dulu masa zaman konfrontasi antara negara kita komando kami yang masuk ke Malaysia malah terus ditembak tanpa salam. Yang ini pula dari pilipin malahan mau dipujuk-pujuk lagi katanya. Huh.. kalau di negara kami kalau ada yang mendekat ke perbatasan kami membawa senjata tanpa ijin, pasti akan TNI hapuskan begitu aja.."

So sekarang ni mungkin negara kita menjadi ejekan tentera Indonesia dan Singapura la kot? Patutlah ramai tentera melayu Malaysia yang berkampung di Lahad Datu sekarang ni tension semacam jak kat Hisyamuddin....

Sesungguhnya apa yang berlaku sekarang adalah mungkin dirancang dengan rapi bersempena dengan Pilihanraya Umum Ke-13 Malaysia untuk mencapai hasrat berikut:-

1. Ancaman keselamatan di Sabah sengaja dilaksanakan pada waktu ini telah menyebabkan peralihan kekuatan Tentera dan Unit Perisikan agar bertumpu ke Sabah sebelum PRU-13. Ini boleh menyebabkan kawalan keselamatan di kawasan sensitif di Semenanjung menjadi longgar.

2. Pada tahun 2012 saya juga pernah menulis di dalam artikel PROBABLY JUST MY IMAGINATION RUNNING WILD mengenai khabar angin mengenai 'coup d etat' yang dirancang oleh sesetengah pihak didalam pasukan Tentera Melayu Diraja sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya merampas Putrajaya. Ini hanya khabar angin yang pernah menyebabkan Mahfuz Omar pernah meroyan menuduh perkara yang sama. Namun insiden terkini menyebabkan saya terfikir samada pencerobohan dan seterusnya perang gerila oleh tentera Suluk ke atas Sabah ini sengaja diadakan untuk mengalihkan perhatian Tentera Melayu dan seterusnya membantutkan perancangan rampasan kuasa tersebut.

2. Pada pendapat saya, Operasi suku kaum Tausug ini adalah direncana untuk gagal semenjak awal lagi manakala ratusan wanita dan kanak-kanak yang dibawa adalah untuk menjadi tumbal korban jika berlaku pertempuran. Jika ini berlaku maka akan bangkitlah rasa benci orang Islam di Malaysia kepada perjuangan Bangsamoro dan memberi alasan kepada barat untuk mengecam Kerajaan Malaysia. Oleh itu sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi pilihanraya maka Perdana Menteri Malaysia yang baru dengan mudah akan dapat sokongan parlimen dan rakyat untuk memberhentikan kesemua bantuan kemanusiaan, senjata dan dana pembangunan kepada wilayah bangsamoro atas alasan kaum Tausug suluk adalah bangsa yang tidak mengenang budi.

3. Ini juga memberi alasan kepada Perdana Menteri yang baru iaitu Anwar Ibrahim untuk berkempen menghentikan kesemua kerjasama dan bantuan kepada kumpulan pejuang-pejuang lain di Asia iaitu PULO di Selatan Thailand dan Pejuang Palestin atas alasan yang sama. Oleh itu secara dasarnya, Kerajaan sekular yang baru akan mempergunakan sentimen kebencian rakyat Malaysia kepada suku kaum Tausug untuk menyahut seruan Amerika Syarikat untuk menghentikan bantuan kepada semua kumpulan yang disenaraikan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat yang mana HAMAS, PULO dan pejuang Bangsamoro adalah turut tersenarai.

4. Perdana Menteri yang baru iaitu Anwar Ibrahim juga boleh mempergunakan hasil insiden ini untuk mengecam Tentera Malaysia dan memecat Jeneral Melayu yang kini sedang berkhidmat. Jika ini berlaku maka dominasi orang Islam melayu di dalam Tentera Malaysia boleh dihapuskan.

5. Perdana Menteri yang baru juga boleh mempergunakan insiden ini untuk menguasai undi di Sabah. Kini sebelum pilihanraya rudah ramai kaum suluk yang menetap di Malaysia menunjukkan kebencian kepada Kerajaan atas insiden ini. Kempen di Facebook oleh pihak tertentu berbangsa suluk sedang marak di internet. Namun boleh sahaja sebaik memenangi pilihanraya Anwar Ibrahim akan memindahkan kesalahan serta menggunakan suratkhabar untuk membangkitkan sentimen anti-Suluk dan anti-kaum imigran dikalangan suku kaum lain. Kesemua orang suluk di Sabah mungkin dicop sebagai anasir mengancam keselamatan negara dan diburu. Ini juga akan membawa kepada operasi besar-besaran menangkap dan menghalau kesemua kaum imigran lain ke negara asal termasuklah imigran berasal dari Indonesia. Ini sudah berlaku semasa isu serangan golongan pro-Nazi dan skinhead kepada kaum imigran di Eropah. Selepas PRU13 ia boleh juga berlaku di Sabah dan Semenanjung.

P/S: September 11 attack in US occurred just eight months into Bush's first term as president. The Luciferians needed to create a security crisis and a 'terrorist' in order to persuade the American People to accept NWO. So the Luciferians search high and low for the best race to be blamed and the Arab people whom already popularized by Holywood as the most dislike people by white American are the perfect candidate. This look similar with what is happening now because the Tausug (Suluk) people in Sabah are also the most dislike race by the rest of Sabahans. The CIA has funded a few arabs people to carry out terrorize the world to ignite the sentiments and now the CIA is funding 300 tausug militants to be terrorists in Sabah.

6. Kita juga mungkin sedang melihat kepada insiden yang memberikan alasan kepada Anwar Ibrahim untuk mewujudkan semula undang-undang yang sama seperti Patriot Act di Amerika Syarikat. Sebelum pilihanraya mereka sibuk menyalak menuntut ISA dimansuhkan tetapi selepas pilihanraya mereka boleh mewujudkan undang-undang 'anti-keganasan' yang lebih authoritarian. Lihat saja apa berlaku keatas insiden 'racial profiling' ke atas kesemua orang Islam keturunan arab di Amerika Syarikat selepas insiden 9/11. Dianggarkan 434 ribu bangsa arab ditahan dan disiasat selepas insiden tersebut. Saya rasa di zaman pemerintahan Anwar Ibrahim 'racial profiling' juga akan dilakukan ke atas kesemua keturunan filipina dan indonesia di Malaysia.

Saya merayu kepada Perdana Menteri agar mendengar nasihat daripada Jeneral-Jeneral di dalam Tentera Melayu Diraja dan bukannya mendengar nasihat daripada Hishamuddin. Berikanlah lebih kepercayaan kepada Jeneral Tentera kita yang mempunyai pengetahuan luas mengenai ancaman daripada luar ini. Sekiranya dinasihatkan bahawa perlu serangan bersenjata dilakukan sekarang ke atas kumpulan militan pengganas di Lahad Datu itu, maka nasihat tersebut sebaiknya diterima.


Quote:
(P/S: Sebagai orang Sabah saya memahami profil sikap kaum ini di Sabah terutama yang baru datang dari Filipina. Mungkin patut Kerajaan offer bounty RM10 juta kepada sesiapa yang dapat menangkap (atau memenggal) ketua pengganas yang mengaku waris Sultan Sulu di Lahad Datu itu sekarang. RM10 juta adalah lebih dari mencukupi untuk menyebabkan dikalangan kumpulan militan itu mengacu senjata sesama sendiri untuk mendapatkan wang tersebut. Ini kerana mereka bukan pejuang kebebasan. Mereka cuma join sebab mereka sangka Kerajaan Malaysia akan sanggup bayar wang tebusan sekiranya mereka bersedia balik ke Filipina)
Bagaimana untuk menangani?????????????


Perkara yang agak mengejutkan mengenai persiapan pengganas Tausug ini ialah apabila mereka awal-awal lagi sudah mempunyai 'contact person' dengan media barat. Baru 2 hari mendarat di Lahad Datu dan artikel yang menceritakan wanita serta anak kecil mereka dikepung oleh anggota keselamatan Malaysia sudah disiarkan di media barat.

Saya tidak mencadangkan agar wanita dan kanak-kanak ini disasarkan oleh tentera kita. Namun saya sangat mencadangkan agar satu tindakan decisive diambil bagi memberi petunjuk bahawa kerajaan kita tidak akan berunding dengan pihak yang membuat tuntutan sambil mengacu senjata.

Saya sempat berbual dengan beberapa orang anggota keselamatan yang terlibat di dalam operasi di pantai timur sabah ini. Cadangan mereka (dan saya) adalah seperti berikut:-

(a) Agar Kerajaan mengistiharkan sekatan laut ke atas kemasukan kapal-kapal yang tidak berdaftar dari Filipina. Kekuatan maritim Malaysia digerakkan dengan 'standing order' untuk menghapuskan mana-mana kapal yang disyaki menyeludup masuk pasukan militan sokongan yang cuba menyertai pasukan pengawal diraja sultan Sulu di Sabah. Maksud menghapuskan disini adalah mudah. Sebaik saja militan di Sabah mendengar ada anggota pasukan mereka menemui maut di laut, mereka akan sedar bahawa Tentera Malaysia sanggup bertindak tegas sekiranya perlu.

(b) Agar Kerajaan Malaysia mengumumkan tempoh dateline kepada penceroboh ini kembali ke tempat asal mereka atau menyerah diri. Apabila tarikh dateline itu telah tamat, maka serangan jarak jauh (mungkin maksudnya menggunakan pesawat, artileri atau roket) dilancarkan ke atas kumpulan pengganas yang sedang terkepung tersebut. Penyelesaian secara bersenjata harus mengambil masa tidak lebih dari 48 jam bagi menutup kesan negative tersebar terlalu jauh di media perdana dan internet.

(c) Agar sekatan makanan dan minuman disekat sepenuhnya ke atas kumpulan tersebut.

(d) agar disebarkan berita (khabar angin?) bahawa terdapat bounty wang yang lumayan akan diberikan ke atas mana-mana pihak tidak kira di Malaysia mahupin di Filipina yang mampu menamatkan nyawa Raja Muda Azzimudie Kiram dan Sultan Jamalul Kiram III Bin Datu Punjungan. Ini serta merta akan menyebabkan kedua-dua individu ini terpaksa menyembunyikan diri atau berkurung.

(e) Agar kerajaan Malaysia meminta bantuan pejuang bangsamoro yang menyokong Malaysia (serta mengharapkan dana bantuan dari Malaysia) untuk mengambil langkah extreme memberikan tekanan kepada waris Sultan Sulu.

Melewat-lewatkan penyelesaian krisis ini (yang sudah masuk minggu kedua) memberi akibat buruk kepada Malaysia dalam jangka pendek dan panjang. Secara dasarnya tentera upahan yang berlakon sebagai pengawal diraja tersebut mengharapkan agar Kerajaan akan membayar jutaan ringgit kepada mereke sekiranya mereka setuju beredar. Tapi jika wang ini dibayar maka Sabah ditakdirkan akan menjadi sasaran lanun dan pengganas dari Filipina dan Indonesia yang akan bermaharajalela melakukan serangan gerila keatas Sabah sekiranya tuntutan mereka untuk dibayar 'wang perlindungan' tidak dipenuhi.

Cara Malaysia mengangani insiden ini kini sedang diperhatikan serta 'diprofile' oleh musuh negara (dan tentera Singapura). Pendekatan terlalu berlembut oleh Hisyamuddin yang sebenarnya takut berkonflik lebih banyak membawa keburukan kepada keselamatan negara. Ia juga menjatuhkan reputasi anggota keselamatan negara dan menjejaskan moral angkatan tentera kita.
__________________

Saya setuju bahawa ini MUNGKIN adalah lakonan.. Persoalannya ialah siapakan sutradara disebalik skripnya

Jika tujuannya untuk memancing undi BELUM Pilihanraya maka dalangnya kemungkinan besar adalah UMNO. Tapi jika lebih memberi manfaat SELEPAS PILIHANRAYA, maka dalangnya kemungkinan besar negara asing yang menyalurkan dana kepada PEMBANGKANG.

Setelah 2 minggu ketibaab pengganas tersebut di Negeri Sabah saya dapati Menteri Dalam Negeri serta Menteri Penerangan masih lembab nak mampus. Tiada sebarang usaha dipihak Kerajaan untuk mempergunakan insiden ini untuk menaikkan populariti Pemerintah. Malahan apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana insiden ini semakin tidak mempopularkan Kerajaan. Tindakan Menteri Dalam Negeri yang masih mahu berunding dengan pengganas serta tindakan cover up oleh Kementerian Penerangan menyebabkan kerajaan BN semakin tidak popular di Sabah. Ramai rakyat Sabah mempertikaikan kredibiliti anggota keselamatan yang dilihat gagal mengesan kemasukan pengganas ke perairan negara serta keputusan kerajaan untuk berlembut dan berunding dengan pengganas bersenjata. Daripada point pemarkahan propaganda Tindakan Najib yang pernah mendapat +10 markah apabila berani bertandang ke Gaza kini kehilangan 7 mata apabila berlembut pula dengan pengganas Filipina ini. Menteri Dalam Negeri jangan cakaplah. Dia yang selama ini -50 mata sudah merundum ke -150 mata pula. Tak lama lagi kalau dia turun Sabah mungkin kena maki.

Oleh itu saya menyimpulkan bahawa ini bukanlah bertujuan untuk memancing undi populariti oleh BN dan sudah tentu bukan konspirasi BN.

Dalam masa yang sama PKR juga tidak mewar-warkan isu ini sangat secara terbuka tetapi sudah wujud gerakan propaganda di media social seperti Facebook, Twitter dan Blog yang jelas memperkecilkan fungsi anggota keselamatan dan ketidak tegasan Kerajaan. Terdapat juga kaum Suluk yang warganegara Malaysia secara terang-terangan menyokong tuntutan pengganas ini dan mengajak kaum suluk untuk menyokong PKR.

Perkara ini agak membingungkan saya pada awalnya kerana PKR selalunya akan cepat melompat menyokong mana-mana kaum sahaja yang mengalih sokongan kepada pembangkang. Kalau golongan murtad dan LBGT pun PKR sokong dan pertahankan tuntutan mereka, kenapa kaum suluk tidak disokong atau at least ditunjuk tanda simpati?

Bagi saya jawapannya mudah, kerana skrip ini diolah bukan untuk tujuan pra-pilihanraya tetapi sebaliknya untuk tujuan pasca pilhanraya selepas Pakatan membentuk Kerajaan.

Ini samalah keadaannya dengan presiden Bush semasa bertanding pilihanraya Amerika. Walaupun tidak pernah menyokong secara terbuka warga Islam Arab-Amerika, namun Bush pernah melawat dan berdialog dengan golongan Arab-Amerika dan malahan pernah berjanji akan lebih liberal dan bertolak-ansur dalam perihal Palestin dan isu-isu dunia arab. Tetapi sebaik saja memenangi pilihanraya beliau flip 180 darjah.

Nasihat saya kepada suku kaum Tausug di Malaysia adalah agar berhati-hati. Bangsa suluk di Malaysia dan Bangsa Moro di Filipina sudah menerima banyak manfaat semasa pemerintahan BN/UMNO. Malahan sehingga kini immigran Bajau dan Suluk dari Filipina masih menerima suaka politik IMM13 walaupun hakikatnya kelayakan itu sudah terhapus semenjak pertengahan 80-an.

Waris Sultan Sulu di Filipina tidak pernah ada agenda memajukan suku kaum Suluk di Malaysia dan diwilayahnya sendiri. Yang dia tahu sejak dulu ialah membangkit-bangkit tuntutan ke atas Sabah dan menuntut tambahan bayaran. So secara ringkasnya kesemua waris Sultan Sulu yang tiada seorangpun berminat melanjutkan pelajaran itu hanya befikir mengenai harta, duit, harta, duit sahaja.

Kesemua bangsamoro juga harus berhati-hati. Di Malaysia hanya ada satu parti sahaja yang menyokong penuh tuntuan Amerika Syarikat agar Kerajaan Malaysia menghentikan segala bentuk bantuan kepada 'pengganas' yang disenaraikan oleh US.. dan parti itu adalah parti PKR. Janganlah akibat ke*****an dan ketamakkan waris Sultan Sulu maka satu-satunya negara sekutu bangsamoro bertukar menjadi musuh.

No comments:

Post a Comment