banner

Friday, February 1, 2013

Kenapa masih ada yang menyokong KERAJAAN?


Kenapa masih ada yang menyokong KERAJAAN?

Jom kita bincangkan sebab- sebab kenapa masih ada yang menyokong kerajaan..... Telah terlalu banyak pengkhianatan demi pengkhiatan yang dilakukan oleh kerajaan tapi masih ada segelintir golongan yang masih nak jugak sokong kerajaan..... Sebagai salah seorang pengundi atas pagar (tidak pernah mengundi sebenarnya) dahulu aku pernah berpihak kepada BN. Atas alasan:

1) Tidak yakin dengan pembangkang sebab ada DAP, yang mungkin akan menjadi racun kalau pembangkang memerintah
2) Tidak yakin pembangkang akan mampu mengubah dasar sedia ada, disebabkan perbalahan dalaman
3) Ditakuti PAS hanya boneka untuk menarik masyarakat melayu, dan sesudah sokongan diperolehi, segala hak istimewa masyarakat melayu akan ditarik

Namun setelah dah terbuka mata dan hati dengan pelbagai penyelewengan BN, aku sekarang ni lebih memihak kepada pembangkang disebabkan:

1) BN terlalu korup, musuh dalam selimut, penjual bangsa
2) Hak melayu semakin hilang di bumi sendiri, orang melayu semakin melarat, semakin susah nak dapat kerja, disebabkan dasar- dasar dan tindakan kerajaan yang langsung tidak menguntungkan rakyat apatah lagi melayu
3) Pemimpin BN tidak layak langsung jadi pemimpin, kerajaan adalah segolongan orang yang kebanyakan nya naik dengan kroni, bukan naik dengan kebijakan mereka tapi ass kissing skills.

Kat sini aku tambah beberapa lagi reason yang menyebabkan orang masih menyokong BN:

1) Disogok dengan duit, tender, projek kerajaan. Dan ade sesetengahnya banyak terhutang budi ngn gomen
2) Tak ambil tahu tentang politik, dan masih berpegang kepada kepercayaan BN adalah wira negara- lack of knowledge, terikut2 orang
3) Sebab ingat segala infracstructure, kemudahan, subsidi yang kita nikmati harini adalah dr duit kocek pemimpin BN
4) Ideologi politik yang terlalu taksub dengan satu2 parti- secara ringkasnya, dah memang jenis be.ngap tak boleh nak diajar 

Jujurnya aku sendiri tak lah berapa tahu sangat pasal politik, dan memang malas nak ambil tahu, tapi politik ade kesan pada aku punya kehidupan, aku punya masa depan, anak cucu aku nanti..... Jadi nak tak nak aku perlu tahu apa yang berlaku dalam Malaysia bila tengok semakin hari semakin teruk..... Ignorance is not an option...... Malaysia perlukan perubahan, tapi kenapa masih ramai yang menyokong BN? Kenapa takutkan sangat perubahan????????


Taksub BN boleh komen

4 comments:

  1. Padan muka orang Melayu.
    UMNO tipu mereka selama ini. orang Melayu ditakutkan supaya percaya kalau UMNO tidak ada, musnah lah orang Melayu. Apalah yang sangat kita boleh harapkan UMNO kalau para pemimpin rasuah dan bermuka muka menolong bangsa Melayu. Lebih lagi jika pemimpin UMNO koro dan kurang cerdik.
    Raja2 Melayu pun UMNO tipu supaya takut dan percaya kalau UMNO tidak ada kedudukan mereka musnah. Jangan takut kepada UMNO. Takutlah kepada rakyat. Bila rakyat kecik hati, Raja akan dihina.
    Apa pasal orang melayu tidak lagi sedar bahawa kedudukan orang Melayu, kedudukan Agama Islam, kepentingan orang Melayu semua nya dilindungi oleh Majlis Raja2 Melayu?
    Raja2 tak pernah titah orang macam Ibrahim Ali jadi jurucakap Raja2 Melayu. Orang UMNO sahaja yang hidung tak mancung, pipi sorong2 nak jadi juara Raja Melayu. Takde Raja cerdik kah? Takde Raja yang pandai bercakap jika kepentingan mereka diancam? Malu Raja2 Melayu kalau jurucakap dan juara mereka orang standard Ibrahim Ali.
    Raja Melayu tidak perlu takut kepada UMNO. Yang mereka mesti takut ialah suara majoriti rakyat. Kalau Raja zalim dan tidak adil kepada mereka, rakyat akan berontak. Kalau Raja Melayu tak jaga diri, selalu mabuk, berpoya poya, berjudi, malukan Agama Islam- rakyat akan marah Tuanku. Maka lebih baik jaga hati rakyat daripada hati UMNO. UMNO- kecik sangat. 3.2 juta dari 18 juta orang Melayu. Lebih baik Raja2 Melayu ambil hati 15 juta orang Melayu dari layan karenah dan ugutan UMNO.
    Kecuali lah Majlis Raja2 Melayu terdiri dari orang macam Raja Ropiaah. Kalau macam RR, itu jam masa depan Melayu memang terancam. Sebab kalau Majlis Raja2 Melayu dipenuhi oleh Raja kelawar Ropiaah, semua benda akan dijual nya. Guppyunit? Jual kat Cina. Astacanggih? India. Lelong dan jual semua.
    Nak tukar kedudukan Melayu? Agama Islam? Institusi Raja2- semua mesti diperkenankan oleh Majlis Raja2 Melayu. Bukan bergantung pada UMNO.

    Kembali kita kepada pendedahan Deepak. Kegunaan Deepak kepada kita ialah butiran pendedahan dia. Dia? Tak perlu layan pun tak mengapa. Dia kawan baik Dr Mahathir, hartawan USD44 billion. kita hairan- parti yang didakwa dipilih oleh Allah banyak melalukan kejahatan. mustahil Allah pilih parti jahat.
    MINDEF membisu seribu bahasa- Puspahanas tak ada, tapi duit dah bayar ke Raja Ropiah. Siapa petualang dalam MINDEF yang membenarkan RR jual satu lot kepada Guppyunit? Mengikut peraturan, tanah 223 ekar itu mestilah di park kan dalam sebuah syarikat bernama Cebur Megah. Tak boleh keluar selagi si Raja Ropiah ni tak siap Puspahanas. Mesti ada pembelot dari MINDEF yang kautim dengan Raja Ropiaah- pakat boleh jual. RM2 juta dan kemudahan OD RM16 juta. Wa halalun kalau kongsi sama. Tangkap !
    Apa ilmu Raja Ropiah pakai sehingga dia boleh sedut duit dari Deepak kita tak tahu. Itu Deepak punya hal. Kamu gatal nak bayar RM13 juta dan beri sumbangan RM8 juta. Sumbangan itu ada rekod tak? Atau disapu jugak oleh Raja Ropiaah?
    Jadi kalau tanah itu masih dalam nama kerajaan, apapasal Baktwira anak syarikat Boustead bayar kepada Raja Ropiaah RM130juta? Apa pasal tak beli dari kerajaan? Tanah 223 hanya dapat kat Raja Ropiaah bila dia siap Puspahanas. Mana nya?
    Kenapa beli Astancanggih dengan harga RM30 juta? Antancanggih bukan pemilik tanah 223 ekar tersebut. Kecuali hak milik keatas beberapa lot sudah dipindahmilik kepada Astacanggih. Kalau berlaku pindahmilik, seoalan serupa- siapa pengkhianat dalam MINDEF yang benarkan Raja Ropiaah pindah milik? Bukan harta kamu atau harta bapak kamu?
    orang Melayu kena tipu oleh UMNO. Raja2 Melayu pun UMNO tipu. wow!

    ReplyDelete
  2. UMNO and the Politics of Religion



    Maulidur rasul is the day we celebrate the birthday of our Holy Prophet, Muhammad (PBUH). It is supposed to be solemn day when we take lessons and insights from the struggle of Muhammad. It is also a day we give thanks to Allah for choosing Muhammad as his messenger.
    Now if someone tells you that if Allah has not chosen Muhammad to be the messenger of Islam, He would have chosen someone else to do it, - that is blasphemous. It’s like saying that Muhammad is not the last or seal of the prophets. We are taught to believe as one of the tenets of Islam, that Muhammad is the seal of the prophets. Yet Mahathir could get away with it and the Malays were hypnotized by this man.
    Religion it seems is the last frontier UMNO has chosen to do battle. This is the only area it thinks Malays will rally behind it. So what does UMNO do? It goes to town trying to show it alone defends Islam. Hence it makes noises about Christians using the term Allah. It makes noises but dares not take the hard-line action since it is the government, to ban the usage of the term. What hasn’t UMNO done it explicitly?
    Instead it explains its inability to do that, because it says PAS teaches that the term can be used by Christians. It justifies its inability and its own impotence in this area by blaming in on PAS. PAS is not the government. And PAS has explained its stand on the usage of the term Allah. Even if it wants to, PAS will not be able to prevent others who have used the term to discontinue it. If others use the term not in the sense Muslims use it, then the non-Muslims answer to the One Almighty.
    UMNO goes in circles in making its own stand on the issue. It uses clandestine organizations to whip up Muslim frenzy which is a powder keg that will blow up into something more serious. UMNO countenances that, because it profits them politically. It’s all politics with UMNO.
    It is willing to go to war with Malaysian Christians who account for around 9% of the population. Hence UMNO keeps quiet and silent when its political subcontractor headed by Ibrahim Ali seditiously exhorts Muslims to burn bibles. Who will stop wild eyed political extremists from burning ALL Bibles? Yet the government does not take firm legal action against its subcontractor. Why? Because it thinks by taking the position it now adopts, Malays will be whipped into a universal frenzy and rally behind UMNO forgetting that this is an UMNO ploy in the first place.
    UMNO must appear more Malay than anyone else. It knows it no longer has unqualified support from non-Malays. 15-20% is about the level of support from the Chinese community to BN. the Indians maybe 20%. Non Malays want good government and good governance. They want transparency and they demand the rule of law. All things represented by the theme of this year’s Maulidur Rasul. UMNO’s record in these areas is dismal and yet it shamelessly champions the theme. It’s all a political game for UMNO.

    ReplyDelete

  3. It must be clear immediately that our objection is directed not at the actual celebration but at the theme which UMNO uses to set the tone of this year’s celebration. Why choose wasathiyah?
    Because, UMNO thinks the theme represents what UMNO is and differentiates UMNO from the other political parties. The crucial element of the terms which UMNO thinks fits it perfectly is moderation. UMNO is a moderate party and because it thinks society prefers moderation, they should support UMNO. Society does indeed prefer moderation but the issue here is, does UMNO as the author of the theme, qualifies to represent the theme? Our contention is and we shall argue it, UMNO fails miserably when judged by the year’s theme.
    Let us first be clear what the term means. Then we judge UMNO first against the term. The term wasathiyah shortened from the phrase ummatan wasatho is taken from verse 143 of the surah Al Baqarah.(Quran 2:143) The first part of the long verse says that the Muslim community is a community justly balanced. It eschews extremes in actions and in deeds. It is also taken to mean a community that upholds moderation, is balanced in the sense that it partakes in the affairs of the world without abandoning spiritual matters and also a society that is exemplary so that it can judge others and adjudicate others. Taken as a whole, the elements of being justly balanced, just and moderate make the person, organization or political partys upholding the concept , exemplary and deserves to be emulated.
    Ask yourselves in dealing with prudent spending for example has Najib been exemplary and therefore reflects wasathiyah? Has UMNO in its political conduct been exemplary and therefore reflects wasathiyah? When UMNO is not capable in engaging in civilized debates, does its action condoning violence, stone throwing, making threats of physical harm – is this kind of conduct exemplary and therefore reflects wasathiyah? If wasathiyah has been second nature to UMNO, why is UMNO incapable of stopping widespread corruption, pillage and plunder of public money and wealth?
    It’s all politics when UMNO does things. Its own devotion to the real maulidur rasul celebration is not superior to the piety others not in UMNO attach to the celebration of our Holy Prophet.

    ReplyDelete
  4. Gelombang Tsunami dibumi Perak.



    One two three four
    Satu dua tiga empat
    Kak ros cincin besor
    Orang batu kurau, apa dapat?

    UMNO dan BN sah berkubur di Perak. Laungan INI KALILAH bergema dari rakyat. Secara spontan dan sukarela. Malam tadi rakan2 dan saya berceramah di pasar selasa Batu Kurau. Jumlah yang datang mendengar, yang duduk, berdiri dan bersila amat menaikkan semangat. Wanita ramai. Bila wanita ramai, itu petanda UMNO akan bungkus. Wanita UMNO nak masuk kampung2- mereka malu bila disebut sebagai gembala lembu NFC dan pemaju Puspahanas. Macam anjing buruk kepala wanita UMNO kerana skendel NFC dan Deepakgate.
    Macam ini diperlakukan, orang Melayu masih nak pilih UMNO?
    Kita sokong Fauzi Shaari (Melayu) untuk parlimen Larut, kita sokong Ustaz Nazri Din(Melayu) untuk DUN Kubu Gajah, Fadzil Ilyas (Melayu) untuk Batu Kurau dan Ustaz Akmal(Melayu) untuk DUN Selama. Semua hebat dan berkelulusan. Semua mereka ini orang Melayu. Dimana ruginya orang Melayu kalau mereka ini semua dimenangkan? Melayu jugak yang menjadi pemimpin mereka.Bukan Melayu dalam UMNO sahaja yang Melayu.
    Matilah UMNO. Kelmarin semasa berceramah di Batu Gajah, MC nya seorang jurutera. Yang hendak jadi calun DUN pemegang Masters in Materials Engineering. Untuk berkhidmat kepada bangsa Melayu, UMNO menawarkan bekas ketua kampong, pegawai kemas, lulusan SPM, guru sekolah rendah. Semua pancaran hati nurani Najib.
    Wahai bapa2 dan ibu kaum Melayu.- mahukah kamu diwakili oleh tokoh yang berkaliber atau yang matlaon?
    Menggunung mana pun BR1M, vaucer buku, wang untuk orang bujang, kita akan sama2 membaca talqin untuk UMNO. Sah lah nombor 11 yang Najib suka adalah lambang batu nesan UMNO. Tahun 2013 dan PRU ke13 adalah tahun malang kepada UMNO. Mati UMNO! Hidup Melayu. Mati UMNO! Merdeka Melayu.
    Semasa muda2 dahulu, ada rangkap sajak comrade Kassim Ahmad yang saya ingat sampai sekarang- sekian lama kita mati dalam setia, kali ini kita HIDUP dalam DURHAKA!
    Pemerintah yang zalim, yang korap, yang rasuah dan yang berkelakuan dictator, wajib kita durhaka. Raja adil raja disembah. Raja zalim raja disanggah. Nabi Muhammad ada berkata: muliakan akan kamu akan Sultan(baca pemerintah) dan besarkan kamu akan dia. Maka bahawasanya ia adalah ketinggian Allah dan bayangan Allah didalam bumi, selagi keadaan nya ADIL.
    Bukan saya kata. Bukan ustaz PAS kata. Bukan ustaz PKR kata. Nabi Muhammad SAW kata.
    Orang Melayu yang beragama Islam hanya perlu sedarkan perkara ini. Orang lain guna ismul Allah atau tidak, yang penting nya, aqidah kita, kita jaga. Jangan kita terpedaya dengan tektik UMNO mengalih tumpuan kita dari matlmat yang lebih besar iaitu menumbangkan UMNO.
    Sikap PAS terhadap penggunaan nama Allah mesti dilihat dari segi kesediaan PAS mempertahankan orang lain mengamalkan agama mereka. Kerana agama2 lain- nasrani dan yahudi pun turut sama sama memuliakan Allah yakni Tuhan yang esa.
    Pengajaran dari ayat 40 surah Al Hajj kepada kita amat signifiken. Allah ada sebut , jika lah tidak Allah mengadakan suatu golongan menyekat perbatan jahat satu golongan lain, maka sudah pasti geng2 jahat ini akan membinasakan masjid, gereja dan sinagog yang didalam tempat2 ini, ismul Allah disebut dengan banyak nya.
    Lihat apa jadi kalau kita tidak bangkang golongan UMNO? Pemborong atau kontraktor upahan UMNO- Brahing Ali menganjurkan kita bakar Injil. Tindakan Ibrahim Ali is nothing but a pathetic 11th hour attempt to beg UMNO choose him as a candidate.

    ReplyDelete