ISU LAHAD DATU> ASET RAHSIA TENTERA DARAT KE Sabah.......
ASET RAHSIA TENTERA DARAT KE SABAH NOTA PENULIS : HIKAYAT INI MENGANDUNGI SERBA SEDIKIT CERITA FANTASI, ANDA DILARANG MEMPERCAYAINYA 1. Macam biasa, banyak cerita panas dari blog ni 2. Macam biasa, selalunya terkeluar dari otak pemikiran rakyat Malaysia dan Indonesia kerana kebanyakkan benda-benda baru dan orang tidak tahu. 3. Macam selalu, ada yang akan mengutuk bahawa apa yang saya ceritakan tidak benar dan mulalah mencari kesalahan ejaan, satu dua fakta saya yang tersilap…untuk menunjukkan mereka lebih tahu dan saya yang sudah masuk ke medan perang ini, tidak tahu macam mereka tahu. 4. Kalau cerita piramid orang tidak percaya, saya faham. 5. Bila saya buat umumkan pasal Palekbang, ada puak mendabik dada bahawa saya tertipu kerana sebenarnya tidak ada terowong atau bunker, lubang masuk sebenarnya perigi air (petikan dari interview dengan seorang tua oleh Sinar Harian). 6. Fikir lojiklah…tak akan orang buat perigi tepi sungai? 7. Dan orang tidak tahu, pegawai tentera berjumpa saya supaya saya tidak mendedahkan operasi tentera yang sedang berjalan. 8. Sebagai sebahagian dari strategi perang, saya bergantung dengan Kelab Pecinta Sejarah Kelantan untuk membuka rahsia penemuann Palekbang dan anda bolehlah pergi ke laman web persatuan tersebut. 9. Dahulu bila saya buat cerita Vera E, ada orang tidak percaya tetapi akhirnya benar. 10.Bila saya buat cerita MIG 29 akan dipencenkan, orang kutuk saya tetapi akhirnya panglima tentera udara dan Menteri Pertahanan sendiri mengakui kebenaran penarikkan itu. 11.Bila saya beritahu saya jumpa Menteri Petroleum Taliban di Afghanistan, orang pertikaikan saya, apa…mereka ingat Taliban sengkek dan ***** sangat kot…adakah mereka tahu, Sabah pun ada Menteri sendiri dan timbalan menteri sendiri. 12.Bila saya comfirmkan EC725 akan menjadi pilihan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), orang tidak percaya tetapi akhirnya ia terbukti menang tender. 13.Bila saya tulis pasal Operasi Sabah Selamanya, orang kata ianya adalah cerita fantasi dan akhirnya terbukti…tuntutan Filiphina terhadap Sabah adalah “REAL” dan artikel itu sepatutnya ada sambungan. 14.Bukankah saya sudah tulis dalam artikel itu bahawa akan ada lebih banyak pendedahan yang akan keluar? 15.Pendedahan itu termasuklah sokongan MNLF terhadap tuntutan Sabah dan wujudnya ancaman dari sayap militari Kesultanan Sulu serta jangkaan tempoh masa serangan. 16.Malangnya, semasa saya bersantai-santai di Bagan Lalang, tiba-tiba kumpulan sayap militari Kesultanan Sulu ini menceroboh Sabah dan tidak sempatlah saya “mengupdate” blog saya untuk mendedahkan ancaman mereka. 17.Tapi mungkin ada hikmahnya, kalau saya tulis perkara itu, saya sukar nak buktikan dan keberangkalian untuk saya dikutuk oleh “jeneral kerusi malas” yang bergantung dengan bahan bacaan dalam internet ini tinggi serta satu atau dua maklumat yang mereka baca dalam majalah pertahanan berbahasa Melayu. 18.Apa pun biasanya saya sengeh jeeeee…hehehe. Macam biasa, tak percaya tak pe, percaya pun takpe. 19.Apa pun ada juga perkara yang salah dalam blog saya, pasal itu saya tidak kisah orang tidak percaya. Yang saya mahukan, adalah supaya anda berfikir….bukan menolak mentah-mentah, bab percaya tu nombor 3 atau 10. LAGI TIDAK LOJIK DAN COMFIRM GOOGLE TAK JUMPA (AYAT FAVOURITE SAYA) 20.Kali ini saya nak beritahu lagi benda yang tidak lojik dan sudah pasti orang akan kata saya mereka-reka. 21.Maklumlah orang kampung, blog pun tahap kampung dan tidak profesional banyak blog-blog lain. 22.Kisahnya…ada peralatan perang kita yang tidak pernah dihebah dan anda tonton selama anda akil baligh sehingga dewasa iaitu kereta perisai Peperangan Elektronik dalam ketegori COMMJAM atau Jammer dari jenis pacuan 6×6 FUCH buatan Jerman yang kita beli dalam dua-tiga tahun lepas. 23.Kenderaan yang buruk tahap buaya air masin ini telah dihantar ke Sabah untuk memberikan bantuan sokongan terhadap operasi menangani pencerobohan askar-askar diraja kesultanan Sulu. 24.Kita tidak boleh memandang “cikai” terhadap mereka ini kerana manalah tahu ada negara luar yang berdiri di belakang mereka. 25.Seperkara lagi, tentera diraja Sulu ini diperhatikan sentiasa menghantar maklumat ke Manila, Filiphina dengan menggunakan telefon satelit. 25.Kereta perisai EW COMMJAM atau “Jammer” pacuan 6×6 FUCH ini merupakan sistem Peperangan Elektronik sangat canggih dan tidak dimiliki oleh negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Filiphina. 26.Kebanyakkan aset peperangan elektronik negara-negara yang saya maksudkan bersifat portable (tenaga insani), statik dan sudah ketinggalan zaman. 27.Sistem-sistem Peperangan Elektronik yang mereka pasang dalam kenderaan ini tidak perlulah tanya saya, sulit hendak diceritakan tetapi dari negara Eropah dan Amerika Syarikat. 28.Softwarenya pula dalam bahasa Jawi, bahasa lain dilarang pakai. 29.Unit-unit FUCH 6×6 ini biasanya bergerak pada waktu di antara 12 hingga 4 pagi untuk membuat operasi ELINT dan SIGINT ke atas negara-negara yang bermasalah dan dalam setiap operasi biasanya disokong oleh dua kenderaan yang serupa. 30.Malam-malam buta bila orang sudah tidur, SOFTWARE BAHASA JAWI ini dihantar untuk mengelirukan pelbagai peralatan elektronik milik negara bermasalah termasuk menganggu sistem perisian mereka, radar, komunikasi dan sebagainya. 30.Jumlah berapa banyak kita ada pun, tidak perlulah tanya pada saya…Use Your Imagination, Okeiii? 31.Kalau anda terdengar bunyi ini “Goblok, mengapa ini seh, radarnya pusing”, “Waduhh..apa ini, ada bogeyyy” “Mana ada pak, bukankah kita sahaja yang ada di udara” atau “Fuck..fuckk…tett…tettt” atau “No alert…system failed, we are now at stage 2″….ketahuilah, SOFTWARE BAHASA JAWI sedang mengodam anda. 32.Kenderaan milik kita ini mempunyai keupayaan untuk merosakkan komunikasi pada frekunsi “ALL BAND ALL MODE”. 33.Sekarang apabila negara kita ada krisis macam di Lahad Datu ini, dua kenderaan Peperangan Elektronik 6×6 FUCH ini dihantar ke Sabah dengan pesawat Charlie. 34.Tujuannya….hehehe…cuba check talian handphone anda kalau anda ke Lahad Datu. 35.Sebenarnya pihak polis pun ada pakai peralatan-peralatan peperangan elektronik ini tetapi ia bersifat “portable” malahan kalau tidak silap saya, Jabatan Perdana Menteri juga memiliki aset dan keupayaan yang serupa tetapi pada tahap yang lebih rendah dari Angkatan Tentera Malaysia. 36.Kalau tidak silap saya, Suruhanjaya Koridor Multimedia Malaysia (SKMM) juga mempunyai kenderaan yang canggih dalam kenderaan Mercedes Benz berwarna putih. 37.SKMM mempunyai lebih kurang empat buah dan setiap satu harganya mencecah RM7 juta. 38.Baiklah setakat ini sahajalah hikayat teknologi ajaib milik ATM digarap oleh saya, moga-moga anda tertidur membacanya. |
Wednesday, February 20, 2013
ISU LAHAD DATU> ASET RAHSIA TENTERA DARAT KE Sabah.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakyat Sabah Pun Dah Berbulu mata Tengok Pengganas Sulu
ReplyDeleteWAJARKAH kami rakyat SABAH untuk masih bertuankan KESULTANAN SULU yang jelas2 telah mengkhianati rakyatnya di sabah dengan mangadaikan negeri sabah pada BRITISH...?
MEMBIARKAN kami berjuang sendiri mempertahankan tanahair SABAH sewaktu peristiwa KONFRANTASI dulu....membiarkan kami menentang komunis,membiarkan kami menentang penjajahan jepun,membiarkan kami membangunkan ekonomi kami sendiri sehingalah warga2 SULU itu tertarik kembali untuk menuntut sabah....
MAMPUKAH SULTAN SULU untuk membangunkan sabah sepertimana sekarang sedangkan wilayahnya di MINDANAO itu tetap MUNDUR sehinggakan rakyatnya sendiri sanggup menjadi pendatang asing,disumbat di rumah merah malah dirotan semata mata melarikan diri dari kepompong kemiskinan disana..
WAJARKAH kami untuk MENDAULATKAN mereka yang tidak berjuang untuk keamanan kami di SABAH namun sebaliknya mewujudkan kekecohan,ketakutan malah menconteng arang dimuka kami....mengapa tidak diadakan UNDIAN/PUNGUTAN SUARA dari PERIBUMI asli sabah dan DAYAK2 BORNEO samaada masih ingin BERSULTANKAN RAJA RAJA SULU yg hanya bermodalkan sos tiram itu ....? Jangan hidung tak mancung ... pipi lak tersorong2 .... Cermin muka tu dulu ....!