1. Keputusan majlis syura PAS berkaitan ustaz Nasha memang sudah dijangkakan. Cuma kebijaksanaan ahli majlis syura tidak menggugurkannya sewaktu Hasan Ali dipecat. Oleh itu UMNO tidfak dapat menggunakan isu ini untuk menggugat PAS.
2. Memang tepat keputusan PAS, kita berpegang kepada semangat berjemaah. Seorang ahli PAS yang rasa dia seorang hebat dan hanya pendapat dia seorang sahaja yang betul tidak akan dapat tempat dalam parti kerana mereka adalah golongan syok sendiri.
3. Ustaz nasha salah faham isyarat ahli dalam muktamar yang lalu. Dia tak faham. Para ahli parti melihat kehadapan iaitu PRU13. PAS memerlukan hulubalang yang gagah dan berani bagi membantu Tuan Guru Hj Abdul Hadi untuk menentang arus fitnah dan adu domba UMNO yang bertali arus seperti tiada penghujungnya.
4. Sebagaimana yanag kita ketahui ahli PAS amat menyanjung para Ulamak, mereka tidak sanggup membiarkan para pemimpin PAS yang bertaraf Tok Guru untuk menjadi menjadi pejuang barisan hadapan menuju ke Putrajaya, mereka tidak sanggup golongan Ulama ini dikata nista, dikeji, dicarut oleh golongan UMNO yang kununnya Islam tapi berperangai seperti orang tiada iman. Oleh itu mereka melantik orang kanan dan kiri Tok Guru dalam kalangan ahli yang jujur, ikhlas, berani, tiada kepentingan diri, telah diuji kesetiaannya dan yang terpenting dalam semua tindakan mereka masih berpaksikan prinsip-prinsip Islam yang tinggi. Dalam erti kata lain agersif dalam tindakan tapi berteraskan landasan Islam.
5. Secara kebetulan semua pemimpin ini adalah terdidik di bawak sistem usrah yang menunjangi PAS. Wala mereka kepada pemimpin dan PAS tidak pernah goyah. Walaupun ada di antaranya disumbatkan ke dalam akta zalim ISA.
6. Jadi apa wajarnya kita mengekalkan seorang lulusan agama yang tinggi dan skil kemahiran komunikasi yang tinggi tapi gagl memahami dan mendokong prinsip parti serta memberika wala kepada pemimpin parti.
6. OLeh kerana terlalu ingin berbakti kepada parti UMNO yang satu ketika dulu menjadi musuh politiknya jadi secara logiknya lebih baiklah berhijrah ke parti UMNO. Boleh memberi sumbangan seratus peratus yang kununnya begitu hebat untuk membangunkan/melingkupkan umat Islam yang secara realitinya gagal mempertahankan Islam dan melayu di sepanjang pemerintahan mereka dari merdeka 1957 hinggalah sekarang 2013.
7. Saya yakin hati ustaz nasa sudah tidak bersama PAS dan beliau mengharapkan agar PAS memecat (hanya media pro UMNO iaitu Utusan Melayu dan Berita Harian yang menggunakan perkataan ini bagi menggambarkan pengguguran ustaz nasa daripada majlis syura-maksud gugur dan pecat adalah berlainan, saya kira media pro UMNO telah memfitnah PAS dalam hal ini. Minta lujnah undang-undang PAS memikirkan bagaiman hendak menyaman laporan fitnah ini).
8. saya sangat musykil kenapa dia tidak bertindak keluar parti?analisis saya adalah seperti berikut; a. Beliau takut dimakan sumpahnya yang dilafazkan tanpa paksaan ketika hendak bertanding dalam PRU12 tempohari dan kenyataannya sewaktu konfrantasi dengan majlis trtinggi PAS yang menyatakan beliau tidak tidak akan masuk UMNO. b. Dia mahu mengangkat imej dan harga dirinya lebih tinggi lagi apabila PAS memecatnya. Dan kalau masuk UMNO tentu dapat tempat lagi tinggi.
9. Wahai pemimpin UMNO permudahkan lah jalan beliau hendak masuk UMNO dengan mengambilnya sebagai timbalan presiden UMNo, sebab kasih sayang dan simpati pemimpin UMNO begitu tinggi dan wajarlah dia diberi jawatan setinggi itu. Pok Najib boleh kuiskan Timbalannya dan kedudukannya lebih selamat untuyk 100 thun lagi.... |
|
No comments:
Post a Comment