banner

Thursday, January 10, 2013

Cara2 Membuat Software Portable(Perisian Mudah Alih)


 Cara2 Membuat Software Portable(Perisian Mudah Alih)

Salam geng CG smua...

Saya nak share cara mengubah perisian(software)biasa yg kena install dlm pc/laptop kita kpd bentuk portable(mudah alih).

Jadi mudah la kita bawa ke mana2 saja dgn mggunakan pendrive/portable HDD. Kecil & ringan. 

X perlu lg install dlm laptop/PC.
Cucuk kt mana2 PC/laptop da bleh guna 

Ok rujuk video kt bawah ni:

http://www.youtube.com/watch?feature...&v=6EGXl8sDPWM

Perisian yg diperlukan;

1. VMWare ThinApp - bleh download kt http://www.vmware.com/products/thinapp

2. Perisian yang anda mahu jadikan sebagai versi mudah alih.

3. 3. Sistem Operasi windows - Windows XP, 7, Vista, atau 8.


Cara2nya;


1. Pasang VMWare ThinApp dan jalankan 'ThinApp Setup Capture'




2. 2. Klik Next - Prescan (Pastikan direktori yang diiimbas adalah betul di cakera 'C' pada 'Advance Scan Locations')






3. Setelah siap proses 'Prescan', pasangkan pula perisian yang anda mahukan.




4. Kemudian, setelah selesai pemasangan perisian tersebut, klik pada 'Postscan'.

5. Pilih Entry Points, iaitu pelancar untuk perisian (fail .exe).










6. Klik Next - Next (Ikut seperti gambar-gambar di atas) kecuali apabila sampai kepada 'Sandbox Location', pilih seperti gambar di bawah:




7. Akhir sekali, pilih 'No - Do not send any information to VMWare'.




8. Klik Next - Next dan, Save. Jangan lupa tandakan pada 'Compress virtual package'.




9. Akhir sekali, klik Build.



10. Tunggu sehingga proses Build selesai.

Selamat mencuba... 

No comments:

Post a Comment