salam rakan CG
baru pagi tadi berlaku banduan (OKT) yang melarikan diri semasa dibawa lokap ... lokasi mereka melarikan diri adalah di Tasek geluggur...
banduan adalah 7 orang...berbaju lokap dan bergari ketujuh tujuh nya dan berkepala botak....mereka melarikan VAN polis warna putih...... kami telah kejar mereka dan hanya menjumpai VAn tersebut dalam ladang kelapa sawit di kampung paya keladi..di kawasan antara bertam,pinang tunggal..
ini info terbaru
mereka telah menaiki lori berwarna merah dan menghala ke arah masjid Aceh ara kuda..
mana mana rakan yang terjumpa sila lapor ke pada balai polis ....
11.57am
info terbaru...dapat tangkap seorang dari suspek di ladang kelapa sawit di ara kuda...kini ada 6 penjenayah yang membawa diri dalam lori..
info tidak jelas di nyatakan bahawa mereka memukul driver lori dan membawa lari lori nya
12.10pm
Quote:
Originally Posted by kancil biru
maklumat terbaru....seorang lagi suspek sudah ditangkap. tinggal lagi 5 banduan ....
2.40pm
Quote:
Originally Posted by kancil biru
Tujuh tahanan rampas trak polis sebelum larikan diri
1:31PM Jan 7 2013
Tujuh tahanan merampas sebuah trak polis di sepanjang jalan lingkaran luar Butterworth di George Town pagi ini sebelum melarikan diri, lapor Star Online.
Mereka adalah antara sembilan tahanan yang sedang dibawa ke Mahkamah Butterworth untuk menghadapi pelbagai tuduhan. Dipercayai pemandu kenderaan cedera dalam kejadian itu.
Star Online memetik sumber polis sebagai berkata trak itu, bagaimanapun, terbabas di Jalan Paya Tok Akil di Tasik Gelugor.
Ia turut memetik Anggota exco kerajaan negeri Selangor, Phee Boon sebagai berkata, kumpulan itu kini dipercayai bersembunyi di sebuah ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor.
Satu sumber polis dipetik oleh Star Online sebagai berkata sebelum itu berlaku kekecohan di tempat duduk belakang trak Black Maria, antara tahanan dengan seorang anggota polis yang mengawal mereka.
Ia mendorong pemandunya memberhentikan trak tersebut di luar plaza tol untuk memeriksa keadaan.
Menurut laporan itu lagi, pemandu trak itu dan seorang lagi anggota polis, yang sebelum itu duduk di hadapan, diserang oleh beberapa tahanan ketika mereka membuka pintu pintu belakang trak.
Tujuh tahanan kemudian melarikan diri dengan trak tersebut. Dua tahanan lagi tidak melarikan diri, lapor Star Online.
Menurut laporan itu lagi, seorang pemandu yang
Seorang pemandu yang lalu lalu di situ membantu menghantar pemandu trak dan dua anggota polis tersebut, serta dua tahanan berkenaan, ke mahkamah.
Selepas dua tahanan telah diserahkan ke lokap mahkamah, dua anggota polis dan pemandu berkenaan dikejarkan Hospital Sebarang Jaya, lapor Star Online.
Sementara itu, akhbar China Press pula melaporkan tiga daripada tahanan tersebut telahpun ditangkap semula.
sumber malaysiakini
Quote:
Originally Posted by kancil biru
terkini 4.38pm
dapat info dari org awam adaa tiga orang suspek di jumpai di sekitar kilang bata area ara kuda penang
No comments:
Post a Comment