banner

Tuesday, October 30, 2012

FAM Bangsat !



FAM Bangsat !



Setelah laman web officialnya digodam beberapa kali oleh hackers sebagai wakil kepada ketidakpuasan hati rakyat Malaysia, peminat bola sepak secara amnya, namun organisasi yang bertopengkan sebuah organisasi yang ingin mempertingkatkan mutu bola sepak Malaysia ni masih tidak pernah 'terguris' mahupun terasa sedikit pun.



Mereka bongkak berada di atas kerana terdapatnya yang boleh dikatakan 'campur tangan' dari pihak tertinggi sebuah negeri di pantai timur bersebelahan johor sana. Selagi adanya sistem hierarki ini yang sudah lama bertapak dan mungkin menjadi barah dalam FAM, selagi itulah makin besar kepala pihak-pihak FAM ini yang diketuai oleh Azzudin, sebagai penolongnya a.k.a setiausha agung oprganisasi ini.

FAM sejak dari zaman Dunhill menjadi penaja bola sepak tanah air lagi sehingga TM kepada Astro masih berada pada landasan yang buruk dalam mempertingkatkan hasil pencapaian bola sepak tanah air. Kini tiba masanya FAM berubah.Berubah dalam erti kata merubah corak 'tarian' bolasepak malaysia bukan hanya berlandaskan mesyuarat dan 'majlis tatatertib' umpama orang tua di warung-warung kopi meskipun dengan perut boyot hasil rezeki tidak berapa halal berlenggang dengan baju kot masing-masing.

Banyak sudah yang diperhatikan mengenai FAM, kami rakyat Malaysia amnya, dan peminat bola tanah air khususnya, sudah mula jelik dengan luka dan nanah FAM sehinggu membusukkan lagi arena bolasepak malaysia.

Wahai FAM sila berambus daripada terus menjadi diktator di malaysia, bolasepak tempatan perlukan perubahan bermula dari segi 'pemerintahan' dari atas.


Selagi ketua kerajaan sesebuah negeri yang menjaga organisasi ini, maka selagi itu pencacai bawahan akan terus takut untuk bersuara, pelukah sebuah organisasi seumpama FAM mempunyai kuasa veto dalam setiap keputusan. Melakukan undang-undang yang tidak munasabah dan suka mengambil peluang.

Mengenakan tindakan undang-undang yang tidak masuk dek akal, mempunyai pasukan 'angkat' yang selalu disayangi, mempunyai pasukan 'kambing hitam' yang selalunya dijadikan mangsa, itu adalah antara skop kerja yang FAM pandai buat selain dari tidak boleh menerima kritikan bahawa sememangnya skuad malaysia kini tidak la segah yang diuar-uarkan.

Dalam isu FAM ini, penulis tidak menyokong mana-mana pihak, namun terlalu obvious nampak sangat organisasi ini bukan berlandaskan ingin meningkatkan mutu bolasepak negara, namun lebih kepada sebuah persatuan a.k.a organisasi sebuah parti. Tidak seiring dengan matlamat dia, dia cantas terus dan di jadikan kambing hitam. Anak-anak buah buat kerja, yang di atas sekali goyang kaki.Itu cara mereka menjamu perut boroi masing-masing.

Kita ambil contoh kelantan the red warriors, pasukan kelantan selalu dianaktirikan (kami sebenarnya tidak mahu ada perkataan 'anak; pom), namu tiada istilah lain. Kelantan lah pasukan bolasepak yang selalu FAM targetkan sebagai kambing hitam, tidakkah si boroi-boroi ini sedar bahawa pasukan inilah sekarang sedang mencorak mutu kegemilangan bola sepak malaysia bersama pasukan-pasukan lain seperti Perak Fc, Negeri Sembilan Fc dan Kedah Fc.

Ironinya, mereka mengaut segala kekayaan yang hasilnya dari pasukan kelantan sendiri, pernahkah anda lihat ada sebuah pasukan di malaysia yang memerlukan sebuah helikopter polis, dan beribu-ribu pasukan trafik untuk mengawal lalulintas untuk ke perlawanan akhir ? Tanpa kelantan, jangan harap stadium nasional bukit jalil yang mampu memuatkan lebih 90,000 penonton itu penuh, sehinggakan ada yang menyaksiakn pada penghadang setiap laluan.Sumpah, mereka makan juga duit rakyat kelantan untuk memboroikan perut masing-masing. Tiket final sahaja sudah boleh kita lihat dari tahun ke tahun harga akan naik yang dahulunya RM 25 kepada RM 40 sekarang, itu belum termasuk permit berniaga dan berapalah sangat nak bayar perbadanan stadium, dan keuntungan dari itu masuk perut boroi mereka juga.

Namun, dengan hasil keuntungan inilah mereka menutup mulut media-media mainstream yang juga digunakan beberapa pihak . Sehinggakan stesen berbayar pun sendiri takut untuk menyatakan kebenaran.

Secara kasarnya, Malaysia bukanlah sebuah negara demokrasi tetapi lebih kepada kapitalis. Sehinggakan organisasi sukan sebegini pun penuh dengan unsur-unsur politik.Politik dalaman tidak kisah tetapi politik yang membabitkan luaran yang sehinggakan, jika kita menentang kitalah radikal,kitalah yang bersalah.

Perlukah kelantan keluar dan menyertai liga jepun? (kerana Tokyo fc menurut IFFHS berada di bawah kelantan rankingnya) dan tinggalkan pasukan-pasukan anak angkat FAM sahaja yang bertarung di liga super yang tahap semi-pro ini sebenarnya.

"sek demo make duit kami, pahtu demo buat kami mangso"

Sebab itu boleh digelar....


FAM bangsat!




*banner yang mempunyai 11 muka player the red warriors pun dilarang masuk oleh perbadanan stadium atas arahan FAM bangsat kata mereka. Mereka takut banner ini menjerut leher-leher si boroi-boroi yang pergi final semalam ke ?

No comments:

Post a Comment