banner

Sunday, July 14, 2013

Siri Akhir Zaman: Benarkah Si Shahid Terhebat Telah Lahir?!

Siri Akhir Zaman: Benarkah Si Shahid Terhebat Telah Lahir?!

Apakah pemuda yang bakal dibunuh Dajjal itu telah lahir?

Tonton video ini sehingga habis...



Atau untuk jalan pintas, sila langkau ke minit 9:10 menurut cerita, pemuda itu telah pun lahir (kisah bayi yang lahir di Gaza tahun 2004)

Atau tonton:


Lelaki ini akan dibunuh Dajjal di luar kota Madinah di sekitar kubu Dajjal di atas bukit bergaram... (nota: telah terdapat satu kota bernama Istana Dajjal oleh orang tempatan yang dibina oleh keluarga diRaja Saudi)

Video:




Petikan bahasa Malaysia:

Dalam satu wawancara di youtube, dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang akan dibunuh oleh Dajjal. Kemudian tidak ada lagi orang lain yang akan dapat dibunuh oleh Dajjal. Benarkah itu bayi dan bakal pemuda yang dibunuh Dajjal?

Dalam hadis agak panjang tentang Dajjal, diceritakan Dajjal itu akan menemui ramai orang, mengajak semua orang menurutinya, dari satu negeri ke satu negeri. Dalam riwayat Bukhari dan beberapa riwayat lain (Fath al-Bari jilid 13 ms 145 dan selepasnya, no hadis 7132), …

Apabila Dajjal hampir sampai ke Madinah dan terus hendak masuk, tiba-tiba didapatinya Malaikat menunggu di pintu masuk/terowong dengan pedang terhunus. Dajjal berhenti di luar Madinah dan keluar kepadanya seorang lelaki pada hari itu dari Madinah. Lelaki itu adalah sebaik-baik lelaki dan sehabis-habis soleh dan bertaqwa kepada Allah.

Apabila ia melihat Dajjal di luar Madinah, ia berkata kepada Dajjal itu: ‘Hei Dajjal! Aku naik saksi bahawa engkau itu Dajjal yang diceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW.’ Dajjal berkata: ‘Hei laki-laki! Kamu mesti taatkan aku atau aku belah engkau menjadi dua.’ Lelaki itu berkata: ‘Wahai sekalian manusia! Inilah dia Dajjal yang pembohong. Bila didengar oleh Dajjal perkataan itu, ia berkata kepada orangnya: ‘Apa pendapat kamu jika aku bunuh orang yang membantah aku ini, kemudian aku hidupkan dia balik, adakah kamu syak tentang dakwaan bahawa aku adalah tuhan?’ Jawab pengikut Dajjal: ‘Kami tidak syak, bahkan kami makin yakin.’

Dajjal membunuh lelaki itu, kemudian dihidupkannya kembali. Inilah yang disabdakan oleh Nabi SAW: ‘…Kemudian Dajjal itu menyeru seorang lelaki yang sangat muda. Disuruh lelaki itu mengaku Dajjal bahawa dia adalah tuhan. Ia enggan, lalu dipancung dengan pedang, dipotong dua hingga mati. Diserunya lelaki yang mati itu supaya bangkit, lalu hidup ketika itu juga. Dipanggilnya datang kepadanya. Maka orang muda itupun datang dengan berseri-seri wajahnya. Dajjal itu berkata kepada lelaki itu: ‘Hei laki-laki! Adakah engkau percayakan aku?’ Jawab lelaki itu. Demi Allah! Tidaklah engkau terlebih pandai dari aku pada hari ini.’ Kemudian dia berkata: ‘Tidak ada lagi seorang pun yang akan terbunuh selepas ku ini. Wahai sekalian mnausia! Inilah Dajjal yang pembohong itu. Sesiapa yang taatkannya, maka ia berkekalan di dalam api neraka, dan sesiapa yang tidak menurutinya, maka ia tinggal berkekalan di dalam syurga.’

(Tambahan: Dajjal kemudian cuba membunuh lelaki itu sekali lagi tetapi Allah mengebalkannya dengan menjadikan lelaki itu tembaga)

Dajjal meninggalkan lelaki itu, dan kemudian ia masuk ke Syam, dalam keadaan Dajjal menyeru manusia menurutinya, ketika itulah Nabi Isa turun…hingga akhir hadis (Bahr al-Mazi j15 ms 196)

Apa-apa pun, ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI

No comments:

Post a Comment