banner

Wednesday, July 24, 2013

Alhamdulillah.. Manusia yang buat filem hina Islam 2 thn dahulu akhirnya memeluk Islm


Alhamdulillah.. Manusia yang buat filem hina Islam 2 thn dahulu akhirnya memeluk Islm




HIDAYAH TIDAK MENGENAL SIAPA.

BEKAS PRODUSER FILEM HINA NABI BERKATA : AKU DEDIKASI KAN HIDUPKU HANYA UNTUK ISLAM.

Riyadh : Setelah menjadi sebahagian dalam produksi film yang menghina dan menodai citra Islam, seorang bekas politcian sayap kanan Belanda Geert Wilders, kini mengatakan bahawa dirinya mendedikasikan hidupnya untuk menyebarkan Islam dan ajaran Nabi Muhammad SAW.

“Aku akan memberikan waktu ku untuk melindungi hak-hak Muslim di semua negara Eropah serta untuk melayani Islam dan pengikutnya di seluruh dunia dan aku mendedikasikan hidupku hanya untuk islam,” Arnoud Van Doorn,bekas anggota Parti Kebebasan yang dipimpin oleh Wilders, mengatakan kepada Okaz / Saudi Gazette dalam wawancara pada hari Selasa, 23 April sebagaimana dilampir onislam.net.

“Aku akan mencoba yang terbaik untuk memperbaiki semua yang telah aku lakukan kepada Islam dan Nabi Muhammad melalui filem ‘Fitna’.”

Arnold Van Doorn yang telah memeluk islam pada awal tahun ini telah mendapat hidayah setelah mengkaji segala espek Islam sewaktu dalam tugas membikin filem ”Fitna”.Sebagai anggota parti Wilders,beliau berpartisipasi dalam memproduksi filem berjudul “Fitna” yang telah mengkaitkan Islam dan Alquran dengan kekerasan dan keganasan.

Tapi seperti kebanyakan filem lain yang memicu protes dari Muslim di seluruh dunia, Doorn mula membaca lebih banyak tentang Islam dan Nabi Muhammad SAW, yang kemudian membawanya untuk memeluk Islam.

Politcian Belanda ini menyatakan kesedihan yang teramat sangat kerana pernah terlibat mengambil bahagian dalam memproduksi filem Fitna.

“Namun, sekarang masa itu telah tertutup dan aku benar-benar tidak ingin mengingat hal itu lagi,” kata Doorn, yang tiba di tanah suci di Arab Saudi awal pekan ini untuk melakukan umrah.

Doorn mengatakan bahawa selepas ini,beliau akan menggunakan pengalamannya dalam memproduksi sebuah filem internasional yang menggambarkan sifat mulia Nabi Muhammaagar di tonton oleh semua orang.

“aku akan menggunakan semua pengalamanku dalam memproduksi sebuah filem alternatif, yang akan berbicara tentang citra Islam yang sebenarnya dan semua aspek dari keperibadian Nabi sesuai dengan jiwanya yang besar.”

Polician Belanda itu menyalahkan ketidaktahuan,kejahilan dan prasangka buruk dalam gerakan yang tumbuh terhadap Muslim dan agama mereka di Barat.

“Aku juga menyedari akan kebencian yang beberapa orang Barat miliki terhadap Islam dan Nabi (SAW) dan itu nampaknya didasarkan pada ketidaktahuan,kejahilan dan prasangka merekasemata-mata,” katanya.

“Oleh karena itu, aku memutuskan untuk membuat usaha sedaya upaya untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh filem ofensif itu, yang diproduksi dengan motif tersembunyi untuk menciptakan hasutan di antara Muslim dan non-Muslim.”

Beliau turut mengkritik bekas partinya yang sering memperjuangkan dan menyebarkan anti-Islam.

“Parti ini berdiri melawan Islam dan penyebaran islam di Eropah. Beberapa dari mereka sekarang menganggap ku sebagai pengkhianat. “

Bekas anggota PVV itu sekarang bersyukur kerana dia telah terbimbing menemui Islam yang sebenarnya.

“Sekarang,aku benar-benar menikmati keindahan Islam dan aku sangat senang di dalam berkah Allah yang besar untuk membimbingku ke jalan-Nya,” kata Doorn.

Muslim membentuk satu juta komuniti dari 16 juta penduduk Belanda, kebanyakan berasal dari pendatang Turki dan Marocco. Jumlah mualaf muslim pribumi Belanda telah meningkat menjadi sekitar 15,000 dari 12,000 beberapa tahun yang lalu.
 [har]

No comments:

Post a Comment