banner

Wednesday, September 3, 2014

Isu Sarawak Dan Sabah Mahu Keluar Dari Malaysia

Bagi aku perpaduan skarang dah hancus. Percambahan benih perpisahan nie sbenarnya bermula dari dulu lagi. Kalau di Sarawak nie, zaman kegemilangan Ngap Sayot tahun 90an dulu pun dah ada gerakan nie. Sampai kerajaan persekutuan pujuk Sarawak bagi duit utk bina kompleks sukan dgn satu stadium besar yg baru (wpun stadium lama masih boleh pakai). Pastu byk ketidakpuashatian, termasuk dari state gomen sendiri tentang pembahagian peruntukan pembangunan utk seluruh Malaysia. Bayangkan dalam tempoh RMK9, Sarawak hanya terima peruntukan pembangunan 1/3 jumlah diterima negeri kecil seperti Selangor. Belum cerita lagi bab royalti minyak yg sangat ciput. 

Paling aku takleh terima ialah biasnya kerajaan persekutuan terhadap pembangunan di Sarawak berbanding di Malaya, contohnya kerajaan persekutuan boleh bina highway di Malaya spt LPT, PLUS menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan, tapi utk bina dual carriageway Jalan Kching-Serian, kerajaan negeri terpaksa mendahulukan duit mereka dulu. Pastu utk Pan Borneo highway, kerajaan persekutuan cuma bagi RM500 juta utk upgrade jalan yg sepanjang 1000++km, tetapi utk Malaya boleh pulak peruntuk sampai berpuluh2 bilion utk buat highway. Byk kes mcm tu. Kalau federal gomen bagi duit, pasti bersyarat mcm2 spt kontraktor mereka pilih, federal bagi setengah state setengah, padahal utk negeri2 di Malaya takder pulak syarat2 mcm tu. Sbb tu state gomen pun fedup jugak. Kalau dgn Sarawak, mcm2 syarat - kena loan, bagi setengah2, advance dulu, amik kontraktor diorg lantik dsb.. tapi dgn negeri lain, tutup mata jah bagi peruntukan. Siapa yg tak puas hati kalau dilayan mcm tu? 

Benda nie ala2 mcm baju yg koyak lah. Sikit demi sikit koyak, nak tampal balik mmg susah. Skrg nie jgn marah lah kalau rakyat Sarawak tak puas hati dan mintak keluar sbb terlalu byk benda yg mengecewakan Sarawak. Sarawak dilayan mcm cash cow jah. Didiskriminasi mcm2 lagi. Yg Kristian pulak disekat kebebasan beragama dgn takleh pakai Bible BM bagai. Yg Muslim pulak walaupun Melayu tapi takder peluang jadi PM, TPM bagai. Cuma jadi menteri kabinet lah paling hebat pun. 51 tahun dah uols, kena layan mcm tu. Nak berdiam diri pun sampai bila nak berdiam. Runding punya runding tetap mcm tu gak jadinya. Last2 rakyat pun fedup dan ini lah jadinya.

Ni yg setau aku la ye, if salah maaf tau. Sedara aku ckp state gomen sabah n sarawak kaya. Dorg mampu menguruskan negeri sendiri tanpa bantuan federal, and dorg hanya minta federal bajet utk kawasan pedalaman. Tentang bende2 lain mmg pada aku pun x adil terutama bila terbaca artikel ada budak perempuan nk gi sekolah tapi sbb akses jalanraya yg teruk dia tumpang jeep pekerja pembalakan, tapi kene rogol. Sadis n kejam sungguh. Aku doakan yg semoga adalah sesuatu dibuat utk negara kita

Sabah aku tak tau, gomen Sarawak walaupun agak well off berbanding negeri2 lain, tapi federal gomen kena gak menjalankan t'jwb sama spt dia buat pada tempat2 lain. Takleh kata, eh Sarawak kaya, tak perlu bagi duit. Padahal Sarawak jugak ada had2nya dalam pentadbiran dan kekangan kewangan utk membangunkan kawasan pedalaman. Walaupun 5 tahun kebelakangan nie ada improve sikit, tapi belum cukup signifikan improvement tersebut. Kalau taknak perpecahan nie makin teruk, kerajaan persekutuan kena buat sesuatu, dgn pump lebih banyak funding utk development di Sarawak tanpa banyak syarat dan alasan. Do something. Jgn hanya pandai suruh polis tangkap rakyat. Itu takkan menyelesaikan masalah malah akan menerukkan lagi masalah, dan membangkitkan lebih ramai pejuang2 utk kemerdekaan Sabah dan Sarawak

silapnya sejarah buku teks sekolah tidak perna sebut persekutuan malaysia 1963 dibentuk oleh 3 buah negara iaitu malaya, sabah@North borneo dan sarawak. taraf sabah dan sarawak seperti wales dan scotland dalam uk. bukan negeri seperti buku teks sekola ajar. buku tkes tak pernah highlight perjanjijian 18/20 pembentukan persekutuan malaysia 1963 hinggah ramai orang semenanjung nampak bangang bila bercakap hal sabah sarawak. yet, dun get me wrong. me too from malaya but i realize the right fact of persekutuan malaysia 1963. kenapa buku teks tak sebut 22julai 31ogos1963 tarikh merdeka sabah sarawak yang sebebar?

Treason ker? Sabah dan Sarawak ialah partner yg sama2 menubuhkan Malaysia. Kalau rakyat Sabah atau Sarawak majoriti minta keluar dari Malaysia, salah ker? Mcm Kosovo minta keluar daripada Serbia, Malaysia jugak yg sokong dan iktiraf kan? Kenapa dalam negara sendiri terjadi mcm tu, takleh pulak. Negara org dia sokong

Di Uk ada  politician yg kempen utk scotland keluar Uk. Tapi x dak pulak queen p hantar polis tangkap deme ni. Siap boleh buat kempen yes or no lagi. Bahas kat tv kenapa nak keluar dan kenapa nak kekal. Nanti rakyat scotland boleh vote nak pilih yg mana. Hari tu bahas pro scot x reti bercakap habis semua hujah kena patah dek pro uk. 

Tp di negara Malaysia yg kekonon demokratik baru buat FB dah suruh polis tangkap.

Skarang mmg menuju ke arah pungutan suara/referendum. Skarang mereka tgh gigih promote utk kutip tandatangan utk petition yg akan diserahkan secara rasmi kepada UN. Mmg ada perancangan ke arah itu secara rasmi. Tapi inisiasi oleh NGO jah setakat nie. Gomen tak terlibat sama sekali.  

Yup. Diakui sendiri oleh Ketua Menteri Sarawak. Tengok video nie di minit 0:41.  

No comments:

Post a Comment