banner

Wednesday, September 24, 2014

Virus Zeus Trojan 'curi' duit pengguna perbankan internet melalui SMS/Whatsapp

Kuala Lumpur: Awas bagi mereka yang gemar menggunakan perbankan Internet melalui aplikasi telefon pintar berikutan sindiket ‘phishing’ (serangan virus) aktif ‘mengirim’ sejenis virus dikenali ‘Zeus Trojan’ bagi mencuri duit simpanan mangsa.

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Awas! Hanya dengan menekan satu klik pada pautan yang dihantar ke telefon pintar menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) atau WhatApps, kesemua wang di dalam akaun bank anda mungkin akan lesap dalam tempoh tidak sampai seminit.

Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan Internet yang dikesan menghantar sejenis virus atau malware dikenali sebagai Zues Trojan ke telefon pintar yang akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.


Lebih mengejutkan apabila wang mangsa rakyat Malaysia yang dicuri itu dipindahkan sindiket ke Ukraine. 

Difahamkan virus itu aktif sebaik saja mangsa mendaftar masuk ke dalam laman perbankan Internet sebelum sindiket memintas telefon mangsa dan ‘mencuri’ semua maklumat peribadi yang dimasukkan mangsa. 

Timbalan Pengarah Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Wira Hamza Taib berkata, setakat ini pihaknya menerima lapan laporan polis berhubung jenayah itu dengan kerugian mencecah RM60,000 termasuk terbaru dilaporkan di Bukit Merah, Perak, semalam.

“Apabila mangsa mendaftar masuk di paparan utama perbankan Internet itu virus berkenaan akan mula aktif dengan memaparkan pautan palsu yang mengarahkan mangsa memasukkan maklumat peribadi dan nombor telefon selain dikehendaki memilih jenis sistem telefon contohnya Blackberry, Android, Apple iOS, Symbian atau Windows Phone.

“Mangsa menerima satu pautan (URL) melalui kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) dari satu nombor telefon antarabangsa sebelum diarahkan untuk klik pautan berkenaan,” katanya dalam sidang media di Bukit Perdana, semalam. 

Hamza berkata, pautan berkenaan mengeluarkan satu sijil yang kononnya dikeluarkan bank bersama nombor kod. 

“Seterusnya mangsa dikehendaki memasukkan nombor kod itu ke dalam laman perbankan internet palsu bagi tujuan pengesahan suspek mangsa memasukkan nombor telefon sebenar. 

“Proses itu hanya mengambil masa satu minit, malah ia juga mewujudkan satu program baru di telefon pintar mangsa dengan ikon bank berkaitan. 

No comments:

Post a Comment