Kenapa Umat Islam Perlu Memahami Tahaluf Siasi? - 'Kerjasama Politik'
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Memandangkan maseh ramai rakan2 di CG nie maseh tak faham erti kerjasama politik dengan bukan ISLAM, jadi terfikir abam nak berkongsi... Harapan dapat memberi sedikit kefahaman pada rakan2 yang lain...
Cuba berbincang dengan cara berhemah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita membicarakan mengenai politik masa kita, kita akan bertemu dengan istilah arab, Tahaluf Siasi. Istilah ini akan di perbincangkan dan di perkatakan supaya umat Islam dapat memahaminya dan tdak lagi timbul kekeliruan yang sering di salah tafsirkan oleh media arus perdana.
Apakah maksud Tahaluf Siasi ?
Tahaluf siasi bermaksud 'kerjasama politik' di mana organisasi Islam memilih untuk bekerjasama dengan organisasi lain untuk membina sebuah kerajaan. Idea Tahaluf Siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: " Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati." Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Al-Imam Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwah Ikhwan Muslimin di Mesir.
Tahaluf siasi yang dibenarkan syarak ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip-prinsip utama syarak, contohnya akidah dan perundangan Islam. Dalilnya: Nabi Muhammad SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.
Setiap para pendokong dakwah samaada yang bergerak dalam harakah Islamiah atau organisasi Islam perlulah memahami Tahaluf Siyasi supaya dengan kefahaman ini mereka akan dapat bergerak dalam organisasi Islam dengan cara yang betul dan sesuai dengan realiti terkini. Kekeliruan dalam memahami realiti semasa menyebabkan organisasi Islam akan berada di dalam keadaan kerugiaan kerana bertindak dengan uslub dan strategi yang tidak tepat dan akan merugikan Islam sendiri.
Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.
Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam / organisasi Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan?
Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam / organisasi Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam / organisasi Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya.
Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, Tahalluf Siasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa pandangan ulama haraqi mengenai Tahalluf Siasi, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Hujah-hujah daripada ulama yang bersetuju dengan Tahaluf Siasi lebih kuat dan lebih tepat berbanding golongan ulama yang menentang di gunakan kaedah Tahaluf Siasi.
Di antara ulama yang mengharuskan Tahaluf Siasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Hujah-hujah ulama haraki yang mengatakan Tahaluf Siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut:
Yang bermaksud : "Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiliah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu adalah orang-orang bukan Islam , ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.
Peringkat pertama : Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”
Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.
Peringkat kedua : Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan harakah Islam / organisasi Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.
Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal .
Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.
Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”
Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan bukan Islam di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.
Rakan2 yang dikasihi,
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam / organisasi Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf Siasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam / organisasi Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Kerjasama politik (Tahaluf Siyasi) di antara gerakan Islam / organisasi Islam dengan organisasi bukan Islam mutakhir ini akan berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Tujuan kerjasama adalah supaya mempunyai kekuatan untuk mendapatkan majoriti mudah dalam pengundian pilihanraya demokrasi.
Dengan kejayaan tersebut segala perancangan untuk memberi keadilan sepenuhnya dan mengembalikan balik hak-hak rakyat yang sekian lama terabai dapat dipulihkan. Kejayaan ini juga diharapkan dapat memaksimakan hasil negara untuk dihikmati semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan, menghapuskan ketirisan wang negara, memberi pendidikan dan perubatan percuma kepada rakyat jelata.
Perlu dijelaskan disini mana-mana pemimpin pertubuhan Islam / pertubuhan bangsa yang mengabaikan Tahaluf Siasi dan memandang negatif terhadap kaedah ini sebenarnya mereka tidak berpijak dibumi nyata dan akan mengalami kegagalan kerana mereka tidak melihat sirah dan sunah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW.
Quote:
1. Half al-Fudhu: Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan : |
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : "Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiliah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu adalah orang-orang bukan Islam , ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.
Quote:
2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat : |
Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.
Peringkat kedua : Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan harakah Islam / organisasi Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.
Quote:
3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..” |
Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.
Quote:
4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak. |
Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan bukan Islam di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.
Quote:
5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim. |
Quote:
6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam. |
Rakan2 yang dikasihi,
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam / organisasi Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf Siasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam / organisasi Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Kerjasama politik (Tahaluf Siyasi) di antara gerakan Islam / organisasi Islam dengan organisasi bukan Islam mutakhir ini akan berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Tujuan kerjasama adalah supaya mempunyai kekuatan untuk mendapatkan majoriti mudah dalam pengundian pilihanraya demokrasi.
Dengan kejayaan tersebut segala perancangan untuk memberi keadilan sepenuhnya dan mengembalikan balik hak-hak rakyat yang sekian lama terabai dapat dipulihkan. Kejayaan ini juga diharapkan dapat memaksimakan hasil negara untuk dihikmati semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan, menghapuskan ketirisan wang negara, memberi pendidikan dan perubatan percuma kepada rakyat jelata.
Perlu dijelaskan disini mana-mana pemimpin pertubuhan Islam / pertubuhan bangsa yang mengabaikan Tahaluf Siasi dan memandang negatif terhadap kaedah ini sebenarnya mereka tidak berpijak dibumi nyata dan akan mengalami kegagalan kerana mereka tidak melihat sirah dan sunah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW.
Bekerjasama dengan orang Kafir..merupakan suatu usaha yang dibenarkan oleh Allah taala selagi mana orang kafir itu tidak memusuhi dan memerangi orang Islam...jika orang kafir itu memusuhi dan memerangi atau menghina islam maka haram kita bekerjasama dengan mereka.....
Nabi saw pernah mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi di Madinah..walaupun orang -orang Yahudi Madinah akhirnya melanggar perjanjian dan dihalau dari Madinah....
Di Malaysia ini.. sejak UMNO memerintah dari selepas merdeka mereka telah memilih untuk meneruskan dasar British iaitu pecah dan perintah...membahagikan rakyat Malaysia kepada beberapa komponen etnik bangsa yang melaksanakan demokrasi dan memberikan hak bersuara dan kuasa memerintah...menjadi menteri mewakili parti masing-masing....
Maka masalah bekerjasama dengan orang bukan islam dan pemberian kuasa politik kepada mereka adalah idea penjajah danUMNO yang meneruskannya....jadi bagaimana kita nak mengubah kesalahan nenek moyang orang Melayu yang membiarkan ..pembahagian kuasa mengikut perkongsian bangsa yang berbilang kaum.....ini bukan salah parti gerakan islam.....
Jadi ulamak menetapkan kaedah al akhaffu baina horuratain...
Iaitu kita memilih yang paling ringan antara dua... sama ada kita teruskan dgn berkuasa melalui pilihanraya atau berperang....(revolusi etnik)
Sebagaimana yang kita maklum....jika Islam berkuasa...maka sudah tentulah yang bukan islam berada di bawah pentadbiran orang Islam...Di Malaysia ini..apabila orang bukan islam setuju bekerjasama dan duduk di bawah kekuasaan Islam maka bukankah itu pilihan yang terbaik?
Jika kita menyatakan orang bukan islam juga mempunyai kuasa untuk memerintah...maka apakah cara yang terbaik untuk menjadikan Islam itu tuan? ..Mestilah mengangkat senjata dan mengalahkan bangsa yang lain....jika kita menolak pilihanraya...!!!lantaran pilihanraya akan mengakui kuasa orang yang bukan Islam.
Tetapi apakah dengan cara perang itu akan memndatangkan kebaikan kepada umat islam?...cuba bayangkan apa yang berlaku di Syria.... kematian bermula dari bayi dalam perut hinggalah yang sudah tua...apakah kita sedia menghadapi situasi begini?
Maka ulamak berpendapat melalui pilihanraya yang adil adalah cara yang paling baik bagi menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa... bagi mendapatkan kuasa. Masalah ada segelintir orang bukan Islam menetang perlaksaan hudud....mengapa? Kerana kerajaan yang dahulu langsung tidak pernah melaksanakan dasar Nabi saw ketika memerintah iaitu berdakwah dan mengajak orang-orang kafir untuk memeluk Islam atau paling kurang bercerita tentang islam...
Nabi berdakwah selama 23 tahun untuk menyampaikan kefahaman islam kepada orang Kafir....setelah mereka memahami dan tetap tidak mahu beriman malah menunjukkan kekerasan..maka Nabi saw memerangi mereka.
Setelah 55 tahun merdeka..kefahaman orang bukan Islam tentang hudud masih zero...salah siapa? Maka apabila ada kesediaan daripada orang bukan islam yang mahu dan menyokong hudud dijalankan maka tidak menjadi kesalahan..bagi umat Islam bekerjasama di dalam memastikan keselamatan nyawa dan keamanan dengan syariat Islam terjamin untuk dilaksanakan...
Jika anda tolak tahalluf siyasi dan pilihanraya..maka anda telah memilih cara yang lebih agresif iaitu mengangkat senjata...memerangi bangsa yang tidak memerangi kalian...... Sekiranya inilah jalan yang anda pilih untuk perjuangan anda...maka anda telah menjayakan usaha orang-orang yahudi untuk menangkap semua pejuang Islam atas nama keganasan......

No comments:
Post a Comment