banner

Tuesday, September 3, 2013

Melayu Memang Tak Guna


Dah Melayu Memang Suck. Nak Buat Macam Manewww.

Assalamualaikum w.b.t

Hello Melayu-Melayu yang akan rage serta emo di ruangan komen sekalian. What's up?

Beberapa minggu lepas, masa aku lepak-lepak kat Facebook selepas main Dota 2, aku ternampak satu video someone DM me. Aku pun tengok la. Dan bila aku tengok je, bulu roma aku terus meremang. Ya, aku suka video macam ni. Video tentang motivasi dan kebenaran yang amat mene-rasa-kan. Video ni bukan cerita pasal Melayu je. Dia cerita pasal Bumiputera. Tapi aku rasa kita semua tahu Melayu adalah major dalam bumiputera, or at least, darah Melayu tu ada.

Memang layan gila aku tengok video ni. Tapi bila aku share video ni kat Facebook, tak ada orang pun yang layan. Rata-rata dok layan video Harlem Shake yang entah apa-apa. Bagi aku, aku lagi rela layan Justin Bieber dan K-Pop dari Harlem Shake.

About the video yang aku cakapkan tu, nak tengok? Tengok kat bawah ni.



Apa yang ada kat dalam video ni, hampir semua aku pernah tulis kat dalam blog aku. Sayangnya aku tak boleh track down sebab aku tulis bukan dalam satu entry (Random isu yang dipecah-pecah). Tapi seriously, banyak yang diperkatanya adalah betul.
Apasal Nak Belajar English? Jepun Maju Tak Belajar English Pun Boleh Maju?
Antara benda pertama adalah penggunaan English. Benda ni juga adalah antara benda pertama yang ditekankan dalam video diatas. Well, aku ingat lagi time PPSMI di sekolah menengah, aku adalah batch pertama yang menjalani PPSMI, tapi, yang bisingnya adalah orang-orang tua. Kata itu lah. Ini lah. Aku support PPSMI sebab English. Ramai kata susah orang Melayu nak belajar english sebab tak ada sesiapa nak praktise kat rumah. Well guess what. Adik perempuan aku belajar di sekolah Cina dari darjah satu and now dia fluent in English and mandarin. PMR straight A juga. Tak ada bantuan di rumah juga. Tapi orang melayu, bersepah-sepah alasan semata-mata tak nak belajar English padahal English adalah bahasa perantaraan dunia. Even negara Jepun yang pun looks stupid bila English terabur. Semuanya dengan satu sebab; Susah. Or maybe sebab PPSMI adalah idea Kerajaan?

Ingat tak lagi masa zaman PPSMI, ramai bising kata kerajaan nak memperjuangkan bahasa penjajah dan tak nak memperkasakan BM. Bla bla bla. Nak memperkasakan BM, aku tak kisah. Tapi masalahnya, kenapa banyak curi bahasa dan istilah English? Solusi? Diskusi? Kenapa perlu translate istilah English kepada BM? Mana perginya orang yang konon memperjuangkan dan mahu memperkasakan BM dulu tu?

Look at Bumiputera now. Hanya mahir BM. Tu pun kalau mahir lah. English? Macam aku, English rojak aku reti lah.

"Eleh, poyo lah kau speaking."
Didikan After-School, Berniaga.



Ini adalah benda yang amat-amat obvious yang membezakan antara Melayu dan Cina. Orang cina anak dia diajar bantu mak bapak. Walau pun dia miskin, anak dia ada basic dalam perniagaan. Sebab tu anak orang cina ada chance untuk berjaya. Habis je sekolah diwaktu tengah hari, petangnya dia pergi tolong mak bapak jaga kedai sampai ke malam. Why cina dan india kena bekerja keras? Sebab dia tahu kalau dia tak bekerja keras, dia tak boleh hidup. Dia tahu kalau dia tak bekerja keras, dia tak akan dapat makan. Dia bukan orang bumiputera yang sentiasa ada kerajaan support. Result rendah, still boleh masuk UiTM (sorry). Melayu kalau masuk U swasta, boleh apply Mara. Kalau menganggur, boleh  minta pinjaman dari TEKUN. Semuanya untuk orang Melayu dan bumiputera. (Actually ini membuktikan kerajaan nak bagi pancing instead of ikan. Tapi orang Melayu bukan nak ambil pancing.)

Dan yang paling obviousnya, orang Melayu hanya bergantung kepada satu sumber. Iaitu sumber dari kerja makan gaji. Kalau dia kerja as general worker, engineer, tak ada langsung side income. Bila company tu bankrupt, terus berbulan-bulan tak ada kerja.

Orang cina berjaya ada dua sebab. Satu sebab ukhuwah sesama kaum cina. Dieorang ada group yang saling tolong menolong. Orang Melayu? Duduk rumah main twitter pastu meroyan nak kahwin awal. Puih! *Ludah ke langit. Kena muka sendiri.*
More Assets = More Money = More New Business = Much More Money.
Orang zaman dulu jual tanah sebab nak hantar anak masuk universiti sebab tak ada PTPTN / MARA etc. Orang zaman sekarang jual tanah sebab nak rasa kaya. Enough said. Ada tanah seekar dua pun laju je nak jual. Nak-nak kalau tanah pusaka. Tanah kat bandar mosly adalah milik cina. Harga dia berlipat-lipat kali ganda.

Pastu, kalau andai kata nak jual tanah, main jual. Tak ada pun terfikir nak naikkan nilai tanah. Contohnya, jadikan tanah tu tanah untuk tanaman. Automatik harta tanah naik lebih tinggi. Tapi orang Melayu nak kaya mudah. Nak kaya cepat.
Kurang Kretif. No. Tak Kretif.
Ini adalah benda yang paling aku nampak since aku di bangku sekolah lagi. Tentang apa? Dengan design. Design apa? Design semua benda. Design logo. Design paket makanan. Design produk. Design jenama dan design kereta. Cakap pasal design kereta ni, kenapa kerata Malaysia (Proton) banyak tiru design kereta luar?

Cuba anda tengok design sos buatan orang Melayu. Cuba anda tengok design botol kicap buatan orang Melayu. Cuba anda tengok design makanan segera buatan orang Melayu. Gila teruk. Aku tak kata aku boleh design better (But I guess I could), just, why buat produk yang designnya seakan-akan sambil lewa?

Kentucky Fried Chicken? Tiru jadi Kelantan Fried Chicklen. Tak pun Radix Fried Chicken. Kenapa mesti tiru? Ni baru makanan. Jangan sampai aku masuk bab filem Malaysia. Kalau aku cakap pasal filem Malaysia banyak tiru filem luar, memang beleret-leret lah jadinya. Tapi aku ada tulis tentang filem Malaysia dalam Makan Dalam. Kalau berminat, boleh beli di
Terfaktab.com
Melayu dan Hasad Dengki.
Yang ni aku tak nak cerita banyak. Aku rasa kita semua tahu apa jadi kalau kedai sama genre dibuka sebelah-sebelah. Mesti jadi persaingan yang tidak sihat. Santau la, guna-guna la, sihir itu la, sihir ini la.

Kalau yang pakai ilmu hitam ni satu hal. Yang tak leh blah nya, kalau tak pakai ilmu hitam pun kena tuduh. Contohnya, Restoran A lokasinya di sebelah Restoran B. Tapi Restoran B ni tak ada langsung pelanggan. Mesti orang di Restoran B akan start sebar cerita yang bukan-bukan. Padahal mana tahu Restiran A ni bagus.

Kes ni pernah terjadi kat aku. Owner sesebuah restoran ni cakap buruk pasal Restoran X. Padahal dia tak sedar yang servis dia teruk. Makanan dia sikit dan tak sedap. Harga pulak mahal. Mana orang nak datang? Dah la selfish, suka fikir pasal duit je macam mana nak maju?
Kedai Melayu Jual Barang Low Quality (Sebab Murah)



Okay here is the thing. Korang mungkin akan kata aku ni racist. Sebab apa aku mungkin racist? Sebab kalau aku nak pergi beli barang-barang kat kedai runcit, aku akan utamakan kedai melayu yang baru dibuka dahulu. Sebagai contoh:

Ada 3 buah kedai runcit yang bersebelah antara satu sama lain.
  1. Kedai A, milik Cina yang dah berjaya.
  2. Kedai B, milik Melayu yang dah berjaya.
  3. Kedai C, milik Melayu yang baru buka kedai.


So diantara 3 kedai diatas, aku akan pergi ke kedai C. Honestly, bukan sebab racist. Tapi sebab aku nak menolong. Tapi masalahnya. Kedai macam kedai C ni banyak gila jual barangan yang harga terlampau murah. Murah bukan sebab dia tak nak markup harga. Tapi sebab dia hanya jual barang yang low or less quality di kedai dia. So macam mana aku nak beli?

Sebagai Contoh, aku nak beli mee segera PAMA. Tapi bila aku pergi, yang dijual adalah jenama-jenama yang aku tak pernah nampak. Begitu juga dengan aiskrim. Bila aku buka je peti ais, apa yang aku nampak hanyalah ais krim yang murah-murah yang kalau kau jilat, kau boleh rasa ais dan perasa serta pewarna je. Ya Allah celakanya rasa dia.

Dan isu ni bukan hanya untuk Kedai C. Kadang-kadang, kedai yang dah maju macam Kedai B pun perangai macam ni. Suka beli barangan murah dari pemborong, pastu jual harga lebih kurang sama dengan barangan yang berkualiti lain.

For your information, I dont care about brands and branding. Pakaian aku, aku beli based on kualiti dan design. Kasut aku, aku utamakan keselesaan dari jenama. Aku tak pandang langsung jenama sebab tak semua jenama directly proportional dengan kualiti. Hanya segelintir sahaja. While, kebanyakan barang hanya mahal disebabkan jenama semata-mata padahal barang tu kualitinya sama dengan kualiti brandless products.

Well, satu lagi yang aku geram dengan kedai Melayu adalah selalu tutup kedai WHAT HE HELL KAU SELALU TUTUP KEDAI??? Aku pernah dengar kawan aku cerita (Aku tak ingat dah siapa cerita). Katanya, ada satu cina ni bagi tahu "Kalau kau nak berniaga, satu je benda yang kau perlu buat iaitu 'buka'." Maksudnya, buka kedai tu walaupun tak ada pelanggan. Always buka. Biar lah tak ada pelanggan pun. Janji buka.

Terlampau Mudah Bersyukur
Aku pernah tulis satu article pasal ni. Iaitu Melayu terlampau mudah bersyukur. Aku ingat lagi time blog aku ada ramai pembaca dan aku iklan Innity aku boleh cecah hampir RM200 sehari, aku segelintir yang mengatakan "Kenapa kau tak puas hati dengan blog kau. Earning kau dah tinggi. Belajar bersyukur". Tak salah kalau nak mencari harta banyak. Asalkan tidak bagi efek pada perkara-perkara lain. Aku ada tulis pasal benda ni kat entri 
INI.

Malu Untuk Berniaga.
Aku amat aktif bermain Twitter. Dan ketika aku dok layan TimeLine Twitter, kalau aku nampak ada orang promote dia punya shopping blog ke, fan page jual tudung ke, aku akan retweet. Tak percaya korang boleh tanya Nuyul. But why? Sebab aku nak dieorang berjaya even aku tidak berjaya. Aku akui aku amat takut untuk buat business. But then aku amat impressed dengan golongan perempuan yang semangat buka perniagaan sendiri tanpa rasa takut dan malu serta segan promote tudung bawal atau periuk nasi magik Amway.

"Kita boleh berjaya kalau kita mahu. Rezeki, tak akan dapat kalau kita tak kejar."
**********

Fun Facts dari video.
74% isi rumah orang Melayu adalah dibawah RM2000.
22% je share saham milik Melayu.
43% student mendapat kerja minimum 3 bulan after grad.
57% bumiputera starting salary RM1500. Trust me, bawah RM1000 pun ramai. Even ada degree.

***********

P.S : Aku tulis ni untuk diri aku sendiri juga.

Dan, Harlem Shake suck.

No comments:

Post a Comment