banner

Friday, July 12, 2013

Sifat solat Nabi mengikut hadith dan sunnah secara ringkas

 (pic) Sifat solat Nabi mengikut hadith dan sunnah secara ringkas

Bismillaah,

Bilakah kali terakhir anda mempelajari cara bersolat dengan betul? Saya pasti kebanyakan kita akan menjawab semasa tadika atau sekolah rendah. Ketika itu, mungkin kita hanya mengikut bulat-bulat apa sahaja yang diajar oleh ustaz ustazah tanpa melihat dalil-dalil secara terperinci. Dan sesudah berapa lama kita meninggalkan zaman itu, maka mungkin solat kita mulai tersasar daripada yang sepatutnya. Oleh sebab itu, sudah tiba masanya kita menyemak semula solat kita dan mulai mempelajari solat berdasarkan dalil-dalil itu sendiri secara terperinci. Marilah kita memastikan solat kita benar-benar menyamai baginda sebagaimana sabdanya:

"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat"(Mutaffaqun 'Alaih)

1.Merapatkan saf

Dari Nu'man bin Basyir, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Rapatkanlah saf-saf kalian, atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian saling berselisih (berpecah belah)." (HR Muslim)





2.Angkat takbir setentang dengan bahu atau telinga

Dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW mengangkat kedua tangan beliau setentang bahu apabila membuka solat. (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Malik bin Al-Huwairits bahawa apabila Rasulullah bertakbir beliau mengangkat kedua tangan hingga setentang telinga beliau. (HR Muslim)


Kedua tangan diangkat dengan merapatkan jari jemari dan dibentangkan (tidak mengepal). Kedua tapak tangannya dihadapkan ke kiblat, dan diangkat setinggi bahu atau sejajar kedua daun telinganya.

Nabi Salallahu 'alaihi wasallam suka mengeraskan bacaan takbiratul ihram hingga didengar oleh orang berada dibelakangnya.

3.Sedekap di dada

Dari Sahal bin Sa'ad As-Sa'idi, ia berkata: "Kaum muslimin diperintahkan untuk meletakkan tangan kanan mereka di atas tulang hasta sebelah kiri mereka dalam solat"

Dari Waails, berkata: "Aku melihat Rasulullah sallallahua'laihiwassalam apabila berdiri dalam solat meletakkan tangan kanan beliau di atas tangan kiri beliau" (Hr Abu Daud dan An-Nasa'i)

Dari Waail bin Hujr, ia berkata: "Aku mengerjakan solat bersama Rasulullah, beliau meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkannya di atas dada" (HR Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya dan ia mensahihkannya)


-meletakkan telapak tangan kanan diatas telapak tangan kiri, atau
-Menggenggam pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan.
-meletakkan kedua tangan (bersedekap) di atas dada.

5. Rukuk dengan sempurna

a. Meratakan tulang belakang ketika rukuk

Dari Wabishah, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat. Apabila rukuk, beliau meratakan punggung beliau hingga kalaulah diletakkan air di atasnya, nescaya tidak akan tertumpah". (HR Ibnu Majah dan At-Tabraani dalam Al-Kabir dan Ash-Saghir)

b. Tangan diletakkan di lutut, jari jemari direnggangkan

Dari Abu Humeid, ia bercerita tentang sifat solat Rasulullah SAW: "Apabila beliau rukuk, beliau meletakkan kedua telapak tangan dengan kukuh pada kedua lutut beliau dengan merenggangkan jari jemari beliau". (HR Abu Daud)





6.Sujud dengan sempurna

a. Posisi sujud dengan tujuh anggota iaitu dahi (termasuk hidung, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki

Dari Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)

b. Hidung di cecahkan ke tempat sujud

Dari Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)



c. Telapak tangan di ratakan ke lantai dengan membentangkan kedua telapak tanganya, tidak menggenggam jari jemarinya dan tidak pula merenggangkannya.

At tirmidzi berkata: 'Cara seperti inilah yang dipilih oleh para ahli ilmu" - Kitab Al-Mumti', Nailul Authar dan lain2 (sila rujuk buku Sifatus Solah bil dalil wa ta'lil oleh Syaikh Muhammad bin Salih bin Sulaiman Al-Khazim)

d. Siku dinaikkan

"Baginda mengangkat kedua lengannya dari tanah dan menjauhkan dari rusuknya sampai warna putih kedua ketiak baginda terlihat orang di belakangnya" (HR Bukhari dan Muslim)



e. Kedudukan kaki semasa sujud hendaklah dirapatkan, diteggakkan dan jari jemari di hadap ke arah kiblat

Syaikh Muhammad Bin Utsaimin berkata: "Adapun kedua telapak kaki keduanya harus dirapatkan, dasarnya adalah hadis 'Aisyah, ia berkata: "Ketika aku kehilangan Rasulullah, tanganku meraih kedua telapak kaki beliau sewaktu beliau sedang sujud" Kemudian Syaikh Muhammad Bin Utsaimin menjelaskan: "Satu tangan tentu tidak boleh meraih kedua telapak kaki kecuali bila keduanya dirapatkan." (Al-Mumti')

Di riwayatkan oleh Abu Humeid radiallahuan tentang sifat solat Nabi,: "Apabila sujud beliau idak membentangkannya dan tidak pula menggenggamnya, dan beliau menghadapkan hujung-hujung jari kaki beliau ke arah kiblat". (HR Bukhari)



7. Duduk antara dua sujud

Dari Abdullah bin Umar, ia berkata: "Termasuk sunnah dalam solat ialah menegakkan kaki kanan dan menghadapkan jari jemarinya ke arah kiblah lalu duduk di atas kaki kiri". (HR An-Nasa'i dan Abu Dawud dan disahihkan oleh Al-Albaani)



b. Meletakkan kedua tangan di atas paha dan hujung-hujung jari tepat di atas lutut.

Hendaklah ia meletakkan tangannya di atas paha dengan hujung-hujung jari tangan pada lututnya. Atau meletakkan tangan kanan di atas lutut kanannya seta tangan kiri di atas lutut kirinya, seolah-olah menggenggamnya. (Lihat Sisat Solat Nabi. Hlm. 40)



8. Duduk tasyahhud

a. Isyarat tasyahud dengan ibu jari dan jari tengah membentuk bulatan. Jari telunjuk di naikkan dan dibengkokkan sedikit

"Nabi SAW meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya dengan mengembang, tetapi baginda menggenggam semua jari tangan kanannya dengan mengacukan telunjuknya ke kiblat dan mengarahkan pandangan matanya ke telunjuknya" (HR Muslim)


-jari telunjuk diangkat dari permulaan tasyahhud hingga akhirnya(kebanyakan orang di Malaysia mengangkat ketika mengucap syahadah. Ini tiada dalil)
- mata tidak memandang tempat sujud, sebaliknya memandang jari telunjuk

moga bermanfaat..jazaakumullah khair

No comments:

Post a Comment