Quote:
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56 kepada semua rakyat Malaysia.
DEMONSTRASI 1. Kita telah lihat Kerajaan Mesir yang dipilih melalui pilihanraya dijatuhkan oleh demonstrasi secara besar-besaran penentang Kerajaan Ikhwanul Muslimin pimpinan Morsi. |
Demo tu cuma untuk cover je. Yang gi demo pun geng NDP.
Quote:
2. Kebebasan berdemonstrasi adalah hak rakyat dalam negara demokratik. Apakah hak ini lebih utama dari hak mengundi dalam pilihanraya! |
Tak wujud "lebih utama". Tak ada siapa mintak nak hapus salah satu.
Mengundi adalah mengundi.
Demonstrasi adalah demonstrasi.
Demokrasi bukan 5 tahun sekali, demokrasi adalah berterusan.
Orang mengundi untuk cegah/buang corruption.
Orang berdemo juga untuk cegah/buang corruption.
Begitu juga dengan kebebasan media.
Quote:
3. Sebenarnya walaupun berjuta yang berdemonstrasi, jumlah mereka kurang dari jumlah pengundi yang memilih Kerajaan. Mereka, yang terdiri dari aktivis, adalah minoriti berbanding jumlah pengundi yang mengundi. 4. Jika minoriti ini diberi hak untuk menjatuhkan Kerajaan pilihan majoriti apakah hak ini secucuk dengan demokrasi? |
Tapi demo bukan nak tukar kerajaan.
Cuma dalam kepala otak Mahathir je demo tu untuk guling kerajaan.
Itu dah revolusi, bukan demonstrasi.
Kat Perancis zaman Marie Antoinette dulu, orang tak panggil demonstrasi, orang panggil revolusi.
Sampai ke hujung nafas Mahathir tetap nak memb0d0kan orang.
Demonstrasi adalah untuk mendesak agar beberapa isu rakyat yang selama ini menurut pandangan rakyat tidak diendahkan atau sengaja diabaikan.
Dan memang wajar-wajar kalau tak membentuk jumlah melebihi majoriti pengundi sebab banyak isu doesn't concern everyone.
Contoh kalau isu hak buruh, orang yang kerja buruh kolar biru je la yang keluar... orang berniaga, orang kerja gomen, pekerja kolar putih buat apa nak keluar.
Walaupun tak membentuk majoriti, tanggungjawab kerajaan adalah pada semua.
Majoriti adalah pada pembentukan keputusan.
Once decision is made on who's to lead the country, that's the end of "majority".
Kebajikan setiap seorang rakyat adalah tanggungjawab kerajaan.
Apakah dalam sebuah syarikat korporat, pemegang saham minoriti yang menentang keputusan popular tidak akan dapat dividen di hujung tahun hasil dari keputusan yang ditentangnya?
Quote:
5. Di Malaysia ada ahli politik yang ingin jatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan demonstrasi. Tetapi mereka gagal mencetuskan huru-hara secara besar-besaran sepanjang masa seperti di Mesir. |
Ia diadakan supaya PILIHANRAYA LEBIH BERINTEGRITI.
Apa bendanya yang orang nak jatuhkan kerajaan melalui demonstrasi?
Quote:
6. Sebenarnya demokrasi mempunyai banyak kecacatan. India berbangga dengan menjadi demokrasi yang terbesar di dunia. Tetapi India tidak pun berjaya mengurangkan kebuluran dikalangan hampir separuh dari rakyatnya. Sekarang ekonomi India merosot teruk. |
Kalau nak pergi India, pergi kedutaan India nak settle visa apa jadah semua pun diorang tak malu mintak duit kopi.
Kat sana kalau nak duduk lama, nak sewa rumah kena beritahu kat balai polis... macam law Indon zaman dulu... itu pun kena duit kopi.
Quote:
7. Sebaliknya Cina yang tidak demokratik hari ini sudah menjadi kuasa ekonomi yang kedua terbesar di dunia. Berjuta dari rakyat mereka dapat melancung keluar negeri. Kemajuan sains dan teknologi Cina sudah sampai ketahap menghantar angkasawan ke stesen angkasa lepas. Dan berbagai lagi kejayaan Cina yang mengkagumi dunia. Sistem Kerajaan Cina tidak demokratik. Tetapi rakyat dan negara Cina lebih berjaya dari segi kemajuan dan keselesaan hidup. |
China maju sebab
1. infra dan paradigma industri di zaman komunis sudah tersedia sebagai satu framework. problem diorang dulu adalah sumber dan pasaran. Sejak dari zaman ekonomi tertutup lagi diorang dah guna paradigma barang murah, kualiti out, tapi produce in quantity.
2. lepas liberasi dasar ekonomi diorang ada sumber buruh murah.
Benda ni tak ada kena mengena dengan dictatorship/demokrasi.
Cuba kalau kos production di China sama mahal macam kos di Indonesia. Berbondong pelabur order di Indonesia... provided Indonesia ada network dan infra industri yang cukup macam China.
Sekali lagi Mahathir nak mengakalkan orang.
Quote:
8. Namum demokrasi masih lebih baik dari sistem pentadbiran kukubesi. Sebab utama ialah demokrasi memboleh penukaran pemerintah tanpa perang sivil atau demonstrasi ganas. Tetapi bagi mereka yang tidak faham kebebasan dalam demokrasi, ia tidak mendatangkan hasil yang baik. Ramai dari negara-negara yang baru mengamal demokrasi merosot prestasi mereka. Lihatlah apa yang sedang berlaku di Mesir. |
Indonesia semakin baik selepas era Suharto.
Afrika Selatan lebih baik pasca Apartheid.
Bila dia tak ada ruang nak bercakap di zaman Pak Lah, tahu pulak dia bengang.
Quote:
9. Demokrasi memerlukan fahaman akan kelemahan-kelemahan sistem itu. Segala kebebasan dalam demokrasi mempunyai hadnya. Jika pengamal melebihi had maka demokrasi akan gagal membuahkan hasil yang dijanji darinya. 10. Satu daripada perkara yang boleh menentukan demokrasi berhasil ialah kesanggupan menerima keputusan pilihanraya. Dalam pilihanraya tentu ada yang kalah dan yang menang. Seperti yang menang akan terima keputusan, yang kalah juga perlu terima kekalahan. |
Oleh kerana "kena terima kalau kalah", maka bertanding dengan cara kotor supaya tak kalah.
Tak percaya tanya Ku Li, Musa Hitam, Anwar.
Quote:
11. Jika yang kalah tidak sanggup menerima kekalahan dan sebaliknya mencuba gagalkan penubuhan Kerajaan oleh yang menang, maka demokrasi tidak akan berjaya. Harus diingat bahawa jika yang menang pula kalah halangan terhadap penubuhan Kerajaan oleh lawannya akan diusahakan olehnya. Dengan itu demokrasi akan gagal. 12. Mungkin dakwaan oleh yang kalah akan penipuan oleh yang menang mempunyai asas. Perkara ini hanya boleh diputus oleh mahkamah. Perbuatan untuk menggagalkan keputusan pilihanraya dengan cara ganas akan menidakkan demokrasi. Dr. Mahathir bin Mohamad |
Mahkamah pun kemudian tolak petisyen tapi dalam masa yang sama tetap collect duit.
No comments:
Post a Comment