Perasan tak korang yang orang cina selalu hantar anak-anak diorang yang umur lebih kurang 4, 5 tahun pergi kelas piano?
Kalau tak kelas piano kelas ballads? Perasan tak?
Agak-agak korang kan, kenapa diorang hantar anak diorang yang masih kecik ke kelas-kelas piano dan ballads?
Jawapannya kerana diorang nak anak mereka jadi hebat!
Ya, orang yang hebat ialah orang yang otak kiri dan kanan nya aktif. Bukan setakat aktif sebelah sahaja otaknya.
Kalau dua-dua tak aktif? Tu makna nya tinggal bape kali jumaat je. Haha!
Ok. Jom kita teruskan lagi.
Otak kiri dan kanan mempunyai fungsi masing-masing.
Bagi yang belajar sains tahu lah apa fungsi otak belah kanan dan apa fungsi otak belah kiri.
Aku malas nak terangkan.
Kalau korang tak tahu, sila lah rujuk gambar di bawah ini ye.
Untuk mengaktifkan otak belah kanan, kita kena banyak gerakkan bahagian belah kiri kita.
Contoh gerakkan kaki dan tangan kiri manakala untuk mengaktifkan otak belah kiri, kita kena banyak gerakkan bahagian belah kanan kita.
Untuk aktifkan kedua-dua belah otak kiri dan kanan macam mana?
Meh sini aku ajarkan teknik terhebat secara percuma.
Cuma nak atau tak nak je.
Tak perlu ke kelas piano atau ballads dan tak perlu juga sebarang equipment.
So sudah sedia? Ok Jom!
Cara yang aku nak ajar ni namanya ialah "fingers dance"!
Macam mana nak main "fingers dance" ni? Mudah saja main benda alah ni.
Ok. Korang buat berpandukan gambar kat bawah ni ok.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x640. |
Step yang pertama, untuk tangan kiri korang sentuhkan ibu jari dengan jari telunjuk manakala untuk tangan kanan korang sentuhkan ibu jari dengan jari kelingking.
Kedua-dua tangan dan jari mesti bergerak serentak!
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x640. |
Step yang kedua pula, korang sentuhkan ibu jari dengan jari tengah untuk tangan kiri dan untuk tangan kanan sentuhkan ibu jari dengan jari manis.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x640. |
Step yang ketiga pula, korang sentuhkan ibu jari ke jari manis untuk tangan kiri manakala ibu jari untuk tangan kanan sentuhkan ke jari tengah.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x640. |
Step yang keempat pula, korang sentuhkan ibu jari ke jari kelingking untuk tangan kiri manakala untuk tangan kanan korang sentuhkan ibu jari ke jari telunjuk.
Step yag kelima pula, korang buat secara mengundur plak.
Kalau tadi dari 1,2,3,4 tapi kali ni korang buat dari 4,3,2,1 plak. Mula-mula buat slow-slow dulu, bila dah boleh expert buat laju-laju plak.
Dengan cara ni, insyaAllah korang boleh aktifkan kedua-dua belah otak kiri dan kanan korang.
Tak percaya buat lah.
Teknik ni bukan aku yang reka, tapi ada sorang pakar motivasi ni yang ajar kat aku, so aku turunkan ilmu ni kat korang plak.
Sharing is caring kan? Ahaks!
Nampak macam permainan bo.doh kan?
Nampak je bo.doh tapi ada kelebihan bila main permainan ni iaitu kita dapat mengaktifkan kedua-dua belah otak kita.
Ingat! Orang yang hebat ialah orang yang kedua-dua belah otaknya aktif.
Bukan aktif sebelah sahaja!
p/s: mau tergeliat jari ko men benda alah ni. tak percaya cuba lah!
No comments:
Post a Comment