banner

Monday, December 31, 2012

Mayat-mayat orang islam yang dikorek di JOHOR, dilayan macam sampah bahan binaan


Mayat-mayat orang islam yang dikorek di JOHOR, dilayan macam sampah bahan binaan!!


SUNGGUH SEDIH DAN MENYAYAT HATI....
MAYAT-MAYAT ORANG ISLAM YANG DIKOREK DIPENGERANG, JOHOR DILAYAN MACAM SAMPAH BAHAN BINAAN!!!!







Lihatlah mayat-mayat orang Islam yang dikorek di Pengerang, Johor. Cukup sedih pilu dan menyayat hati.

Dibungkus dan dilonggok begitu sahaja di bawah pokok. Dihempap dengan cangkul atas kenderaan.

Mana etika dan syariat yang dijamin oleh Kerajaan Negeri Johor, negeri kelahiran UMNO seperti terkandung dlm Majalah Holistik edisi Pengerang?

Ini bukan soal politik, Mana pergi terbang melayangnya sensitiviti masyarakat Islam kita terutama di Johor.

DIMANA?.



Kisah Sebenar KUBUR ISLAM PENGERANG DIGALI Tanpa Pengetahuan WARIS


Pada 22hb Disember, Gabungan NGO Pengerang (GNP) telah menerima aduan daripada seorang pemilik tanah di Kampung Sebong bahawa tanahnya telah diceroboh oleh dua syarikat, iaitu ICEDECOR BINA SDN. BHD. dan PIJ HOLDING SDN. BHD. Beliau telah membuat laporan polis pada hari yang sama. Beliau beritahu kami bahawa rasa tidak puas hati kerana dia tidak pernah menerima notis pengambilalihan tanah atau Borang E dari mana-mana pihak sebelum ini.

Selepas itu, tuan tanah tersebut membawa laporan polis ke tanah miliknya untuk menghentikan kerja-kerja penggalian kubur. Kakitangan kontraktor juga tergesa-gesa untuk mengemaskan alat-alat kerja selepas menggali 5 kubur. Sebuah kubur yang sedang digali juga dikebumikan sebelum mereka meninggal tapak perkuburan tersebut. Kami juga mendapati beberapa batu nisan yang kontraktor tidak sempat ambil telah ditinggalkan di tempat tersebut.







Penggalian kubur di Kampung Sebong telah dihentikan kerana penduduk kampung melaporkan polis.




Antara batu nisan yang dicabut ditinggalkan di bawah pokok.


Pada 23hb Disember, seorang ahli Gabungan NGO, En. Yusoff, telah memasuki kawasan penggalian kubur di Kampung Jawa Darat untuk mendapat maklumat yang selanjut. Wakil dari JPDC (JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION) menjamin bahawa semua kubur yang digali tidak mempunyai waris. Baliau juga berkata, sekiranya kubur berwaris digali, kontraktor akan memikul tanggungjawab sepenuhnya. Pada masa yang sama, seorang jurugambar telah dihalau dari kawasan penggalian kubur tersebut. Pada waktu petang, bendahari GNP, Chua Peng Sian, telah menerima satu panggilan dari seorang Inspektor di IPD Kota Tinggi. Pegawai tersebut meminta beliau supaya jangan campur tangan dalam isu penempatan semula perkuburan Islam.

Pada 24hb Disember, kami menerima maklumat dari penduduk bahawa sesetengah kubur berwaris di Kampung Jawa Darat telah digali, dan waris-waris kubur tersebut tidak mengetahuinya. Waris-waris itu merancang untuk membuat laporant polis, tetapi telah ditangguhkan setelah beberapa ahli politik yang menghubungi mereka.

Pada pukul 11 pagi, sebuah kereta ronda polis keluar dari tapak perkuburan tersebut, seorang inspektor mengingatkan ahli-ahli GNP yang baru sampai situ bahawa orang Cina tidak boleh menghampiri kawasan penggalian kubur dan tidak dibenarkan mengambil gambar, inspektor tersebut juga memesan ahli GNP jangan menghubungi wartawan akbar Cina untuk temubual.

Selepas setengah jam, ahli GNP melihat dua orang pegawai Kesihatan baru tiba di kawasan kerja, dan di ikuti seorang imam memasuki kawasan kerja dengan menaiki kereta kontraktor, kami tidak lihat kehadiran pegawai dari Jabatan Agama pada masa itu. Pada waktu petang, kami dimaklumkan bahawa seorang waris yang tidak berpuas hati dengan kubur nenek moyangnya digali telah bertengkar dengan pegawai kontraktor di Kampung Punggai.





Quote:
Di pindah di kawasan kubur yang ditetapkan, ditanam dengan ke dalaman 15 inci sahaja!
Walhal, sepatutnya kedalaman mengikut Pihak Berkuasa Agama 3 kaki. Sangat terdedah dengan binatang seperti anjing dll.

Bila hujan, kawasan bergenang dengan air dan becak di sana sini. Kontraktor yang beroleh projek tidak amanah dan langsung tidak menghormati mayat2 yang dikorek. Ia bertentangan samasekali dengan cerita indah oleh Pihak Berkuasa Agama yg berjanji akan turut serta dalam proses penggalian dan perpindahan mayat2 berkenaan.
Menurut lesen bagi penggalian semula kubur yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri Johor, lesen yang dipegang oleh kontraktor cuma dibenarkan untuk menggali 198 buah kubur Islam lama yang tidak berwaris di Lot 5156 Kampung Telok Empang. Namun, kontraktor telah menggali kubur Islam di Kampung Jawa Laut, Kampung Jawa Darat dan Kampung Sebong dalam beberapa hari ini, mereka juga telah menggali kubur yang berwaris.

Kami mengutuk keras kepada anggota polis yang cuba campur tangan dalam kebebasan media untuk melaporkan berita dan kami akan memberi bantuan kepada waris-waris kubur yang telah digali oleh kontraktor.

Kami juga ingin meminta Pejabat Setiausaha Negeri Johor untuk mengesahkan bahawa adakah kontraktor telah melangar peraturan lesen menggali semula kubur yang dikeluarkan dan telah menggali kubur Islam yang tidak dibenarkan. Kalau tidak, kami akan membantu penduduk-penduduk untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pejabat Setiausaha Negeri Johor dan kontraktor-kontraktor yang terlibat.

Kapten Haji Hasnul Bin Ahmad
Naib Pengerusi
Gabungan NGO Pengerang
26hb September 2012



Quote:
Kalau la benda macam ni terjadi di Kedah, Kelantan atau Selangor, tentu punya akan riuh satu Malaysia Umno punya spin.

Tentu punya tiap-tiap malam akan keluar dalam TV bermacam bentuk punya spin 'mengharamkan' tindakan ni.

Tentu berpuluh malah mungkin beratus report polis dibuat untuk tambah mensensasikan lagi berita ni.

Tentu punya segala NGO penchachai Umno BN yang berselindung di balik nama melayu dan Islam akan keriuu sakan.

Tapi, memandangkan episod ni terjadi di Johor, negeri kelahiran Umno dan ditambah pulak ada ramalan yang kata Umno BN akan menghadapi saat getir pada PRU13 nanti di Johor, berita sensasi macam ni nampak macam takdak nilai pada TV3, Bharian, Utusan dan yang sewaktu dengannya.

Tambah-tambah lagi la kalau benda macam ni berlaku di Pulau Pinang, tak mustahil boleh berlaku mini 13 Mei di Pulau Pinang angkara mainan aksi macam 'si totok Umno'.

Sunday, December 30, 2012

Perang Singapura Lawan Malaysia


Warga AS: Singapore versus malaysia

1. Hai…dan Assalammualaikum, saya mempunyai komen yang menarik dari seorang warganegara*Amerika Syarikat (AS)*yang melontarkan komen beliau kepada saya.

2. Saya paparkan di sini kerana ini merupakan kali pertama saya mendapat komen dari seorang warganegara AS yang juga pemilik blog bersifat keagamaan di sini*http://thegrandverbalizer19.blogspot.com.
3. Komen yang didasarkan daripada analisis beliau saya kira mungkin kurang tepat kerana terlalu memandang tinggi kepada keupayaan pasukan komando AS tetapi saya yakin boleh dikupas secara lebih terperinci oleh pembaca saya yang sangat-sangat dimulia dan dihormati oleh saya.

4. Oleh kerana ia ditulis oleh orang luar yang tidak mempunyai kepentingan di sini, saya kira elok saya kongsi bersama anda semua.TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

5. Saya datang dari*Amerika Syarikat. Saya akan beritahu perkara ini sama ada kamu suka atau tidak.

6.*Pasukan khas Singapura*dilatih oleh Israel.*Pasukan elit Malaysia*dilatih oleh*US Navy Seal.

7. Jika askar*Marin AS, komando*Navy Seals*dan*Green Beret*berhadapan dengan pasukan tentera*Israel (IDF),*IDF*akan tewas.

8. Ini disebabkan komando*Israel*tidak pernah berhadapan dengan ancaman nyata, kecuali dari kalangan mereka yang radikal termasuk sel-sel militan.

9. Ini lah*senarionya.

10.Beberapa jam pertama, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) akan menghadapi kekalahan yang teruk kepada pesawat pejuang dan tentera laut Republik Singapura.10 tahun lepas, laluan ini merupakan laluan taxing pesawat pejuang masuk ke dalam hardened bunker berbentuk igloo (macam kat Gong Kedak) di lapangan terbang lama milik tentera di Changi. Sekarang ia sudah dipasang dengan Camo Net. Bentuk camo yang sama juga boleh dilihat di pengkalan udara Singapura yang lain.Di landasan baru (kawasan tambakan tanah) di Changi, pesawat diletakkan dalam Storm Shelter. Pengkalan baru ini menempatkan skuadron F-16D Singapura.

11.Moral Malaysia hancur dan tentera Singapura bergerak untuk melancarkan ofensif.

12.Singapura kemudian mengumpulkan kereta kebalnya di Johor tetapi akhirnya berjaya “dineutralkan” oleh tentera darat Malaysia.

13.Dalam itu, pasukan komando Malaysia dihantar masuk secara senyap ke Singapura untuk membuat kacau.

14.Mungkin ada berlaku korban dikalangan*komando Malaysia*ini akibat bertempur dengan*pasukan elit Singapura*tetapi ada sebilangan yang berjaya masuk sehingga ke dalam dan meneruskan misi.

15.Malaysia melalui serangan balas yang agak besar kemudian secara berperingkat berjaya merosak atau memusnahkan pengkalan tentera udara Singapura dan beberapa aset statik yang lain.Pulau Bukom di selatan Singapura

16.Dalam pertempuran yang penuh dengan sifat kebencian dan dendam, tempat simpanan minyak Shell di*Pulau Bukom*dan beberapa kawasan sensitif menjadi sasaran serangan dan sabotaj tentera Malaysia.

17.Singapura kemudian meneruskan serangan ke atas aset-aset ekonomi di Malaysia.

18.Ketika tentera Malaysia diambang kejayaan, Singapura yang mula panik kemudian mengarahkan “curfew” (errr dalam bahasa Melayu apa ya?).landasan pesawat di Pulau Sudong, lengkap dengan menara kawalan trafik udara (agak jauh dari sasaran artilleri tentera Malaysia).Live Firing Area untuk pesawat SingapuraLive Firing Area milik Singapura di Pulau Satumu

19.Industri pelancongan dan perdagangan serta perniagaan Singapura mula terjejas.

20.Pasaran saham jatuh teruk.

21.Pemimpin Singapura dari kalangan pihak tentera akan tinggal dalam pulau untuk meneruskan perang gerila.

22.Manakala pemimpin politik negara itu akan melarikan diri ke Australia, New Zealand dan membiarkan rakyatnya yang tidak memiliki kemampuan ekonomi mempertahankan diri mereka sendiri.

23.Singapura kemudian mengerakkan tentera paksaan dan remaja seawal usia 20an dipanggil untuk meneruskan perjuangan.

24.Bagaimanapun, ini bukan pilihan terakhir republik itu kerana sejumlah besar kekayaan Singapura sebenarnya sudah pun disalur untuk menyewa askar-askar upahan seperti tentera*Gurkha, Nepal dan ditempat lain untuk mempertahankan kawasan-kawasan sensitif

25.Saki baki tentera laut Singapura dan tentera udaranya masih meneruskan serangan.

26.Askar Singapura kemudian mengali kubu dan bersedia secara defensif untuk mempertahankan pulau itu apabila kesemua divisyen Singapura di*Johor*tewas oleh tentera Malaysia.

27.Melalui saluran*diplomatik, Singapura memohon bantuan dari negara luar.

28.Amerika Syarikat (AS) dan beberapa buah negara lain yang sejak dari awal menganalisis corak peperangan itu mula melihat tanda-tanda Malaysia akan menang.

29.Malaysia kemudian memperbaharui beberapa perjanjian dengan AS termasuk bersetuju untuk membeli peralatan ketenteraan yang baru dari negara-negara yang berkepentingan ini.

30.Singapura akhirnya tewas dalam permainan politiknya untuk mendapatkan sokongan dari negara sekutunya selama ini.

31.Tentera darat Malaysia kemudian menyeberangi*Tambak Johor*untuk masuk ke Singapura

32.Pertempuran di Singapura dimulakan dengan hebat, korban sangat besar di kalangan askar sukarela dan paksa republik tersebut.

33.Askar Malaysia kemudian mula mara masuk ke dalam Singapura melalui peperangan dari blok ke blok*HDB*(Fibua).

34.Pengkalan bawah tanah Singapura ditawan.

35.Pusat pemerintahan tinggi Singapura ditawan.

36.Arahan dikeluarkan oleh sisa-sisa pusat pemerintahan tinggi Singapura kepada pesawat pejuang dan tentera laut republiknya untuk menghentikan pertempuran.

37.Malaysia akhirnya menakluk Singapura.

38.Tentera Malaysia mengalami kehilangan besar dari kalangan aset tentera udara dan lautnya.

39. Tamat senario, suka atau tidak, itulah senario yang akan berlaku.

Adam Bridge : Jambatan Raksasa Purba Yang Terbentuk Lebih 1 Juta Tahun Lalu


Adam Bridge : Jambatan Raksasa Purba Yang Terbentuk Lebih 1 Juta Tahun Lalu.


Adam Bridge : Jambatan Raksasa Purba Yang Terbentuk Lebih 1 Juta Tahun Lalu.




Adam Bridge,atau dikenali juga dengan nama Rama Bridge merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia. Jambatan purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dipercayai telah berumur lebih daripada 1 juta tahun!

Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).

Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini, menurut tafsiran para pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.

Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan suatu statment yang menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1000000 hingga 2000000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehinnga kini persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.

S.U.Deraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang juga merupakan pengarang buku “Early Man and the Rise of Civilization in Sri Lanka: the Archaeological Evidence mengatakan bahawa peradaban manusia telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2000.000 tahun lalu. Walaupun menurut para sejarawan peradaban paling awal di benua India adalah peradaban bangsa Ca, hal itu bukan merupakan suatu jaminan bahawa terdapat peradaban yang jauh lebih tua lagi dari mereka sebelumnya.

Para sarjana menaksirkan bahawa kemungkinan jambatan purba ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun silam.

Di dalam Epik Ramayana,jambatan itu dibangunkan oleh para pasukan manusia kera dibawah pengawasan Rama. Maksud dari pembangunannya sendiri ialah sebagai tempat penyeberangan menuju Negeri Alengka dalam misi untuk menyelamatkan Dewi Shinta, dimana pada saat itu Dewi Sinta diculik oleh Raja Kerajaan Alengka, iaitu Rahwana.

Epik Ramayana, menurut Kalender Hindu seharusnya berada pada masa Tredha Yuga (menurut cakram masa evolusi hindu/ cakram Hinduism tentang Epos tersebut terbahagi kepada masa Sathya (1728000 tahun), Tredha (1296000 tahun), Dwapara (864000 tahun) dan Kali (432000 tahun).

Tahap sekarang menurut kalender mereka ialah Kali. Bermaksud menurut Epik tersebut, usia dari Rama Bridge sekitar 1.7 juta tahun lalu.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1024x768.




This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x688.






This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 2818x1601.


Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui?


Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang Kini Sudah ditemui???

Salam.

Oleh sebab cite sejarah Melayu ni panjang lebar, saya nak share sikit info pasal Kerajaan Melayu Lama. Berikutan thread berkenaan catatan serikandi tadi, takut clash info so better bukak thread baru bincang pasal ni. 

SUMBER





Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang

Oleh Helmi Effendy

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti mana yang dijanjikan, saya akan menulis mengenai Kerajaan Aroi Matahari yang lokasinya terletak di Kepulaan Pasifik. Pada asalnya, artikel ini hanya berkisar mengenai Kerajaan Aroi tetapi kajian yang saya lakukan membawa saya kepada beberapa benang halus yang berkait rapat antara Kerajaan Aroi Matahari dan Lemuria serta Atlantis. Jadi, saya merasakan tajuk Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang merupakan tajuk yang paling baik.

Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar dahulu mengenai Lemuria dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Aroi ialah leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus belajar mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis.

Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus anda mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu definisi perkataan Austronesian dan Polynesian. Bila anda sudah memahami perkataan ini, anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menelan artikel saya ini. Jangan risau, sebenarnya ada artikel saya yang lepas berkisar mengenai definisi bangsa Melayu.


Lemuria dan Atlantis
Lemuria merupakan sebuah peradaban kuno yang masih didebatkan kewujudannya oleh para sejarawan. Manakala Atlantis berdiri selepas kewujudan Lemuria tetapi pernah berada pada period yang sama. Bukan kerana kewujudannya palsu tetapi kekurangan bukti untuk menjadikan Lemuria benar-benar wujud. Persoalan itu kita tolak ketepi, kerana kita ada benda yang lebih penting untuk dipelajari.

Lemuria ialah sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri pada 75 000 tahun sebelum masihi hinggalah ke era 11 000 S.M. Tamadun ini dikatakan ranap atas beberapa sebab, diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan menjadi mangsa banjir Besar. Tentang isu ini, ramai pengkaji berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat Nabi Nuh yang ingkar pada ajaran rasul ALLAH itu untuk menyembah ALLAH meninggalkan tinggalan berhala dan matahari mereka.

Kembali kepada topik, Lemuria pada zaman puncaknya, mempunyai 60 Juta orang dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Di sini saya mahu membetulkan kenyataan bahawa Lemuria dan Atlantis itu bukanlah milik orang Melayu. TETAPI...

Tahukah anda bahawa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah menjadi sebahagian daripada Lemuria dan Atlantis? Menurut Powell dalam bukunya The Solar System, pada bab 35 menceritakan bahawa akar bangsa keempat Lemuria merupakan malayan brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar sebagai Atlanteans. 

Dan fakta yang mengejutkan ialah lokasi Lemuria dikatakan terletak di Asia Tenggara. (Peta di bawah)

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x590.


Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, pentas Sunda, Kepulauan Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ini ialah wilayah yang memang diektahui sebagai Kepulauan Melayu pada hari ini. Hal ini telah membawa saya untuk mengkaji kembali kenyataan Augustus Le Plongeon (1825–1908), SEORANG PENYELIDIK yang menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria dan Atlantis bahawa pengasas kerajaan Mesir Purba ialah Permaisuri Moo, gelandangan daripada Lemuria.

Sekaligus saya teringat akan artikel mengenai Punt, bahawa lokasi tempat misteri yang dikatakan tanah para nenek moyang bansga Mesir dan Qibti, juag dikenali sebagai tanah para dewa yang dikunjungi oleh Ratu Hatsheptsut terletak di Nusantara. Sekarang, sudah jelas kenapa Nusantara ini di kunjungi oleh Firaun Hatshepsut kerana pernah suatu masa dahulu, di tanah ini berdirinya Lemuria.

Banyak juga pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi Lemuria. W. Eliotscot dalam bukunya The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria, juga tidak ketinggalan seorang professor daripada Brazil dalam bukunya The Lost Continent Of Atlantis Found (gambar di bawah)



Nampak bukan? Bukan seorang dua pengkaji yang telah menemui rahsia bumi kita ini. Cuma Melayu tidur... terlalu lama tidur... selepas sampai bangsa sendiri dipandang hina. Hari ini, bukti arkeologi menunjukkan bahawa keluasan Lemuria mencecah sehingga Pulau Ester yang merupakan wilayah terhujung dalam benua Melayu yang digariskan oleh pakar antropologi pada hari ini. 

Teknologi Canggih Lemuria Dan Atlantis

Nenek moyang orang Melayu pada hari ini dikatakan antara bangsa termaju yang pernah dilihat oleh dunia. Lemuria dan Atlantis mempunyai tanah subur sepanjang masa. Matahari asyik bersinar 24 jam (sesuai dengan iklim khatulistiwa). Mereka mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam dan teknologi bangsa ini sangat-sangat canggih. Ada pendapat mengatakan lebih canggih daripada hari ini. Namun semuanya musnah angkara melawan ajaran Nabi Nuh. Maka, ALLAH turunkan banjir besar dan hanya yang mengikut Nabi Nuh sahaja selamat daripada tragedi itu.

Saya percaya Nabi Nuh bercakap dengan bangsa yang sangat maju. Nabi Nuh tidak berdakwah dan menyeru manusia primitif yang konon sedang berevolusi tetapi sedang bercakap dengan bangsa yang mampu membina kapal terbang dan senjata nuklear. Baca catatan Plato mengenai tragedi yang menimpa bangsa Atlantis (Lemuria tidak disebut kerana Lemuria telah kalah dalam peperangan derngan Atlantis).

Plato dalam bukunya:

"Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa lebat menyapu bumi dan pada saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu muncul air bah yang menggenang seluruh wilayah (Atlantis)"

Kemudian bandingkan dengan ayat Al-Quran:

"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan" (Surah Hud, ayat 37)

Dan...

"Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja." (Surah Hud, ayat 40)

Lihat petunjuk ALLAH dalam Al-Quran, bagaimana Nabi Nuh mampu membina sebuah bahtera dengan jumlah pengikut yang kecil, itu pun tidak ditolak jumlah kanak-kanak dan wanita serta orang tua dalam masa yang sangat singkat kecuali Nabi Nuh merupakan seorang jurutera dan arkitek yang hebat dengan teknologi yang amat canggih. Isi kapal yang bakal dihuni itu terdiri daripada manusia beriman dan haiwan yang hidup di atas muka bumi ini.

Dalam lipatan sejarah, hanya satu tamadun sahaja yang musnah kerana banjir air bah, iaitu Tamadun Atlantis. Anda nampak perkaitannya di sini?

Untuk membuktikan dakwaan saya bahawa tamadun Lemuria dan Atlantis ini maju, mari kita lihat bukti-bukti dalam lipatan sejarah. Teknologi yang paling terkenal melibatkan kedua-dua peradaban ini ialah kristal. Kuil-kuil Lemuria dan Atlantis menempatkan sebuah generator raksasa yang dikelilingi kristal-kristal, sebagai sumber tenaga dan juga digunakan untuk perubatan.

Terdapat perbezaan antara Lemuria dan Atlantis. Bangsa Lemuria tidak sangat mempunyai teknologi yang canggih, dan teknologi mereka sangat mesra alam berbanding teknologi Atlantis sangat canggih dan bangsa ini sangat suka berperang. Bangsa Lemuria yang boleh dikategorikan sebagai bangsa spiritual diserang oleh Atlantis dan akibatnya, Lemuria jatuh. Kejahatan demi kejahatan dilakukan oleh bangsa Atlantis, mereka juga semakin menyeleweng ajaran nabi yang asal sehingga satu masa, ALLAH mengutuskan seorang nabi untuk mereka, namun sayang... seperti umat yang akan datang selepas mereka, mereka menolak mentah-mentah. Akibatnya... terjadilah banjir besar yang disebut dalam setiap tamadun.

Pada hari ini, antara rekod arkelogi yang membuktikasn kewujudan Lemuria dan Atlantis ialah catatan Tamadun China, tulisan sejarawan Yunani seperti Plato, Dodrus, Timagenus, Aelenus, Theopampus, dan banyak lagi. Boleh dikatakan setiap tamadun silam menceritakan mengenai Lemuria dan Atlantis, seiring dengan kisah banjir besar yang melanda dunia.

Ekpedisi-ekpedisi yang dijalankan ke dasar lautan Atlantis (empayar mereka sangat luas) pada hari ini, menemui binaan piramid. Juga penemuan keris Melayu di dasar laut Jepun dengan piramid-piramid aneh. Penemuan paling mengangumkan ialah kru Kapten Reyes menemui makam, kuil dan jalan raya di Talia, Sepanyol.

Kerajaan Aroi Matahari

Apabila banjir besar mula surut, maka terdapat beberapa orang bangsa Lemuria yang terdiri daripada pelbagai bangsa pada hari ini menubuhkan sebuah kerajaan yang bernama Aroi Matahari, lokasinya di Kepulauan Pasifik (salah satu wilayah rumpun Melayu yang digariskan oleh sejarawan). Kerajaan ini ditubuhkan oleh Tangoba. Ya, pengasas Kerajaan Aroi ialah bangsa Melayu. Tetapi, seperti biasa, kerajaan ini dihuni oleh bangsa-bangsa yang pernah mendiami Lemuria dahulu.

Dinasti yang ditubuhkan oleh Tangoba bernama Dinasti Araiki. Sepanjang pemerintahan Dinasti Araiki, terdapat lebih kurang 16 raja memerintah sehinggalah Dinasti Baralku mengambil alih. Kemudian, pelbagai bangsa kebanyakan sudah pupus di dunia mengambil alih tampuk pemerintahan melalui peperangan dan perkahwinan. Kerajaan ini juga menjalankan hubungan dengan tamadun-tamadun yang wujud selepas banjir besar seperti Tamadun Rama yang terkenal dengan kisah perang nuklear mereka, tamadun awal China, tamadun purba penduduk ASLI AMERIKA.

Namun, rekod penyelidik mengatakan bahawa Dinasti Nan Madol mengambil alih kerajaan Aroi. Dinasti ini ialah antara dinasti Kerajaan Aroi yang didirikan oleh orang Melayu. Dinasti ini sempat meninggalkan kepada kita sebuah bandar yang masih boleh dijumpai pada hari ini. (Gambar di bawah)







Tinggalan bandar Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei. Dijumpai pada tahun 1800 oleh penjarah eropah. Nan Madol bukan sahaja peningalan nenek moyang bangsa Melayu ini. Sebagai contoh, piramid ialah binaan biasa orang Melayu sejak zaman Lemuria lagi. Jadi, tidak hairanlah dakwaan bahawa terdapat ratusan piramid Melayu di dalam hutan kita yang sedang tunggu masa untuk didedahkan. Orang Melayu sebenarnya mampu membina lebih daripada itu. Sebagai contoh, dikatakan Kerajaan Aroi mampu membina terowong bawah laut yang menghubungkan pulau-pulau di bawah empayarnya. 


Lagi satu yang perlu diketahui oleh orang Melayu, kerajaan Aroi sebenarnya merupakan sebuah kerajaan Maritim yang dimana kita dapat melihat warisan genetik nenek moyang kita berada dalam diri kita. Kerajaan-kerajaan Melayu selepas itu kebanyakannya bersifat maritim dan melakukan aktiviti perdagangan. Sebagai contoh, Srivijaya dan Melaka.

Kesimpulan

Orang Melayu merupakan antara bangsa tertua di dunia yang masih bertahan dalam lipatan sejarah. Daripada zaman nenek moyang mereka, Lemuria sehinggalah zaman banjir besar, beratus-ratus kerajaan tumbang, beratus-ratus bangsa telah pupus di dunia tetapi orang Melayu masih kekal bertahan. Saya berharap segala apa yang saya tulis melalui hasil kajian saya diambil positif. Kita harus mengambil contoh nenek moyang kita, menjadi hebat seperti mereka dan jangan tidur lagi...

Rujukan:

The Chronicles Of Genesis: A complete history Of Nefilm oleh Neil Zimmer.
Far out adventure: The Best World Explorer oleh David Hatcher Childress.
Our Journey Through Time oleh John C. Carnes.
The Ancients oleh Fernando Gallegos.
The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria oleh W. Eliotscot.
The Lost Continent Of Atlantis Found oleh Arsyio Santos
The Solar System Oleh Powell

Thursday, December 27, 2012

Banjir di kelate masa dulu

Lawatan Pesuruhjaya Tinggi British
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x459.



Banjir Kota Bharu 1930-an
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x540.



Orang Jual


Lawatan Agong ke KB 1960-an
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x451.



Kota Bharu 1967
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x479.



Kuala Lebir, Krai 1909
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x608.



istana tengku seri akar

Kelantan di masa dahulu


Kelantan di masa dahulu

Jalan temenggong 1927



Jalan temenggong 1980-an



Jalan temenggong 2011



Jalan pasar hilir 1940-an



Jalan pasar hilir 2011



Istana Balai besar 1907



Istana Balai besar 2011



Masjid Muhammadi 1907



Masjid Muhammadi 1940-an



Masjid Muhammadi 2011



Kota Bharu dari Sungai Kelantan 1907



Kota Bharu dari Sungai Kelantan 2011



Makan Di raja Langgar 1907



Makan Di raja Langgar 2011



Jalan dalam Kota Bharu 1907



Jalan dalam Kota Bharu 2011



Tugu Obelistik British 1980-an



Tugu Obelistik British 2011



Padang Bank 1907



Padang Bank 2011



Sungai Kelantan 1907



Sungai Kelantan 2011



Jalan Padang Garong 1980-an



Jalan Padang Garong 2011

Kota Bharu



panggung wayang
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600x1200.



Taman Sekebun Bunga, Jalan Pos Office Lama
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600x1200.



Jalan Temenggong
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600x1200.



Jalan Hamzah
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600x1200.

Masjid Kampung Laut



Jambatan Sultan Yahya Petra 1970
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x540.



Jambatan Sultan Yahya Petra 1978



Pasir mas
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x482.



Main Gasing 
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x487.

Masjid Kampung Laut



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x636.







Jambatan Guilermard, Tanah Merah
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x309.



Jual kace rebus
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x569.



Stesen Keretapi Pasir MAs



Stesen Ketapi Gua Musang