banner

Tuesday, October 23, 2012

7 penjahat yang susah mati


7 penjahat yang susah mati

1. Edward Teach a.k.a Blackbeard 



Edward Teach atau yang juga dikenal sebagai Blackbeard adalah kapten lanun laut Inggeris.
Dia juga dikenali dengan memiliki 16 isteri.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Blackbeard akhirnya melarikan diri ke North Carolina di Amerika, untuk bersenang-senang dengan harta kekayaan rampasannya. Namun, gabenur Virginia waktu itu, tidak suka dengan cara Blackbeard. Lalu dia mengirim dua kapal perang untuk menyerang kapal Blackbeard, dipimpin oleh Robert Maynard.

Namun, Blackbeard tidak lari dari kapal-kapal Maynard. Dia malah menaikinya. Setelah meletupkan kapal tersebut di atas dek dengan granit, dia mencari Maynard. Maynard hampir kehilangan
seluruh jarinya sebab ditetak dengan pedang oleh Blackbeard. Hebatnya, pedang Maynard patah sebab cuba melibas ke punggung Blackbeard.

Ketika selesai berlawan, Blackbeard telah ditusuk setidaknya dua puluh kali dan ditembak lima kali, dan akhirnya mati karena pendarahan. Sebelum mati, ia sempat mengisi pistolnya
kembali untuk terus menembak anak buah Maynard.


2. Pablo Escobar



Pablo Escobar adalah pemimpin Kartel Dadah Medellin, sebuah sindiket dadah asal Colombia (Amerika Selatan) yang membekalkan 80% kokain di seluruh dunia. Pada tahun 1989, Escobar dinamakan sebagai manusia ke-7 terkaya di dunia dengan aset sebanyak US $ 25 bilion.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Sebuah pasukan khas bernama Search Bloc yang dibina atas pembekal-pembekal dari US Delta Force, SEAL Team 6 dan polis Colombia cuba membunuhnya.

Tembak-tembakan berlangsung di HQ Medellin, dengan Escobar akhirnya naik ke atas bumbung, melompat dari satu bangunan ke bangunan lain, dengan masih terus ditembak di kaki
dan badan. Escobar terus selamat hingga akhirnya ia membunuh dirinya sendiri dengan menembak kepalanya. Ketika dibedah siasat, kecederaan Escobar dianggarkan mempunyai seribu luka
tembakan di seluruh badan dan kakinya.


3. Ned Kelly




Ned Kelly adalah seorang penjenayah berasal dari Australia yang hidup di abad ke-19. Dia bertanggung jawab atas rompakan dua bank besar dan pembunuhan tiga orang polis. Hebatnya, dia membunuh tiga orang polis tersebut untuk melarikan diri dari tangkapan polis.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Ned Kelly dan gengnya akhirnya menculik kira-kira 70 orang tebusan dari Glenrowan Inn ketika itu mereka tahu bahawa kereta api yang penuh dengan polis sedang mengejar mereka.
Ned Kelly juga berusaha untuk menjatuhkan keretapi tersebut di tengah-tengah jalan, yang akhirnya gagal.

Kesemua penjenayah tersebut lalu memasang baju zirah (baju besi) ciptaan mereka sendiri.

Kelly keluar dari Glenrowan Inn, menyerang anggota polis yang menembak ke arahnya. Namun pahanya yang tidak dilindungi menjadi
titik lemahnya.

Kelly akhirnya menyerah kerana terlalu banyak luka di kakinya. Seluruh anggota gengnya mati masa tembak menembak, namun Kelly hidup dan dibawa ke mahkamah. Dia dihukum mati, dan kata-kata
terakhirnya sebelum meninggalkan mahkamah adalah "Aku akan bertemu kau selepas aku mati."

Dua minggu kemudian, hakim yang menjatuhkan hukuman mati terhadap Kelly meninggal kerana serangan jantung.


4. Leon Trotsky



Leon Trotsky adalah orang kanan pemimpin Bolshevik di Rusia, Lenin.

Selepas Lenin meningggal, dia terus kepada Stalin. Tapi Stalin telah mengeluarkanya dari Parti Komunis Rusia dan mengasingkannya dari Rusia. Trotsky bertekad untuk membalas dendam terhadap Stalin dan dia terus mengadu kepada Kongres Amerika Syarikat.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Trotsky tidak diberi masuk ke Amerika oleh Imigresen. Akhirnya, ia pindah ke Mexico City, dimana ia cuba dibunuh oleh pembunuh upahan Stalin bernama Ramon Mercader.

Mercader dapat menetak kepala Trotsky dengan kapak. Tapi Trotsky bangun dari tempat duduk dan terus meludah Mercader, dan mengejar Mercader dan berlawan dengannya, dengan kapak di kepalanya.

Pembantu pembantu Trotsky akhirnya dapat masuk ke dalam bilik, dan terus membunuh Mercader, dan membawa Trotsky ke hospital. Ia meninggal kerana komplikasi penyakit di kepalanya beberapa hari kemudian.


5. Gabriel Garcia Moreno



Gabriel Garcia Moreno adalah presiden Ecuador di abad ke 19. Dia yg bertanggung jawab dalam pembukaan Parti Konservatif Ecuador.

Moreno menyatakan bahwa agama resmi negara adalah Katolik, dan mengharuskan siapapun yang ingin masuk politik harus seorang Katolik. Peraturan ini ditentang oleh orang ramai sehingga ada yang ingin membunuhnya.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Satu hari, Moreno sedang berjalan keluar dari gerejanya di Quito. Dia tiba-tiba diserang oleh sekelompok penyerang dengan kapak, ke arah lehernya, tengkorak dan otaknya, dan memutuskan
lengan kirinya dan tangan kanannya.



Moreno tetap berdiri kembali. Para penyerangnya menembaknya enam kali di dada. Dia lalu diserang lagi dengan
pedang tak kurang lebih dari 14 kali. Bahkan setelah itu, Moreno masih sempat menuliskan "Tuhan takkan mati" di tanah dengan darahnya sendiri.

Setelah penyerangnya pergi, para pendeta gereja membawanya masuk ke dalam gereja, di mana ia akhirnya hidup
untuk 15 minit lagi dan mati.


6. Ferdinand Magellan



Ferdinand Magellan adalah seorang penjelajah berasal dari Portugis. Dia orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia,
dan orang Eropah pertama yang menginjak kaki di Filipina.

Magellan bersetuju untuk membunuh seseorang bernama Lapu-Lapu, musuh dari dua raja Filipina.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Magellan akhirnya mendarat di pulau milik Lapu-Lapu yang bernama Mactan. Lapu-Lapu tahu mereka akan datang, kerana sebuah bala tentera telah siap menunggu mereka.

Magellan ditembak dengan peluru beracun ketika ia menginjakkan kaki di Mactan. Tapi dia tetap berlari ke
depan, di belakangnya sebuah kapal penuh bala tentara milik Magellan.

Dia terus ditusuk di muka dengan sebuah tombak buluh, dan lengannya putus kerana kena pedang musuh. selepas itu kakinya juga diporong. Ia akhirnya jatuh tersungkur ke tanah, tidak berdaya.

Tentera Lapu-Lapu terus menerus menerus memukulnya, namun Magellan masih hidup dan meneriak supaya anak buahnya kembali ke kapal dan berundur. Di tengah hujan dan pukulan dari tentera musuh, Magellan melihat anak buahnya berundur barulah ia mati.


7. Grigori Rasputin



Rasputin adalah seorang sami yang hidup dan berkerja dengan Tsar Nikolas II di Rusia, pada awal abad ke 20. Tsar Nikolas II
(Raja Rusia) percaya bahwa Rasputin dapat mengubati anak mereka yang terkena hemofilia bernama Alexei, jadi ia menyuruhnya untuk tinggal di Istana bersama keluarga Tsar.

Rasputin memiliki watak yang tidak begitu baik. Ia adalah seorang lintah darat dan juga seorang pemabuk, dan sering menerima rasuah dari orang-orang yang meminta bantuannya. Gaya hidup Rasputin membuatnya akhirnya kurang disukai oleh kerajaan yang memerintah.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Rasputin ditusuk oleh seorang pembunuh upahan pada 1914. Tapi ia tetap hidup. Setelah sembuh, masih ramai orang ingin
membunuh dia dan kali ini dengan cara meracun dia dengan wine. Tapi Rasputin tetap hidup, entah kenapa.

Di sebabkan Rasputin masih hidup, mereka mencuba membunuhnya lagi, kali ini dengan menembak kepalanya. Rasputin, rebah
ke tanah, tapi sebenarnya dia hanya berpura-pura mati. Setelah merasa Rasputin dah mati para “pembunuh”-nya pun
meninggalkan tempat itu. Yang lucunya, ada pulak seorang tu tertinggal jaket dan dia kembali ketempat itu untuk mengambil jaket dia balik.

Bila sampai disana Rasputin pun menjerit dan mencekiknya.

Bila terdengar, Orang-orang itu datang balik ke tempat itu, mereka menembak dia lagi tiga kali di kepala, dan terjatuh ke tanah. Tapi… ya...dia belum mati.

Dia bangun, lalu terus dipukul sampai pengsan. Mereka membungkus tubuh Rasputin dengan selimut dan membuangnya ke Sungai Neva yang teramat sejuk.

Ketika mereka jumpa mayat Rasputin, selimut itu berlumuran
darah dan badannya penuh luka tembakan, perutnya penuh dengan racun, dan banyak lebam akibat dipukul, Rasputin diberitakan mati
disebabkan kesejukan.

Asal - Usul Melayu Dari Kalangan Bani Israel ?

Asal - Usul Melayu Dari Kalangan Bani Israel ?



Quote:
" Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri. " [7:160]
Baru-baru ni saya dikejutkan dengan sebuah artikel yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kalangan Bani Israil.

Di dalam al-Qur'an ada menyatakan bahawa Bani Israil terbahagi kepada 12 puak.

Setiap nama puak itu diambil daripada nama Yakub (Israil) a.s..
Nama-nama puak dari kalangan Bani Israil ialah:
  • 1. Rubin.
  • 2. Simeon.
  • 3. Lawway.
  • 4. Yahuda.
  • 5. Zebulaon.
  • 6. Isakhar.
  • 7. Gad.
  • 8. Dann.
  • 9. Asyer.
  • 10. Naftali.
  • 11. Yusuf (diambil dari nama anak Yakub a.s. yang ke 11 iaitu Yusuf a.s.).
  • 12. Benyamin.
Menurut kitab Yahudi kuno, salah satu dari puak tersebut telah didapati hilang dan mereka ialah dari keturunan Yusuf a.s.. Mereka mendapat petunjuk Allah serta memeluk agama Islam. Mereka yang akan membunuh Yahudi Zionist di Palestin.

Yusuf a.s. mempunyai dua orang anak, iaitu Manasseh dan Ephraim. Menurut kitab Yahudi kuno yang lain, ada yang mencatatkan bahawa golongan Manasseh yang akan menyembelih Yahudi jahat di Palestin.

Pengkajian Yahudi telah membuktikan bahawa terdapat banyak golongan Manasseh di sebelah timur. Antara negara tersebut ialah Afghanistan, utara Pakistan (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Menurut seorang professor Amerika, Ralph Olssen, ibu segala keturunan Manasseh ialah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Kalau berpandukan kitab Yahudi kuno, puak Bani Israil yang hilang dari kalangan Manasseh yang akan berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan akan menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan akan memadamkan negara Israel dari peta dunia adalah orang-orang Melayu.

Mengikut Book of Mormon, sebahagian daripada Semenanjung Melayu (termasuk Selatan Thai) ialah dari kalangan Bani Israil, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu dari Manasseh).

Menurut kajian DNA yang dilakukan ke atas 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israil.

Siapakah Melayu? Apa hubungan Melayu dan Yahudi? Adakah Melayu ini bangsa terpilih?

WALLAHUALAM

Koleksi 25 keping gambar tempat dalam dunia yang boleh buat kita terfikir real ke tt.


Koleksi 25 keping gambar tempat dalam dunia yang boleh buat kita terfikir real ke tt.

jom cuci mata..tempat tempat menarik di dunia..

















































Sunday, October 21, 2012

Hukuman Mati Paling Kejam - Ling Chi




Di masa lampau beberapa negara masih memelihara hukuman mati yang super kejam. Seperti halnya yang pernah terjadi di China pada Dinasti Manchu (1644-1912). Pemerintahan yang berkuasa ketika itu melaksanakan hukuman mati paling kejam.

Hukuman mati tersebut disebut Ling Chi. Hukuman ini dilakukan dengan mengikat terhukum pada sebuah tiang di depan umum, lalu bagian tubuhnya diiris satu per satu selama tiga hari. Terhukum akan merasakan sakit yang luar biasa kerana bahagian tubuhnya dipotong sedikit demi sedikit hingga mati dalam tiga hari.

Selama tiga hari tersebut terhukum akan merasakan penderitaan yang sangat berat akibat luka pada potongan potongan tubuhnya. Namun apabila dalam beberapa jam si terhukum sudah mati, maka si pertanda juga akan dihukum mati.

Begitu kejamnya hukuman ini membuat semua orang takut melakukan kejahatan. Namun tidak semua kejahatan boleh diterapkan Ling Chi. Ling Chi hanya dikenakan kepada mereka yang melakukan kejahatan berat seperti membunuh keluarga kerajaan.

Saat ini beberapa negara seperti di Eropah sudah menghapuskan hukuman mati dengan cara apapun. Namun sebahagian negara masih mengekalkan hukuman mati bagi penjenayah kelas atasan. Hari ini 10 Oktober merupakan Hari Anti Hukuman Mati Sedunia.

Saturday, October 20, 2012

Dominasi Apple dan Samsung serta Kejatuhan Syarikat Elektronik Jepun

Ketika syarikat elektronik gergasi Apple dan Samsung bersaing untuk mendominasi pasaran dengan melancarkan produk yang kompetitif sehingga perlu bertarung sengit dalam hal paten, syarikat elektronik Jepun pula sebaliknya perlu berjuang untuk bertahan dalam pasaran elektronik yang kompetitif dan sengit.




Syarikat gergasi seperti Sony, Panasonic dan Sharp pernah suatu ketika dahulu menjadi 'pemimpin' industri elektronik dan mengalahkan para pesaingnya dari AS, akan tetapi sekarang mereka harus beradaptasi, melakukan penjimatan dan terus berinovasi.

Keadaan ini menjadi bertambah buruk dengan ekonomi Jepun yang sedang bergelut, syarikat elektronik Jepun semakin jatuh dan mereka tidak dapat meraih perhatian di pasaran komputer tablet dan smartphone.





Harga saham mereka semakin jatuh dan berada dalam kedudukan terendah dalam tempoh 10 tahun terakhir ini dan terpaksa memberhentikan sebahagian pekerjanya.

Baru-baru ini Sharp dilaporkan telah memberhentikan satu perlima daripada pekerjanya.

Keadaan ini membuatkan syarikat elektronik Jepun beralih untuk mengembangkan sesuatu yang lain seperti panel suria dan peralatan perubatan.

Penganalisa berpendapat syarikat elektronik Jepun telah melakukan strategi yang salah dan gagal berinovasi mengikut trend semasa.

Mereka membuat produk-produk seperti televisyen dan komputer akan tetapi tidak mengembangkan perangti sambungan yang dapat menghubungkan (sinkronisasi) antara satu sama lain.

Akibatnya, produk mereka tidak dapat beroperasi secara 'integrated' seperti iPhone yang dapat berhubung dengan laptop dan kedai muzik digital.





Sharp, Sony dan Panasonic telah membuat produk televisyen terbaik di dunia, akan tetapi pesaing dari Korea seperti LG dan Samsung telah melakukan inovasi dan penambahbaikan teknologi yang jauh lebih ketara dan dengan harga yang lebih murah.

Syarikat-syarikat Jepun juga kalah dalam pasaran smartphone kepada Apple dan Samsung yang ketika ini telah mendominasi pasaran.

Jika dahulu, Sony memegang 'tampuk' sebagai 'pemimpin industri elektronik dunia' selama lebih dua dekad, namun sejakakhir 2004 lalu, takhta itu telah diambil alih oleh Samsung.

Samsung juga pada 2009 telah menjadi syarikat teknologi terbesar di dunia mengalahkan Hewlett Packet (HP) dan kini merupakan vendor smartphone terbesar di dunia menewaskan Nokia pada awal 2012. 





Dalam empat tahun terakhir Sony tidak dapat mencatatkan keuntungan, Panasonic juga mencatatkan kerugian selama empat tahun berturut-turut.

Berdasarkan data dari Bloomberg, jika digabungkan nilai 3 syarikat gergasi Jepun iaitu Sharp, Sony dan Panasonic bernilai32 billion dolar AS, hal ini membuat mereka hanya bernilai satu perlima daripada nilai Samsung dan satu per dua puluh dari nilai Apple di bursa saham!


Nota : Hal yang sama berlaku dalam industri automotif kini dimana, syarikat Korea Kia dan Hyundai kini dilihat jauh 'lebih agresif' berbanding pesaing dari Jepun, Toyota, Honda, Mitsubishi dan sebagainya.

It's just a matter of time the Koreans will top the Japanese.

Friday, October 19, 2012

Nak Jual Fujitsu Tablet Murah2

Salam ALL,

Saya cuba bukak kedai Tablet lak la, 
try market di samping cuba nak membantu forumers yg memorek memanjang.. dengar2 kena pakai windows platform baru bole.. jadi ni barang dagang yg cuba saya hidangkan.. sila la sila la... 

Spec nya :
Fujitsu Tablet, Windows 7 Pro 32Bit, 2GB RAM, 1.5GH Processor,
40GB HDD, ThumbPrint, WiFi, 3G Sim Slot, Camera depan dan belakang, HDMI slot, USB slot, VGA slot, stylus, carrying bag, recovering disc, Adaptor.

Meh usha gambar banyak2 ..


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


Bole pusing2 360darjah. 

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


Test Camera belakang

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.



Harga untuk barang Rare ni

RM2300 ( harga asal RM3200 )


Call Wan ( 013 4819486 )

facebook : batagolek@gmail.com