banner

Monday, July 30, 2012

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia-Akhir

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia-Akhir 







Oleh MSK

Mungkin ramai yang sedang menunggu apakah rahsia Mikraj yang boleh menumbangkan teori Einstein. Sori…aku tak tau. Konspirasi ini adalah rekaan…dan aku belajar dari media Umno. When you failed..blame the Jews.Bukan orang-orang terpelajar saja yang akan terpengaruh..malah Tok-Tok Imam pun akan buat khutbah menyalahkan Yahudi.

Idea untuk menulis konspirasi ini lahir setelah membaca satu survey yang dibuat di Amerika tentang sejauh mana pelajar-pelajar Amerika memahami sejarah. Pada masa dulu, sesiapa yang hendak mempelajari sejarah, terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli buku. Bukan senang nak dapatkan buku terutama kalau seseorang itu tinggal dikawasan pedalaman.

Kajian yang dilakukan di Amerika keatas seramai 2500 orang mendapati 71% daripada rakyat Amerika gagal dalam ujian sejarah. Lebih teruk..kegagalan ini begitu tinggi dikalangan mereka yang berumur 30 tahun kebawah..sedangkan kumpulan inilah yang mempunyai akses kepada pelbagai sumber maklumat. Boleh baca kat sini..atau sini. Tak cukup boleh google lagi.

Sekarang, semua maklumat berada dihujung jari. Cuma Google. Begitu mudah untuk mendapat maklumat…tetapi maklumat-maklumat ini juga boleh disalahgunakan atau dimanipulasi untuk membentuk pemikiran. Dan berapa ramai pula yang mempercayai apa saja yang disogokkan tanpa mengkaji apakah maklumat tersebut betul atau tidak.

Ini yang berlaku semasa Perhimpunan BERSIH 2.0.
Orang-orang pro-BN mempercayai apa saja yang ditulis dalam Utusan, TV3, ataupun blog-blog pro-BN. Manakala orang Pakatan mempercayai apa saja yang ditulis dalam blog-blog pro-Pakatan.
Banyak pembohongan berlaku semasa Bersih 2.0. Baik dari pro-Pakatan ataupun pro-BN. Malah polis juga banyak menipu. Tapi berapa ramai yang cuba berusaha dengan fikiran terbuka untuk mengetahui yang mana satu betul?

Apabila aku menyiarkan Konspirasi Yahudi 1, ia menarik minat. bila aku siarkan Konspirasi 2, ia semakin popular. Bila aku siarkan konspirasi 3, ia menjadi top hits.Bila aku siarkan konspirasi 4, baru ada orang yang sedar tentang percanggahan fakta.

Tak susah untuk menipu. Hanya perlukan 50% fakta dan 50% auta.
Cuba bandingkan berita The Star dan Mstar hari ini dibawah tajuk yang sama dan perhatikan perbezaannya. Satu bahasa Melayu..untuk orang Melayu dan satu lagi Bahasa Inggeris untuk pembaca bahasa Inggeris. Satu berita yang sama..tetapi penyampaian yang berbeza untuk dua kumpulan pembaca yang berbeza. Bagaimana pula dengan Utusan dan TV3?

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia hanyalah rekaan. sesiapa yang menghantar email dan sms bertanya aku…aku bagi tau terus-terang ianya adalah fiksyen. Aku mahu mencari sesuatu…bagaimanakah orang Melayu berfikir?

Dalam posting yang aku buat, aku sertakan pautan. dan sesiapa yang meneliti pautan tersebut akan mendapati bahawa apa yang aku tulis hanyalah separuh betul. Kemudian aku bubuh tajuk sensasi dan ini hasilnya.

Dibelakang laman yang hangpa baca ini adalah dashboard yang menyediakan statistik berapa jumlah pelawat, berapa ramai yang baca setiap posting.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1337x509.

Kalau aku tulis cerita betul…tak berapa popular. tapi kalau ditambah dengan sensasi, walaupun ianya separuh betul, ia akan menjadi hits.Dan dibawah pula ialah posting yang mereka baca.


Lebih 80% daripada pelayar yang melawat Malaysiatimes membaca posting yang berkaitan konspirasi Yahudi. Tetapi berapa ramai yang mahu menilai tulisan aku itu sama ada betul atau tidak? Tak susah…cuma klik pada link yang aku bagi…dan hangpa boleh tau sama ada ianya betul atau tidak. Tetapi jumlah yang mahu menilai ini cukup sikit. Tengok berapa ramai yang membuat klik pada link dan bandingkan dengan jumlah pelawat.


Hanya 8% yang membuat klik pada pautan yang diberikan!! Adakah ini bermakna lebih 90% yang lainnya hanya membaca dan kemudian terus membuat keputusan? Ada yang mempertikaikan tentang orang Tabligh…ada yang mengeluarkan pelbagai teori..macam-macam.
Hanya dua komen yang positif. Satu dari Chor…
Persoalan utama posting ini: adakah pemikiran kita selama ini dibina atas kajian sendiri atau dibentuk oleh manusia lain dan diterima bulat2.

Dan satu lagi dari kgpadangbalang..
bang mat, kenapa ambik wiki tu separuh-separuh?
bendera asal tu ada 11 jalur je dan bukan terus 14.
para 4 di bawah tajuk Sejarah:

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
See…kesilapan aku ialah menyiarkan artikel tentang Bendera Malaysia dan disitu aku terperangkap.

Tapi kalau aku teruskan dengan Konspirasi Yahudi...aku percaya aku boleh memperdayakan lebih ramai lagi pembaca.
Minggu lepas dan minggu sebelumnya, semasa aku diminta untuk menyampaikan taklimat tentang pilihanraya, ada orang tanya aku.
Adakah video seks Anwar itu betul?

Bagi penyokong Anwar sudah tentu mengatakan video ini palsu. Bagi penyokong BN..sudah pasti mengatakan benar. Tapi ini bukan kumpulan sasaran Umno untuk menang pilihanraya. Penyokong Anwar akan tetap menyokong Anwar walau apapun yang Umno sogok.

Penyokong Umno akan tetap menyokong Umno walaupun direndam dalam Clorox. Sasarannya ialah pengundi atas pagar. Dan kalau Umno berjaya mencipta persepsi…itu sudah cukup. Kebenaran adalah persepsi. Berapa ramai pengundi diluar bandar yang ada akses internet? Tapi mereka ini semestinya membaca Utusan dan menonton TV3.

Satu soalan lagi…Benarkah peserta BERSIH melakukan keganasan? .
Kumpulan sasaran Umno ialah pengundi luarbandar yang tak ada akses internet dan hanya mendapat maklumat melalui Utusan dan TV3, dan kalau melihat tentang laporan yang dibuat…memang betul BERSIH melakukan keganasan. Apa yang perlu dilakukan oleh media Umno termasuk polis ialah menyiarkan berita 50% fakta dan 50% auta. . hanya 8% yang akan berfikir dan berusaha mencari kebenaran, manakala 92% lagi akan menerima bulat-bulat.

Now you know, pasai apa orang Melayu cukup senang ditipu?
Satu masa dulu, ramai orang Melayu tertipu dengan Skim Cepat Kaya. tak susah untuk menipu Melayu…letakan seseorang yang berpengaruh sebagai Ahli Lembaga Pengarah…cukup untuk meyakinkan orang Melayu bahawa Skim itu akan memberikan pulangan yang lumayan.

Bila terperangkap…taktik tersebut diubah. Kali ini dengan menyediakan produk-produk yang di iktiraf oleh artis-artis. Banyak produk mengambil artis sebagai duta produk.
Kemudian berlaku revolusi Tongkat Ali. Apa saja yang berkaitan dengan Tongkat Ali, Melayu akan terima.

Lepas tu berlaku satu lagi perubahan untuk menguasai orang Melayu. Bila artis dah tak laku, depa bubuh tokoh-tokoh ugama.Apa saja produk perlu diendorsekan oleh tokoh ugama. Dari kismis sampai Shaklee.

Bila tokoh ugama pun tak laku…sekarang depa jual ugama. Sampaikan ada pakej tahlil untuk mendoakan orang yang dah mati dengan bayaran tertentu sempena bulan Ramadan ini.
Media can be used and abused. Religion can be used and abused. Unfortunately…people can also be used and abused.

Sekarang ini, parti-parti politik sedang menyediakan beratus ribu risalah dan manifesto. Bila tiba pilihanraya, maka akan berlakulah lambakan maklumat. Bagaimana hangpa nak buat keputusan?
Tak perlu salahkan Yahudi. Yahudi sudah ada dikalangan orang-orang Melayu sendiri. 

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia II




Malam tadi aku sembahyang Isya’ di Masjid Kg. Jenalik. Last sekali aku sembahyang kat sini, masa PRU 2008 dulu. Biasa la…masa musim pilihanraya, kalau boleh nak sembahyang disetiap masjid. Masa tu la Calon cukup alim. Lepas pilihanraya…tak pi dah!!

Sebaik habis solat Isya’..Ada sorang bangun buat pengumuman. "Tuan-tuan jangan balik dulu. Lepas ni kita ada tazkirah". Peergghh!! Leceh la dengan tazkirah ni. asyik-asyik cerita Nabi dan sahabat…cerita perang..dari dulu sampai sekarang dok cerita pasai perang zaman Nabi.

Aku berundur ke beranda.Join dengan geng-geng yang aku kenal…sambil gulung rokok daun.
Tiba-tiba orang yang datang jumpa aku kat kedai Pak Long semalam datng jumpa aku dan menghulurkan tangan.

"Alhamdulillah!! Tuan datang juga. sila masuk dalam." dia pelawa aku.

"Minta maaf Saudara..kalau nak dengar tazkirah cerita Nabi berperang…saya tak minat. Saya datang pasal persoalan-persoalan yang Saudara tanya saya pagi tadi." Aku jawab selamba.

"Kita akan bincangkan nanti..tapi kita kena duduk dalam kumpulan dulu." kata dia.

"Saya nak tanya dulu…kumpulan Saudara ni kumpulan apa? Al-Maunah ke?" aku tanya.

"Tak..tak…kami dari Jamaati Al islami." dia jawab. Betul atau tidak ejaan aku…aku tak tau. Tapi bunyi macam parti politik Pakistan.

"Macam ni Bro..saya tak boleh duduk bersila lama-lama….sakit lutut. Lepas tu tak boleh nak hisap rokok. Kopi O pun tak ada. Kalau tak ada syarat-syarat tu…saya mati akai. sat lagi saya hanya dengar…nak tanya pun tak ada idea. Apa macam kalau kita sembang kat bawah?" aku bagi cadangan. Kalau dia tak terima…aku blah.

"Boleh!! Tak ada masalah." kata dia. Kena lagi!!

"Let’s go straight to the point." aku kata. "Saya hanya minat dengan persoalan yang Saudara sebut siang tadi. Saudara kata..Umno adalah Ejen Yahudi. yang tu susah saya nak terima…tapi kalau kata Umno itu ejen British..yang tu saya boleh terima. Malah..kawan saya Isham Rais pun dah tulis pasal benda tu dalam artikel Nakba dan Malapetaka.

Kedua, saya nak tau…pasai apa Saudara kata bumi ini tidak bulat…sebab Quran sebut "Empat Penjuru Alam.".
Dan yang ketiga, Saudara kata, teori Einstein itu salah. Kalau boleh kita bincang tentang perkara ini…saya puashati."
Kami duduk dibangku batu dihalaman masjid. Aku keluar roko dan hisap sebatang. Aku hulur kat dia…dia ambik!!! fuh…aku ingat dia tak hisap rokok. Tapi mungkin dia saja nak jaga hati aku. Budak Tingkatan Satu pun hisap rokok lagi terrer.

"OK…sebelum kita pergi ketopik yang lebih serius…kita pergi kepada perancangan Yahudi untuk menguasai Malaysia dulu." Sori!! aku lupa nak bagi tau nama dia. Namanya Sidek. Kalau ikut bunyi la. Mungkin dalam IC dia..Siddique…aku tak tau la.

"Tahun berapa Malaysia Merdeka?" dia tanya.
"!957." aku jawab.
"Salah!! Yang tu bukan Malaysia…tapi Tanah Melayu. Malaysia hanya wujud selepas percantuman dengan Singapura, Sabah dan Sarawak. sebelum tu Malaya."

"Laa…mati-mati aku ingat Malaysia merdeka tahun 1957." aku jawab.
"Tapi kewujudan Malaysia pada tahun 1963 adalah kejayaan pertama Yahudi untuk menguasai Asia Tenggara. Sebenarnya..Malaysia sudah wujud dalam perancangan Yahudi sejak 1927. Pada tahun tersebut, Yahudi telah meletakkan batu asas kewujudan mereka di Tanah Melayu melalui kumpulan Freemason. Dan perletakan batu asas tersebut dibuat di Northam Road, Pulau Pinang. Sekarang jalan tu dinamakan Jalan Sultan Ahmad Shah"

"Tunggu sekejap’ katanya. Sidek berjalan ke dalam masjid dan kembali membawa beg. Dia buka laptop. Fuiyo!! Orang Tabligh pun pakai laptop!!
"Ini buktinya" dia tunjuk kat aku. Aku minta copy.


"Ingat..Tahun 1927."
Sepuluh tahun kemudian, para pemikir Yahudi bermesyuarat di Washington dan memutuskan untuk menubuhkan sebuah negara di Asia Tenggara yang dipanggil …Malaysia. Nama Malaysia sudah wujud sejak tahun 1937!! Ingat…Tahun 1937"
"Hello Bro..Tahun 1937 mana ada Malaysia!! " aku jawab.
"Tuan tengok buku ini." Sidek tunjuk kat aku.



"Fuiyo!! Tak kan orang Melayu tak pernah baca buku ni?" aku tanya Sidek.
"Ada… malah Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Polis, Universiti Teknologi Malaysia pernah membuat kajian tentang perancangan Yahudi ini…tapi disorokkan dari pengetahuan umum kerana ia melibatkan pemimpin Umno. Malah Umno itu sebenarnya adalah kuda tunggangan Yahudi." kata Sidek.
"Ini serius Bro." Aku kata.
"Tuan tau mengapa Datuk Onn Jaafar keluar dari Umno?" Sidek tanya aku lagi. Aku mana la tau sejarah Umno.
"Saya masih simpan ucapan terakhir Datuk Onn sebagai Yang diPertua Umno pada tahun 1951." Sidek menunjukkan kat aku ucapan Datuk Onn. Aku copy yang penting saja.

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.
…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“ Datuk Onn Jaafar
"Datuk Onn tahu apa yang sedang dirancang oleh British dan kumpulan Freemason. " kata Sidek. "Datuk Onn cuba menentang..tapi ditentang balik oleh orang-orang Umno yang sudah dikawal oleh British.

"Apa kaitan British dengan Freemason atau Yahudi?" aku tanya.
"British lah yang menghidupkan kembali Negara Israel.General British telah membebaskan Jerusalem dari pemerintahan Turki pada tahun 1917. Ingat…Tahun 1917. Kemudian…Israel telah meluaskan jajahannya melalui peperangan tahun 1967. Ingat..Tahun 1967!!"
British adalah sekutu Yahudi kerana British menentang German yang anti-Yahudi. di Malaysia, Yahudi menggunakan British yang kemudiannya menggunakan Umno sebagai alat untuk meluaskan pengaruh Yahudi.

Ada banyak persamaan yang saya minta Tuan tolong selidik kalau Tuan mahukan jawapan yang luas. British membebaskan Israel pada tahun 1917. Yahudi meletakkan batu asas mereka di Pulau Pinang pada tahun 1927. Perancangan Negara Malaysia berlaku pada tahun 1937. Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957. Peperangan arab-Israel berlaku pada tahun 1967. Apa signifikan nombor 7" Sidek tanya aku lagi,
Kalau pasal Mattermatics, aku tau…tapi kalau kaitan dengan Yahudi…aku kena search dulu.




"Nombor 7 adalah nombor suci bagi orang Yahudi. Logo Israel berlambangkan tempat lilin (candlestick) yang mempunyai 7 cabang." Sidek bagi tau aku.
"Dan sekarang…perancangan Yahudi itu sudah semakin lengkap apabila negara kita sudah dikuasai oleh Yahudi. Najib sendiri mengambil orang Yahudi APCO sebagai Penasihat. Sistem keselamatan di Bukit Aman pun sudah dikuasai oleh Yahudi. Oleh itu..jangan terkejut, kalau Umno akan menggunakan taktik-taktik Yahudi untuk kekal berkuasa." sambung Sidek.
"Dan Tuan tau tak apa nama tempat yang sekarang dinamakan Putrajaya?" Sidek tanya lagi. Apa la dia n!! Tanya benda yang aku tak tau.!!
"Putrajaya dulu dikenali sebagai "Perang Besar"." kata Sidek. Betul ka?
Aku tengok kiri kanan. Kot-kot ada SB. Silap-silap..aku join Dr. Kumar kat Simpang Renggam.
"Macam ni saudara….kita jumpa kat Kedai Pak Long pagi esok boleh tak?" Kalau nak sambung…sampai pagi esok pun tak habih." aku bagi cadangan.
Sidek setuju.



...Petikan Sumber... 



...Wowww...woww...wowww... dah habaq dah...

Malaysia bukan MERDEKA tapi diwariskan pemerintahan jadi ejen talibarut british dan zionis laknatullah aje... ......

Sekularisme warisan dajjal menjadi agenda wahid UMNO... puiii... 


PS: Sambungan nanti2 update... ekekkeee... 
PS2: Jangan lupa tekan butang THANKS... 

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia 4

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia 4 





Oleh: MSK
Aku minta tambah kopi O segelas lagi. Sidek pun tambah kopi Radix lagi segelas.

“Akhir sekali…saya nak tanya satu soalan *****…adakah bumi itu bulat?” aku tanya Sidek.

Sidek menghirup kopi Radix…kemudian bertanya kat aku. “ Tuan percaya kepada empat kitab suci kan?”
“Ya”.

“Yang mana satu betul?” dia tanya aku.
“Tentu la Quran.”

“Sebenarnya…semuanya betul. Kebenaran itu bergantung kepada masa. Semasa Zabor ditulis, pengetahuan dan IQ manusia pada masa itu rendah…jadi ayat-ayatnya mungkin tidak masuk akal kalau dibaca masa kini. Kemudian diutuskan Taurat…yang sesuai pada masa itu., tetapi berbeza dengan Zabor. Mereka yang percaya kepada Zabor..dan tidak mahu menerima perubahan menganggap Taurat itu sudah terpesong.

Injil pula ditulis setelah mendapat lebih banyak maklumat dari Tuhan, tetapi mereka yang percaya kepada Taurat menganggap Injil sudah terpesong, dan mereka yang percaya kepada Injil menganggap Taurat adalah karut.

Kemudian datang Quran, dan mereka yang percaya kepada Quran menganggap Injil itu karut, manakala mereka yang percaya kepada Injil menganggap Quran itu terpesong.

Hakikatnya…semua ugama itu datang dari asas yang sama, tetapi tafsiran dan penerimaan itu berbeza.
Ada banyak persamaan diantara ugama. Nabi Muhammad S.A.W melakukan Mikraj dan akhir sekali dia sampai ke Sidratul Muntaha…betul?” Sidek tanya aku.
Aku angguk saja.

“Tuan tau Sidratul Muntaha itu apa?” Sidek tanya lagi. Aku tak tau.
“Sidratul Muntaha itu ialah pokok teratai. Tapi pokok teratai ini bukan macam teratai dalam tasik tu. Deskripsi pokok teratai itu mungkin berbeza. Tuan boleh baca tafsiran orang Islam kat sini. Atau pun orang Bahai kat sini.” Kata Sidek.




“Orang Bahai pun percaya tentang Mikraj?” aku tanya.
“Bukan orang Bahai saja…cuba Tuan perhatikan…apakah makna patung Buddha diatas pokok Teratai? Pokok teratai dipanggil Padma dalam Sanskrit yang bermakna kesucian. Hanya orang-orang yang beramal soleh saja boleh mencapai darjat kesucian paling tinggi ini. Sama macam Sidratul Muntaha. Hanya orang yang terpilih saja boleh melepasi Sidratul Muntaha.”

“Maksud saudara…orang kafir macam Buddha dan Bahai pun boleh masuk syurga?” aku tanya.
“Siapa yang kafir?” Sidek tanya aku balik. “Silap-silap Tuan pun kafir.” Dia kata kat aku.

Peeergghh!! Teruk-teruk aku sembahyang…dia boleh kata aku kafir!!
“Tuan percaya bahawa bumi ini bulat?” Sidek tanya aku.
“Mestila. Orang gila saja yang kata bumi ini leper.” Aku jawab.
“Hati-hati menjawab Tuan. Pada tahun 1974, Ketua Jabatan Kajian Ilmiah dan Pengarah di Jabatan Perdana Menteri Arab Saudi, Shaikh Abd-al-Aziz Ibn Abd-Allah Ibn Baaz, telah mengeluarkan sebuah buku tentang bukti-bukti bahawa bumi ini tidak bergerak.

Sebaliknya, matahari mengelilingi bumi. Kajian saintifiknya telah diterbitkan oleh University Madinah dan penemuannya ini adalah bersandarkan Quran dan Hadith. Diantara penemuannya ialah, ““Kalau bumi berputar (rotasi) spt yg mereka katakan, maka negara2, pegunungan, pohon2, sungai2 dan samudera2 tidak memiliki dasar dan orang akan melihat negara2 di timur bergerak ke barat dan negara2 barat bergerak ke timur."

“Bukan itu saja…Pengarah ini mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang menentangnya dianggap menentang Allah dan hukumnya kafir!!” sambung Sidek.

“Ini kerja gila!!” kata aku.
“Astagfirullahilazim…Tuan mengatakan Pengarah tersebut gila? “ tanya Sidek."Tuan kena ingat, kat Malaysia ni pun ramai Mufti yang berfikiran macam tu."
“Kalau aku jadi Perdana Menteri…aku hantar dia ke Semporna.” Aku jawab.
“Tetapi Pengarah ini dinaikkan pangkat diatas penemuan ini dan menjadi Mufti Besar dan Ketua Dewan Ulama Arab Saudi!!” kata Sidek.

“Astaghfirullahilazim!!!” aku pulak berastaghfar.
“Ada lagi…pada tahun 1993, selepas dilantik sebagai Mufti Besar Arab Saudi, Ibn Baaz telah mengeluarkan fatwa bahawa bumi ini leper!” tambah Sidek.

Aku garu kepala.
“Tuan mahu percaya kepada Mufti Besar Arab Saudi yang diamanahkan menjaga Islam dan Tanah Suci Makkah…atau Tuan lebih percaya kepada Galileo?” tanya Sidek.


“Kalau Tuan tidak percaya..maka Tuan dianggap menentang Allah dan patut dihukum.” Kata Sidek. “Ini fatwa dari Mufti Besar Arab Saudi kerana semua penemuan ini adalah berdasarkan Quran dan Hadith.”

"Betul ka semua ni?" aku tanya.
"Tuan kata, Tuan percaya kepada Google dan Wikipedia…cuba tengok kat sini dan sini.
Aku diam saja. Jawab salah..tak jawab salah.
“Relax Tuan…” kata Sidek. “Jangan pecah kepala. Apa yang cuba saya ketengahkan ialah…bukan orang penting dalam Islam saja yang berfikiran begitu…malah orang Kristian juga sependapat dengan Mufti Arab Saudi itu.

Ini adalah diantara puluhan surah dalam kitab Injil tentang perihal bumi.
1 Chronicles 16:30: “He has fixed the earth firm, immovable.”
Psalm 93:1: “Thou hast fixed the earth immovable and firm …”
Psalm 96:10: “He has fixed the earth firm, immovable …”
Psalm 104:5: “Thou didst fix the earth on its foundation so that it never can be shaken.”

Surah-surah dalam kitab Injil ini sejajar dengan penemuan Ibn Baaz!!”
“Orang Kristian juga kata bumi ini leper?” aku tanya.
“Dalam Alkitab juga dikatakan bumi ini leper. Siapa yang tidak percaya..bermakna mereka tidak percaya Firman Tuhan!!” jawab Sidek. “Orang Kristian dan Islam sama saja..masing-masing murtad kerana tak percaya The Words of God” kata Sidek.

Saya tunjukkan beberapa surah dalam Alkitab yang membuktikan bahawa bumi ini leper…kalau tak faham bahasa orang putih.
1. Matius 24:31 Dan Ia akan menyuruh keluar malaikat-malaikat-Nya dengan meniup sangkakala yang dahsyat bunyinya dan mereka akan mengumpulkan orang-orang pilihan-Nya dari KEEMPAT PENJURU BUMI, dari ujung langit yang satu ke ujung langit yang lain.

2. Markus 13:27 Dan pada waktu itupun Ia akan menyuruh keluar malaikat-malaikat-Nya dan akan mengumpulkan orang-orang pilihan-Nya dari dari KEEMPAT PENJURU BUMI, dari ujung bumi sampai ke ujung langit.

3. Wahyu 7:1. Kemudian dari pada itu aku melihat empat malaikat berdiri pada dari KEEMPAT PENJURU BUMI dan mereka menahan keempat angin bumi, supaya jangan ada angin bertiup di darat, atau di laut atau di pohon-pohon.

4. Wahyu 20:8 dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada dari KEEMPAT PENJURU BUMI, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut.

Aku menung sekejap. “Yang ni aku kena rujuk kat Ustaz Hisham dulu.” Aku bagi tau Sidek.
“Come on la Tuan.. apa kelayakan Ustaz Hisham kalau dibandingkan dengan Mufti Arab Saudi?” Sidek tanya aku lagi.
Fuiyo!!! Susah la ini macam.

“Tak susah Tuan. Ini semua kerana Galileo, Newton dan Einstein. Kerana mereka lah kita jadi murtad.

Kerana mereka lah kita tak percaya dengan kitab kita sendiri. Jom kita cuba kaji perjalanan Nabi ke Sidratul Muntaha. Macam mana Nabi boleh pergi dan balik ke Baitul Makdis dalam beberapa jam. Dan bagaimana Nabi membuktikan bahawa E is not equal to MC square.”
Yang ni lagi kacau!!

"Tuan nak ikut sains ka…nak ikut Quran dan Sunnah?" tanya Sidek.
"Pak Longgg!!!! Ubat kaki tiga sebungkus!!"

Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia 3



Oleh: MSK
“Ok..Saudara. Saya dah tau sejarah Yahudi dengan Umno. Tapi apa perancangan depa seterusnya?” aku tanya Sidek bila kami makan pagi semalam kat kedai Pak Long.
“Yang ni lagi bahaya. Sebabnya…lebih ramai orang Islam akan percaya, tambahan pulak, tekbologi yang digunakan cukup canggih.” Kata Sidek. “Tuan percaya kepada kitab-kita suci Zabor, taurat, injil dan Quran?” tanya sidek.
“Kena percaya la. Kalau tak percaya nanti bukan Islam pulak.” Aku jawab.

Sidek renung muka aku. ‘Macam tak yakin je!” kata dia.
“Tuan pernah baca Zabor?” tanya Sidek.
“Tengok pun tak pernah. Saudara ada?” akau tanya balik.
“Saya pun tak pernah tengok.” Kata Sidek.
“Taurat?” dia tanya lagi.
“Yang tu pernah baca…tapi depa kata yang tu dah tak betui. Dah kena modified oleh orang-orang Yahudi.” Aku jawab. “Saudara ada yang ori punya?” aku tanya.
“Tak ada. Tuan baca Injil?” dia tanya lagi.
“Saya baca versi King James dan Alkitab. Tapi yang tu pun depa kata tak ori.” Aku kata.
“Quran?”
“Yang bahasa Arab…takat baca la…tapi tak paham. Jadi saya baca versi Abdullah Yusuf Ali.”
“Kesimpulannya?” dia tanya aku. Aku tak tau apa yang nak disimpulkan.
“Kesimpulannya…semua kitab-kitab ini benar..tetapi apabilamasa beredar, ia telah diubah dan dimanipulasikan.” Kata Sidek.
“Termasuk alquran?” aku tanya.
“Ya..” kata Sidek. “Dan apa yang berlaku sekarang ialah proses manipulasi yang dilakukan oleh orang-orang yang kononnya arif tentang ugama. Di Malaysia pun macam tu. Proses memanipulasi ugama ini sedang rancak dibuat.”
“Contoh?” aku tanya.
“Adakah Syiah dan Wahabbi itu musuh Islam dan sesat?” dia tanya aku. Aku tak arif tentang benda ni…jadi aku diam.
“Ini adalah proses untuk memecahbelahkan umat Islam oleh Yahudi. Dan Umno telah dijadikan alat untuk memecahbelahkan umat Islam.

Pada peringkat awal, selepas Yahudi diusir dari Jerusalem, mereka merantau keseluruh dunia. Tempat pertama ialah Russia. Tetapi selepas Russia di perintah oleh komunis, mereka lari ke Jerman. Di Jerman, mereka membina kekuatan dan mula mengatur strategi untuk menumbangkan Russia.

Tapi nasib Yahudi agak malang di Jerman apabila Hitler cuba menghapuskan mereka. Lantas mereka beralih kepada Britain dan membantu Britain menewaskan Jerman dalam perang Dunia ke 2.
Akhirnya, Yahudi mendapat kembali Negara mereka dengan bantuan Britain. Dalam masa yang sama, mereka berpakat dengan Amerika untuk menumbangkan Russia. Akhirnya Yahudi berjaya juga meruntuhkan Russia.

Yahudi sudah berjaya menguasai dua pertiga dunia tetapi halangan terbesar ialah dari Negara Islam. Dan Yahudi tau, untuk menumbangkan Negara-negara Islam..maka mereka perlu melemahkan orang-orang Islam.

Mengapa Amerika menawan Iraq dan Afghanistan?” Sidek tanya kat aku.
“Di Iraq pasai minyak…kat Afghanistan..aku tak pasti. Mungkin pasai Osama bin Laden kot? Aku jawab.

“Separuh betul.” Kata Sidek. “Matlamat utama Israel ialah menguasai Negara-negara dari Sungai Nil dan Sungai Euphrates. Apabila mereka berjaya menguasai Terusan Suez, mereka sudah dapat menguasai sebahagian besar eknomi dunia. Yahudi hanya menunggu kejatuhan ekonomi Amerika dan pada masa itu, mereka akan berkuasa didunia dan menggelarkan Israel sebagai the Ruling State.

“Ok..ok..yang tu aku dah dengar. Aku dah baca buku Imran Hossein. Yahudi mahu menguasai Afghanistan kerana orang Islam percaya kebangkitan Islam akan bermula di Afghanistan. Yahudi mahu menghentikan kebangkitan Islam dengan menawan Afghanistan. Aku minat nak tau kat Malaysia ni.” Aku kata.

“Musuh utama Yahudi ialah orang Islam…diikuti oleh orang Kristian. Islam dengan Kristian masih rapat…malah orang Islam boleh berkahwin dengan orang Kristian tanpa menukar ugama!!” kata Sidek.
“Mana boleh!!” aku kata.

Itu kat Malay“sia. Tapi kat Negara Arab boleh. Yasser Arafat Islam tapi bini dia Kristian.Dia sambut Adil Fitr..bini dia sambut Krismas. Tapi di Malaysia, Yahudi telah menggunakan Umno untuk memisahkan Islam dan Kristian. Kat Malaysia, toksah kata nak kawin…orang Kristian nak pakai nama Allah pun tak boleh. Kat Negara arab, Injil dalam bahasa Arab. Kat Indonesia dalam bahasa Indonesia..tapi kat Malaysia..Injil tak boleh dibuat dalam bahasa Malaysia!!

Yahudi mahu mencipta persengketaan diantara Islam dan Kristian,,dan siapa yang mencetuskan persengketaan diantara Islam dan Kristian di Malaysia?” tanya Sidek kat aku.

“Umno la.” Aku jawab.
“Tuan tau mengapa Syiah diharamkan di Malaysia…dan Wahabbi dianggap sesat..malah dianggap pengganas? Sedangkan kat Mekah…Syiah, Wahabbi, Sunnah semuanya sembahyang dalam satu masjid?” Sidek tanya lagi.

“Ini la perancangan Yahudi!” kata Sidek sebelum sempat aku jawab.
“Lagi satu…Tuan tau tak. Nama “Muhammad bin Abdullah” sudah di”haramkan” di Malaysia? Kalau dulu, semua orang nak bubuh nama anak depa “Muhammad”, tapi sekarang mesti ada nama kedua selepas “Muhammad”.kata Sidek.

“Betui ka?” aku tanya. This is interesting!!..Aku check daftar pengundi di Perak. Dari Grik..Lenggong, Larut, Parit Buntar…sampai ke Gopeng..fuiyo!!! Ada sorang saja nama “Muhammad bin Abdullah” di Padang Rengas!! Whoa!!
“Boleh berjaya ka perancangan Yahudi di Malaysia ni?” aku tanya Sidek.
“Yang ini susah sikit.” Kata Sidek.

“Apa pulak susahnya? Kita tolak saja Umno.” Aku jawab. “Kita ganti Umno dengan Pas dan PKR”
“Masalahnya..Yahudi ni depa masuk dua-dua belah pihak. Belah sana dia masuk..belah sini dia masuk.” Kata Sidek.
“Maksud saudara…PKR dengan Pas pun diresapi Yahudi?” aku tanya.
“Tuan tengok sendiri. Orang kuat dibelakang penaklukan Iraq dan Afghanistan adalah rakan karib Anwar. Paul Wolfowitz. Orang Islam pun sekarang ni dah mula tak mau rujuk pada Quran.”

“Yang tu saya tak setuju, Saudara.” Kata aku. “ Kadang-kadang..bila saya tulis lain sikit, depa suruh rujuk Quran dan Hadith. Macam mana kata depa tak mau rujuk Quran?”
“Saya nak tanya kat Tuan?” kata Sidek. “Kalau Tuan memerlukan sesuatu jawapan kepada persoalan yang Tuan tak boleh jawab…Tuan tanya kat sapa? Kat Ustaz? Kat Imam? “

“Nak cari depa buat apa? Google saja la” aku jawab.
“Ini masalah kita!! Kita dipesongkan oleh Lebai Google. “ Naya aku.
“Satu perkara besar sedang berlaku…yang mungkin tanpa kita sedari. Orang Islam memetik ayat-ayat Quran bukan dari Quran, tapi dari Wikipedia.” Kata Sidek.
“Buktinya…” aku tanya.

“Tuan Google la. Semua orang-orang Islam ini menyiarkan Qunut Nazilah dan menulis bahawa Qunut Nazilah ini dibaca oleh Nabi Muhammad S.A.W. Termasuk anak-anak orang Pas kat sini juga mengatakan perkara yang serupa. Betulkah Nabi Muhammad berdoa supaya dihancurkan orang-orang Hindu dan Amerika? Adakah orang-orang ini merujuk kepada Quran dan Hadith?” tanya Sidek.

Sunday, July 22, 2012

14 Gambar Klasik Lama Diwarnakan semula

We live in the modern technology time. You can easy find all kind of gadgets wherever you wants. Smart phones, digital cameras, tablet computers and much more. Imagine life 50 years ago…imagine life 100 years ago. There is no digital cameras, there is no facebook or twitter, there’s no even television. Taking picture in those times was special thing and only few people was able to do this. They should have a lot of creative design in order to take proper photographs that will shape new ages and leave memories of history that we know. As all you know, old day photographs were black and white because in those ages there’s no technology to get color photographs. We always imagine how really some of those scenes looked in their original time when photos are taken. Thanks to website ufunk.net and magic of photoshop and graphic design we are finally able to see them in real-life colors. I hope you will enjoy in this collection: 



































Misteri Nahas helikopter Tan Sri Yahya di Kuala Lipis! Sabotaj yang DiGelapkan!!!

Nostalgia : Nahas helikopter di Kuala Lipis




Nahas helikopter di hutan Kuala Lipis korbankan tokoh korporat bekas pengerusi DRB-HICOM, isteri dan juruterbang.

MAC lepas, genap 14 tahun negara kehilangan tokoh korporat yang juga Pengerusi Kumpulan DRB Hicom, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad yang terbabit dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

Secara kebetulan, kejadian itu berlaku pada tarikh 3.3.1997 yang dianggap sebagai 'Triple Three Tragedy' kerana membabitkan tiga angka tiga, iaitu berlaku pada hari ketiga di bulan tiga dan mengorbankan tiga nyawa.

Selain Yahaya, dua lagi mangsa ialah isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 49, dan juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas, 32.

Helikopter Agusta A109E Power milik Gadek Aviation Services Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom, dilaporkan hilang pada skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, Terengganu.

Yahaya dan isteri dikatakan ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibunya yang sakit, tetapi malang umurnya tidak panjang kerana dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan pulang.



Pasukan penyiasat menjalankan siasatan di kawasan nahas.


Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, kali terakhir dilihat menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada malam sebelum nahas.

Ketika dalam penerbangan, enjin pesawat malang itu dikatakan tidak berfungsi secara normal mengakibatkan kipas utama kehilangan kuasa dan berputar secara tidak seimbang lalu mengakibatkan tekanan terhadap struktur kipas.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan kipas itu patah dan siasatan mendapati kipas utama helikopter patah sebelum pesawat terhempas. Tiga daripada kipas ditemui di tiga tempat berasingan, manakala satu bahagian lagi ditemui penduduk kampung beberapa hari kemudian.

Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai jatuh terhempas tanpa kipas utama kerana tidak ada kesan libasan kipas pada pokok sekitar kawasan kemalangan.


Jenazah mangsa dibawa untuk pengkebumian.


Sebaik saja helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan. Berdasarkan maklumat beberapa penduduk kampung berhampiran dikatakan mendengar dua letupan, iaitu sekali di udara dan sekali lagi di tempat pesawat itu menjunam.

Helikopter buatan Itali, Agusta A 109E, dengan nombor pendaftaran 9M-DRB dikatakan jatuh menjunam dan berkecai bertaburan di kawasan kebun getah.

Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, bangkai helikopter itu masih terbakar dan ada serpihan ekor yang tertulis perkataan DRB.

Kira-kira 20 anggota polis, lima pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mahmud Embi, menjalankan gerakan mencari mangsa di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat kejadian, tetapi gagal menemui mayat berkenaan.

Gerakan yang turut dibantu kira-kira 10 anggota bomba dan penduduk kampung diteruskan hingga mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pada jam 1 pagi di bawah serpihan helikopter itu.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain. Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.

Semua mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Kuala Lipis, kira-kira jam 5.20 pagi untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Marang, Terengganu. Jenazah kemudian diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 9.45 pagi ke Hospital Kuala Terengganu dan dikebumikan.

Di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas.

Pada hari ke-12 selepas nahas, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menemui bilah rotor terakhir helikopter. Sebelum itu, satu daripada kipas helikopter dijumpai kira-kira satu kilometer dari bangkai pesawat, manakala tiga lagi dijumpai antara 200 hingga 300 meter dari situ.

Sebelum kejadian, Yahaya adalah antara tokoh perniagaan Asean yang diundang menghadiri `Sidang Kemuncak Perniagaan Asean' pertama di Jakarta, Indonesia yang dijangka diadakan seminggu selepas tarikh nahas.

Pada 3 Mac 2001, Mahkamah Koroner memutuskan tiada sebarang unsur niat jahat, perancangan atau sabotaj oleh mana-mana pihak dalam nahas helikopter itu dan tidak dapat menentukan punca sebenar menyebabkan kemalangan.

Inkues selama 32 hari itu bertujuan menentukan punca tragedi, sebab kematian mereka bertiga, dan sama ada kematian dan nahas itu disebabkan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang atau khianat.


Kronologi kejadian:

10.45 malam - Helikopter Agusta A 109E milik Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu jam 11.52 malam.

11.07 malam - Pada kedudukan 49 batu nautika ke arah 039 darjah magnetik, helikopter itu kelihatan berpusing sedikit ke kanan.

11.11 malam - Helikopter itu kelihatan mengarah 090 darjah dari kedudukannya yang lalu.

11.15 malam - Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan Subang dan hilang dari skrin radar. Pusat Kawalan Udara dimaklumkan mengenai keadaan itu.

11.25 malam - Polis Pahang menerima laporan mengenai kemalangan pesawat Agusta-109 itu yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Atong di Jerangsang, Benta, 41 kilometer dari Kuala Lipis.

Gerakan mencari dimulakan.

12.05 tengah malam - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan polis mengenai nahas itu dan bergegas ke tempat kejadian.

1 pagi - Mayat mangsa dan bangkai pesawat ditemui. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

9.52 pagi - Semua mayat diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forensik.

10.50 pagi - Semua jenazah tiba di Hospital Kuala Terengganu.

2.05 petang - Jenazah Mejar (B) Azlizan dibawa ke padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke kampungnya di Batu Pahat untuk pengebumian.

2.30 petang - Jenazah Yahaya dan isteri dihantar ke rumahnya di Marang dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk pengebumian. 



Qarun Dalangi Komplot Bunuh Tan Sri Yahya

Ingat tak dulu semasa temubual penduduk kampung selepas terhempasnya helikopter Tan Sri Yahya Ahmad yang disiarkan oleh TV3? Kesemuanya menyatakan bahawa terdapat dua letupan ketika kejadian tersebut. Satu di udara dan satu lagi apabila terhempas di tanah.

Pada akal saya seorang Jurutera Aeronautik (BSc Aero Eng. Northrop Univ, USA) ianya adalah letupan BOM yang menyebabkan ianya jatuh. Kalau terdapat permasalahan, helikopter tidak akan meletup diudara. Ianya akan meletup sebaik sahaja berlaku impak.

Tak payah belajar kat universiti. Cuba lihat filem-filem luar negara. Semuanya sama. Pokok pangkal nya helikopter ni terlalu payah nak meletup diudara. Kalau setakat komputer sistem atau flight navigation ianya akan jatuh terhempas. Bayangkan kipas helikopter bersepai pada jarak yang begitu jauh antara satu sama lain.

Satu source dari Augusta yang menyatakan bahawa para penyiasat dari Augusta telah dipaksa menukar laporan siasatan oleh pihak tertentu di Malaysia sekiranya mereka ingin terus melakukan perniagaan disini. Lantas laporan ditukar kepada komputer dan flight navigation problem.

Jelas bahawa bom telah diletak dalam helikopter tersebut.Siapa yang meletaknya? Helikopter tersebut diselenggarakan oleh syarikat kepunyaan kroni Daim. Oleh itu senang saja mereka meletakkannya kedalam helikopter tersebut. KENAPA BUNUH Tan Sri Yahya Ahmad (TSYA)?

Tan Sri Yahya merupakan org kepercayaan dan kesayangan KING DIR. Cuba lihat sebelum kematiannya kebanyakan projek dapat kepada DRB atau GADEK. Apa projek yang RENONG dapat? The last one ketika itu adalah projek yang sememangnya telah dijangka merugikan iaitu PUTRA LRT pada tahun 1994. Ini membuatkan Halim Saat begitu resah. Apatah lagi DAIM yang ketika itu sememangnya berada diluar Kerajaan.

Pengaruh TSYA ke atas KING DIR mengatasi semua menteri kabinet. Dan yang paling membimbangkan DAIM dan lain2 konspirator adalah TSYA adalah terlalu rapat dengan Anwar IBrahim. Sekiranya 50 Dalil dibentangkan ketika TSYA hidup, definitely KING DIR akan menolaknya disebabkan nasihat TSYA.

Oleh itudi mata DAIM dan balachi nya, TSYA perlu dibunuh sebelum Anwar dijatuhkan. MACAMANA NAK BUNUH YAHYA? Daim menjanjikan jawatan No 1 kepada Saleh Sulong yang pendek itu dalam DRB. Selagi TSYA hidup Saleh Pendek tidak akan merasa jadi No. 1. Ini adalah kerana Saleh Pendek sememangnya PENDEK AKAL. Beliau tidak berdaya memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk mengembangkan perniagaan. Tugas beliau sebelum adalah sebagai 'BRAKE' bagi mengawal kelajuan perkembangan bisnes yang dibawa oleh TSYA.

Saleh Pendek adalah Akautan manakala TSYA adalah Engineer. Saleh Pendek oleh kerana ketamakannya bersetuju dengan rancangan DAIM.KOMPLOT BUNUH YAHYA.Sebagaimana yang diketahui oleh dunia korporat, pengambil alihan saham HICOM oleh syarikat keluarga milik TSYA adalah GIMMICK saja. Pemegang saham sebenarnya adalah KING DIR and Co. TSYA adalah nominee saja.

Begitu juga pengambilalihan LOTUS. Syarikat tersebut adalah milik MOKHZANI King Dir yang kemudiannya memaksa Proton membeli balik Lotus serta meraut keuntungan. KING DIR pula tidak berminat dengan HICOM. Beliau cuma berminat dengan saham PROTON yang di kontrol oleh HICOM. Sebab itu bila ekonomi merundum, beliau cuba memaksa Petronas membeli Saham tersebut. Duit itu akan pergi ke dalam lubang bontot KING DIR. Hasan Marican pula diugut supaya beli Proton. Bila beliau enggan, kontrak Presiden Petronas dengar khabarnya tidak akan disambung lagi.

Sambung balik pasal TSYA. Bila TSYA mati, harta beliau kebanyakan pergi kepada anak perempuannya iaitu Yatina bagi pihak adik2 beliau. 1/10 lagi dapat kepada abg beliau iatu Dato' Sulaiman ***** kerana emak TSYA belum meninggal lagi ketika itu (kepala mayat kata org Trg).Yatina telah dipaksa menyerahkan harta tersebut kepada KING DIR dan Daim. Apabila Yatina enggan mereka pun mulale mengugutnya.Akhirnya pada tahun 1998 Yatina mendapat perkhabaran bahawa helikopter TSYA bukannya terhempas, tapi adalah kerana bom yang diletak/rancang oleh DAIM/Saleh Pendek.

Beliau cuba memanggil wartawan utk menghebahkan cerita ini. Perkara ini sampai ke pengetahuan DAIM. YATINA telah diugut BUNUH dan terpaksa diseludup keluar oleh rakan2 baik TSYA menerusi Thailand sebelum berhijrah ke AUSTRALIA.SUNGGUH KEJAM ORANG YANG BERNAMA DAIM NI. KERANA KUASANYA BAKAL DICABAR OLEH ANWAR IBRAHIM MAKA SEORANG USAHAWAN MELAYU YANG BERKALIBER SANGGUP DIBUNUHNYA.

SUNGGUH PILU MENGENANGKAN SEORANG KAWAN KARIB SEPERTI SALEH PENDEK YANG SANGGUP BERSENGKOKOL DENGAN DAIM SEMATA INGINKAN GELARAN PRESIDEN DRB-HICOM. Berdasarkan cerita benar saya yang dirujuk dari kakitangan DRB, syarikat menyelenggara helikopter, kakitangan Jabatan Penerbangan Awam, jurutera dari Augusta, dan juga temubual para penduduk kampung ditempat hellikopter TSYA terhempas, saya merasa yakin TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA boleh terselamat sekiranya KING DIR dan bala tenteranya inginkan sesuatu.

Tragedi TS Yahaya - Rahsia Dibongkar

Telah berlalu 20 bulan tragedi yang telah mengemparkan negara dimana Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Yahaya Ahmad (TSYA) terbunuh bersama isterinya dan juruterbang helikopter peribadi beliau. Berita pilu yang diterima di awal pagi bulan Mac 1996 oleh rakyat Malaysia disambut dengan rasa tidak percaya.

Cerita bagaimana seorang usahawan yang terkenal dengan kegigihannya disingkatkan kecemerlangan kerjayanya masih dirasai terutama oleh syarikat-syarikat Kumpulan DRB-Hicom dan kakitangannya. Ketangkasan dan wawasan beliau lebih-lebih lagi dirindukan di dalam suasana kumpulan yang diasas beliau lemas tersempit oleh kegawatan ekonomi.

Ramai yang masih ingat akan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan rungutan penumpang bas Intrakota terhadap tahap perkhidmatannya. Dengan menunggang sendiri motosikal "cub" beliau meredah di celah-celah kesibukan kenderaan KL tanpa mengira di awal pagi sebelum matahari terbit ataupun sewaktu panas yang terik. Tiada protokol yang dipentingkan beliau.

Yang lebih menyayatkan hati orang ramai ialah kerana beliau terbunuh ketika dalam menziarahi ibunya yang sedang sakit tenat (dan meninggal beberapa ketika selepas itu). Betapa di dalam kesibukan beliau mengejarkan jadual yang ketat dengan pelbagai perkara yang riuh bermain di dalam kepala, beliau masih sanggup terbang pada waktu larut malam demi menunaikan kesetiaan sebagai anak yang ingin membalas jasa ibu.

Siasatan tragedi memakan masa lebih setahun untuk siap. Selepas siap, laporan tersebut mengambil masa yang lama pula untuk diumumkan.

Pesawat Agusta-109P yang mempunyai 6-tempat duduk itu menjunam 2,900 meter ke celah-celah pokok getah berdekatan dengan sebuah kampung dekat Kuala Lipis. Pesawat yang dengan rasminya dimiliki oleh syarikat TSYA, Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd, adalah sebuah pesawat yang baru dibeli dan adalah model tercanggih yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Agusta dari Itali. Syarikat pembuat telah menghantar jurutera mereka untuk menyiasat punca kemalangan tersebut.

Pelbagai andaian telah dibuat tentang punca kemalangan. Laporan rasmi kerajaan menyatakan TSYA sendiri yang memandu pesawat tersebut dan akibat ketidakcekapan beliau memandu di waktu malam menyebabkan pesawat tersebut jatuh menjunam. Namun tidak ramai yang tahu rahsia yang terselindung disebalik tragedi tersebut.

Yang amat jelas di mata masyarakat ialah TSYA amat disenangi oleh PM DrM. Hampir setiap bulan kalau akhbar menceritakan pelbagai projek yang diusahakan dan juga diperolehi hasil hubungan rapat beliau dengan Dr. M.

Tetapi beliau turut juga rapat dengan DS Anwar Ibrahim. Telah diketahui ramai juga bahawa TSYA, sebelum berlepas ke Kuala Terengganu, telah menhadiri majlis jamuan di rumah DSAI. Jamuan yang dihadiri oleh rakan sedarjah MCKK berlarutan melampaui jam 10.00 malam. TSYA meninggalkan majlis tersebut menuju ke Helipad Segambut untuk menaiki pesawat yang malang dan berlepas pada jam 10.45 malam.

Memang benar, TSYA selalu memandu pesawat tersebut, tetapi pada malam tersebut beliau telah keletihan dan tidak bersedia untuk memandu kerana inginkan untuk berehat dalam perjalanan satu jam ke rumahnya di Marang.

Agenda beliau pada hari tersebut adalah antara yang tersibuk di hari-hari akhir beliau hidup dimuka bumi ini. Dalam seminggu tersebut beliau telah berulangkali terbang di antara KL-KT kerana ingin berbakti dengan ibu beliau di saat-saat akhir hayat ibunya dan menyempurnakan tugas perniagaan yang makin berkembang.

Siasatan yang dikumpul dan laporan yang dibuat menyatakan bahawa pesawat tersebut berlegar kerana masalah teknikal sebelum terhempas. Dan bukannya menjunam kerana kegagalan pemandu memandu dalam suasana gelap. Pesawat telah meletup sebelum jatuh ke bumi. Kalau seseorang yang cekap pun pasti tidak dapat berbuat apa-apa apabila injin pesawat berhenti dan meletup di udara walaupun kalau ianya dipandu oleh komputer sepenuhnya. Pesawat Augusta 109 turut dilengkapi dengan sistem instrumentasi ILS yang membolehkannya terbang dengan mudah di waktu malam.

Ingin saya bahawa pemerhatian pembaca ke beberapa perkara untuk difikirkan bersama:

1. TSYA tidak memandu pesawat tersebut pada masa tersebut (suatu percanggahan dengan laporan rasmi kerajaan). Beliau dilihat menaiki pintu penumpang dan bukan pintu pemandu. Beliau amat keletihan dan memerlukan kerehatan.

2. Pemandu pada masa itu adalah Mej Azlizan. Di kalangan rakan beliau semasa di TUDM, Mej Azlizan memang terkenal dengan kecekapannya dan pengalamannya. Sebab itu lebih mudah untuk mempersalahkan TSYA yang memandu ketika itu kerana "track record" kemahiran Mej. Azlizan.

3. Pesawat tersebut berlabuh dan di simpan di Segambut dan diservis oleh sebuah syarikat yang miliknya dikaitkan dengan tokoh ternama di Malaysia. (Saya ingin membiarkan pembaca mencari maklumat ini)l Tempat tersebut memang dikawal rapi - dan hanya perkeja di situ sahaja yang dibenarkan keluar masuk.

4. Suatu yang tidak dihebohkan sebelum ini ialah - Pada 4hb Mac DSAI dan TSYA dijadualkan terbang bersama di dalam pesawat yang malang tersebut. Nasib menyebelahi DSAI kerana pesawat tersebut jatuh sebelumnya. Pada malam yang malang itu, ketika di rumah DSAI, DSAI bersungguh merayu TSYA agar tidak terbang pada malam itu kerana terpaksa pulang ke KL untuk jadual mereka bersama keesokkannya. (Perbualan itu didengari oleh beberapa orang pada malam tersebut malah dilaporkan di dalam akhbar-akhbar tempatan.

5. Masih ramai yang ingat akan peristiwa pesawat VIP TUDM yang dalam perjalanan untuk mengambil DSAI dari lawatan ke utara terhempas di Kepala Batas membunuh beberapa kakitangan TUDM. Ajal belum tiba untuk DSAI pada ketika itu (yang pada ketika itu telah menjawat sebagai TPM hampir nyata bahawa beliau akan mengambil alih tapuk pemerintahan negara).


Kesimpulan:

Kalaulah benar bahawa DSAI memang tidak dikehendaki sejak sekian lama, saya tidak dapat menyangkal bahawa telah ramai korban yang digugurkan demi untuk menjaga kepentingan beberapa kerat manusia di Tanah Air yang tercinta.

Sama-sama kita berdoa kepada Allah Azzawajala agar bala dijauhkan dari kita dan bersembahyang hajat beramai-ramai (jika dihalang buat sendirian di masjid mahupun di rumah).

Kisah YAHUDI di MALAYSIA... Mula Hadirnya Kapal ISRAEL di TANAH MELAYU!!!

Kisah YAHUDI di MALAYSIA... Mula Hadirnya Kapal ISRAEL di TANAH MELAYU!!!



Sapa cakap Melayu nie Bebas dari pengaruh Yahudi?... puiii... Dari dulu lagi dah ada connection Yahudi dgn pemimpin Melayu laa... Melayu haperak... Puiii lagi sekali... 

Skang dah advance... Melayu skang ada link ngan APCO... agensi bekas2 perisik zionis... 




Kapal penumpang pertama Zim, SS Kedah, wujud menjalankan perkhidmatan di perairan Tanah Melayu seawal tahun 1947. Tujuan mengangkut penumpang dan pendatang pra-negeri Israel sehingga 1952. Di sini kita lihat gambar SS Kedah dengan semasa keadaan cuaca yang panas. Kemudian dimeterai apabila dijual kepada Zim Lines oleh syarikat asal.


Here we see SS Kedah with her upper hull portal’s open during hot weather conditions

These would be later sealed when sold to ZIM Lines


Kewujudan SS Kedah mula direkodkan pada tahun 1926, apabila Straits Steamship Company, sebuah syarikat bersekutu Talian Funnel Blue, memutuskan untuk membina sebuah kapal yang direka khas untuk perkhidmatan ekspres antara Singapura dan Pulau Pinang.

Sehingga itu, banyak syarikat beroperasi dengan pelbagai kapal kecil. Tidak berapa kerap, menjadi penyambung hubungan antara pelabuhan kecil di rantau ini. Spesifikasi yang disyaratkan oleh syarikat adalah menjadi satu cabaran kepada senibina laut dan hanya tiga firma menawarkan tender bagi pembinaan beliau. Kontrak itu diletakkan dengan Vickers limbungan di Barrow.

Akhirnya, kapal tersebut telah siap dan dilancarkan oleh Lady Maxwell pada Julai 16, 1927, dan dinamakan SS Kedah di mana ianya bertujuan untuk beroperasi di Gagasan Tanah Melayu. Spesifikasi kapal tersebut adalah 2499 tan, 317ft panjang dan 50ft lebar. Mempunyai dua dek penumpang, tiga pemegang dan hatchways yang dan 6 kren yang didorong oleh tenaga stim. Bahagian bawah dua tingkat dilanjutkan untuk keseluruhan panjang itu.

Kapal itu telah dikuasakan oleh dua enjin turbin stim, dan mempunyai skru berkembar. SS Kedah memulakan perkhidmatan pada tahun 1927. Tidak lama kemudian, dia menjadi sebuah kapal yang popular di rantau ini dan digelar "Little Queen of Malacca Straits" dan mempunyai tempat berlabuh khas yang telah ditandakan pada carta Singapura sebagai "Kedah’s Anchorage."

Dicat warna putih, dengan mahogani kehidupan yang berwarna, menjadi kapal pengangkutan yang termashyur di Tanah Melayu. Mampu menampung 80 penumpang kelas pertama, serta sehingga 960 penumpang dek kelas bawahan.


SS Kedah, armed auxiliary vessel number FY035

Photograph courtesy of Mrs. Harman, and taken by Second officer Dick Harman


Pada Disember 1939, SS Kedah telah berkhidmad dengan Tentera Laut Diraja British untuk menyertai perang dunia dan dijadikan sebagai kapal bersenjata membantu kapal perang FY035. Tentera Laut telah membuat pelbagai perubahan, termasuk bahagian atas corong itu diubah, juga tiang baru yang lebih tinggi telah didirikan, serta bersenjatakan dua senapang berpeluru 4 inci dan satu berpeluru 3 inci. Lengkap dengan senjata anti-pesawat dan pelancar bom laut. Kapal ini berkhidmat di utara Borneo dan telah digunakan sebagai kapal pemindahan.

Pelayaran terakhir keluar dari Singapura, di bawah serangan berterusan dari udara, tetapi tidak rosak, pelayaran dikemudikan oleh kapten, JL Sinclair. Walau bagaimanapun, dengan serangan bom tepat pada badan kapal itu, enjinnya mengalami kerosakan dan hanya mampu kelajuan 7 knot. Kapal itu ditarik oleh H.M.S. Naga. Tiba di Colombo pada 9 Mac, di mana kapal itu telah di perbaiki dan dipasang semula dengan sepenuhnya.

Selepas itu, kapal itu mengambil masa dua tahun beroperasi di Teluk Bengal. Tetapi pada tahun 1945, kapal itu kembali ke Tanah Melayu dan dipilih untuk menjadi ibu pejabat bagi Staf Jeneral semasa pencerobohan Tanah Melayu. Untuk tujuan itu kapal ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan radio yang tercanggih pada waktu itu. Pada 5 September 1945, "SS Kedah" adalah antara kapal-kapal yang pertama masuk semula melalui Singapura, mengibarkan bendera Laksamana Jav Morse, dan membawa kakitangan operasi gabungan dan pegawai-pegawai kanan tentera British.

Ini dibuktikan dari rekod Pengerusi Lembaga Pelabuhan Singapura, dan diletakkan dalam sejarah maritim Singapura dan beberapa lagi catatan maritim dunia.



SS Kedah see berthed during her early days as a ZIM liner

Photograph provided by Yael G. Spier Jnr and was taken by a family member


SS Kedah adalah sebuah kapal yang popular pada masa tu. Presiden pertama Israel, Mr.Chaim Weizman, memulakan tradisi pelayaran percutian di atas kapal kapal bendera Marin Saudagar Israel termasuklah SS KEDAH. SS Kedah akhirnya dijual pada tahun 1952 kepada rakan-rakan lama, Harris dan Dixon, dan telah ditukar nama kepada Golden Isles. Berlayar di sekitar Mediterranean sehingga 1954 sehingga piagam Zim meletakkan kapal kapalnya sekali lagi untuk beberapa pelayaran antarabangsa.





PS 1 : So... tahu la... Kenapa singapok lepas percuma je oleh pemimpin Melayu pro yahudi ni...