banner

Thursday, February 20, 2014

Air seluruh negara hanya cukup untuk 3 bulan

Air seluruh negara hanya cukup untuk 3 bulan



R2D2  
Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14
1#
Post on 21-2-2014 09:54 AM |


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, keupayaan untuk menampung permintaan air bergantung kepada situasi kemarau di setiap negeri dan saiz serta struktur empangan.
Menurut beliau, kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi lazimnya akan mengalami gangguan bekalan air lebih awal berbanding lokasi lain.
"Situasi itu berlaku berikutan permintaan yang tinggi terhadap bekalan air di kawasan bandar yang kebiasaannya terletak jauh daripada kawasan bekalan air.
"Sebagai perbandingan, empangan di Malaysia pada 30 tahun lalu berupaya menakung air untuk tempoh yang lebih panjang semasa musim kemarau kerana pembangunan di kawasan bandar masih kurang pesat," katanya di sini hari ini.
Piarapakaran mengulas tentang kemungkinan negara dilanda krisis bekalan air sekiranya paras air empangan terus menyusut akibat cuaca panas dan kering di seluruh negara.
Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, setakat pukul 8 malam tadi, sebanyak 15 empangan yang dipantau menerusi sistem Info Kemarau mencatatkan simpanan air di bawah paras normal.
Namun, simpanan air di Empangan Chereh, Kuantan, Pahang adalah pada paras 72.97 melebihi paras normal 65 meter.
Beliau menambah, sebagai langkah jangka pendek, syarikat bekalan air hendaklah mengoptimumkan bekalan air terawat.
"Bagi langkah jangka panjang pula, empangan baharu yang bakal dibina mesti berupaya menakung air pada kadar 50 peratus melebihi permintaan semasa," ujarnya.
Piarapakaran turut menyarankan langkah lain seperti mengurangkan kadar air tidak terhasil, mempertingkatkan sistem bekalan air secara kolektif dan larangan kegiatan pembalakan di kawasan tadahan hujan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu, masalah bekalan air di seluruh negara masih belum kritikal.
Walau bagaimanapun, jelas beliau, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan syarikat bekalan air telah diarahkan membuat pelan tindakan sekiranya paras simpanan air empangan turun di bawah 45 peratus.
"Catuan bekalan air terpaksa dilakukan apabila simpanan air di empangan kurang daripada 45 peratus," katanya.
Mahdzir juga berharap orang ramai menjimatkan penggunaan air dan membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berlaku.

Saturday, February 15, 2014

Penipuan Double StemCell PhytoScience

kita mula dari kisah kereta kredit to say no to mlm






dan akhirnya muncul print screen surat ini di page say no to mlm




sila amati isi kandungan surat tersebut

surat dari multi million dollar kompeni(merujuk kepada pendapatan bonus ahli yang si tempek di fb) ada typing error, jawatan orang yg sain surat tu x der tulis(mungkin despetch kot), surat nak tukar milik kereta bukankah kompeni secretary yg buat?
sepatutnya perkara untuk surat ini adalah surat penjelasan pemilikan kenderaan.

ape kes bakal owner(sbb belom tukar nama) tandatangan surat ini?

 

jutawan?

kes halal jakim



selepas itu di fb ahlinya


tapi..........................



kekeliruan berlaku(salah siapa?)


tiba tiba pula muncul sijil halal internesenel ( bagi produk triple stemcell pulak)



tapi ahlinya buat kenyataan...................